1000 Doktor tidak minat: Perlu tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan


Oleh : YB Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
13 November 2015


Ramai yang kehairanan membaca kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Melaka bahawa seramai 1000 doktor pelatih tidak meneruskan kerjaya sebagai pegawai perubatan disebabkan masalah penguasaan bahasa English. Sedangkan, kebanyakan pembelajaran dan buku rujukan mereka menggunakan bahasa tersebut.

Walaupun bahasa merupakan alat komunikasi terpenting, namun perlu disedari bahawa isu sebenarnya adalah permasalahan sikap dan persekitaran kerja yang tidak sihat.

Memetik laporan Health Facts 2015, nisbah doktor kepada populasi Malaysia setakat Disember 2014 adalah 1:661. Kita masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju seperti New Zealand (1:465), United Kingdom (1:356) dan Korea Selatan (1:467). Juga, maklumat daripada World Banks menunjukkan Malaysia masih belum mencapai matlamat status kesihatan yang ditetapkan oleh Millennium Developmental Goals.

Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang berkesan dan tersusun bagi menarik lebih ramai pegawai perubatan ke dalam sektor perkhidmatan awam di samping mengekalkan tenaga sedia ada; sebagai prasyarat kepada penyampaian sistem kesihatan yang lebih baik.

0 comments: