Apa yang anda tahu tentang TPPA?

Apa yang anda tahu tentang TPPA? Apa yang dikongsi oleh Saudara Nizam Mashar CEO MTEM dan Pengerusi Bantah TPPA:

1. Dikatakan TPPA adalah perjanjian perdagangan dan ekonomi antarabangsa, tetapi out of 30 fasal dalam perjanjian TPPA hanya 8 sahaja yang berkait langsung dengan perdagangan.

2. TPPA adalah usaha untuk menyamaratakan hak syarikat multinational dan multibillion dari negara anggota. Jadi syarikat dari USA dan Singapore yang ada very high capabilities and capital mempunyai hak tender yang sama dengan syarikat tempatan. Persoalannya adakah syarikat tempatan ada capabilities sedemikian rupa. Buktinya dalam market ASEAN hanya syarikat multinational Malaysia atau GLC yang berjaya penetrate masuk market ini.

3. Malaysia kena mengambil case study NAFTA dimana Mexico menjadi mangsa buli negara kuasa besar US dan Canada bila mana Mexico dianggarkan kerugian hampir 100billion akibat perjanjian tersebut dan hundreds thousand rakyat Mexico menganggur.

4. US dan sekutunya telah berbincang dan menyediakan TPPA ini lebih 5 tahun serta disediakan oleh ribuan pakar undang-undang perdagangan antarabangsa daripada syarikat multinational dan multibillion mereka. Namun negara kecil seperti Malaysia hanya diberi beberapa bulan untuk menyemak kandungan TPPA yang mengandungi 30 bab dan 6000 muka surat.

Adakah kita akan dijajah sekali lagi? Banyak lagi yang saya akan share selepas ini.

Mohammad Arifiriazul B Paijo
Ketua Pemuda
PAS Negeri Sarawak

0 comments: