PRA-BELANJAWAN 2016: BEBERAPA FAKTA YANG KITA PERLU TAHU


PRA-BELANJAWAN 2016: BEBERAPA FAKTA YANG KITA PERLU TAHU

1. Sebanyak ~80% belanjawan tahunan Malaysia adalah perbelanjaan operasi kerajaan yang majoritinya adalah bayaran emolumen.

2. Hutang semasa kerajaan adalah RM 627 billion, pada tahap 55% daripada GDP. Ini TIDAK TERMASUK jaminan kerajaan.

3. Jurang pendapatan isi rumah antara kaum semakin tinggi. Kaum melayu secara relatif kaum termiskin di antara 3 kaum utama.

4. Jumlah pekerja profesional (lepasan universiti) di Malaysia hanya 28%, sedangkan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 Malaysia memerlukan 60% pekerja profesional berdasarkan statistik negara-negara maju yang ada.

5. Pengangguran meningkat saban tahun. Angka terkini adalah seramai 50,000 orang yang lebih 70% adalah lepasan universiti. Ini tidak termasuk pekerja yang diberi VSS diwaktu situasi ekonomi yang sedang menekan. Angka ini sudah tentunya akan semakin meruncing.

6. Setiap tahun, selepas pembentangan belanjawan tahunan, pihak kerajaan akan membentangkan pula 2-3 belanjawan tambahan (supplementary budget) yang akan menambahkan lagi belanjawan yang telah dibentangkan sebelumnya.

Melihat kepada beberapa indikator dan fakta ekonomi diatas, Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang sangat kritikal. Tidakkah sudah tiba masanya kita melaksanakan sistem ekonomi Islam yang sudahpun mendapat tempat dan semakin berkembang di negara barat terutamanya di UK?

InsyaAllah para Ahli Parlimen PAS akan membahaskan dengan lebih tuntas belanjawan kali ini khususnya dari perspektif Islam dan kesan kepada sosio politik semasa dan akan datang.

0 comments: