Al-Quran Sebagai Penyelamat

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 25 )
Ahad - 19 Muharram 1437H/ 1 November 2015M
Al-Quran Sebagai Penyelamat

Firman Allah SWT :
Surat Al-An'am 51
Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
 Peringatan Allah SWT ini jelas memberikan pengajaran kepada kita, bahawa Al-Quran adalah satu amanah diwariskan kepada kita untuk mempelajari serta mengamalkannya.
Keyakinan kepada firman Allah SWT ini melahirkan dengan ketaqwaan kepadanya. Hal ini telah dinyatakan olen Allah SWT secara jelas dalam awal Surah Al-Baqarah ayat kedua:
Surat Al-Baqarah 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Justeru , Al-Quran mampu menyelamatkan aqidah , ibadah dan fikrah manusia seandainya mempelajari, memahami dan mengamalkannya.
Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: