Tanda-Tanda Hidayah dan Sesat

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 18)
27 Zulhijjah 1436H/ 11 Oktober 2015
Tanda-Tanda Hidayah dan Sesat.


Allah azzawajalla berfirman dalam surah Al Ana'am ayat 125,
"...Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman..."

 1. Allah s.w.t. dalam ayat diatas memberikan perumpamaan yang jelas terhadap golongan yang menerima hidayahNya dan juga mereka yang disesatkanNya.
2. Seseorang yang dipilih oleh Allah untuk diberikan hidayah itu dengan dipermudahkan, digalakkannya untuk menemui hidayah Iman dan Tauhid daripadaNya dan itu adalah tanda-tanda kebaikan yang berlaku dalam dirinya.
3. Hadis Nabi s.a.w. dalam menjelaskan ayat diatas.
Maksudnya , "...ditanya kepada Nabi s.a.w. tentang ayat ini. Mereka bertanya, bagaimanakah dilapangkan dadanya. Wahai Rasulullah.?
Jawabnya, cahaya yang dilontarkan ke dalam dadanya lalu dilapangkan dan dibukakan hatinya. 
Mereka bertanya lagi. Adakah ada tanda-tandanya.? Jawab Baginda s.a.w..."..Sentiasa mengingati akan negeri yang kekal (akhirat), bangkit jauhi daripada negeri yang penuh tipu daya dan bersiap sedia untuk menghadapi mati sebelum tibanya saat kematian.."

4. Barangsiapa yang diinginkan Allah s.w.t. disesatkan iaitu dijadikan hatinya tidak dilapangkan, tidak dibukakan dan tiada laluan kepadanya Iman. Allah s.w.t. menggunakan perkataan ??? menggambarkan keadaan hati yang jauh daripada Iman. Saidina Umar r.a. bertanya kepada seorang Al A'rabiy dari ???? apakah itu ???. Jawabnya, ??? itu adalah sebuah pokok yang tumbuh di tengah-tengah pepohonan lain yang tidak dihampiri sebarang apapun. Berkata Umar r.a. "...demikianlah seperti hati orang munafik yang tidak dihampirinya sebarang kebaikan.."
5. Berkata Ibnu Abbas r.a. ????? itu adalah Syaitan yang membelit mereka yang sesat itu kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah dan RasulNya lalu diselubunginya dan menghalangnya daripada jalan Allah s.w.t.
6. Marilah kita berdoa dan berusaha agar diperolehi petunjuk Allah dengan berilmu dan beramal serta dilindungi daripada kesesatan.

Disediakan oleh :
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan , 
Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: