SUMBANGAN PAS KAWASAN SEMPORNA KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SEMPORNA

EDARAN SUMBANGAN PAS KAWASAN SEMPORNA KEPADA 

MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SEMPORNA


10/10/2015 - Terlebih dahulu kami daripada PAS Kawasan Semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung Simunul Panglima Ramle di atas menyambut kedatangan kami dengan baik pada petang tadi. Tidak dilupakan mangsa kebakaran Tazkiah buat ahli keluarga yang terlibat.

PAS Kawasan Semporna menyerahkan sumbangan berupa 100 kotak air mineral, biskut, pakaian terpakai, lampin pakai buang bayi dan tuala wanita hasil kutipan derma kilat yang disumbangkan kepada PAS Kawasan Semporna.

Kami daripada PAS Kawasan Semporna mendoakan agar mangsa kebakaran terus tabah dan bersabar dengan ujian ini. InshaAllah, PAS akan sentiasa komited dalam mendepani kebajikan rakyat. Kami mohon agar rakyat Malaysia terus menyumbang dan prihatin kepada mangsa-mangsa kebakaran Kg Simunul, Semporna.

#KamiSokongPAS
#MembangunBersamaIslam

0 comments: