Jabatan Media Ulamak dan Perantau Santuni Warga Maya Anak Muda

Jabatan Media Ulamak dan Perantau Santuni Warga Maya Anak Muda
Jabatan Media Ulamak dan Perantau Santuni Warga Maya Anak Muda

Ampang Bukit Saga , 10hb November 2015 - Jabatan Media Ulamak bersama-sama Perantau telah menganjurkan program bersama untuk menyantuni warga alam maya dan facebooker anak muda di misi menawan Bukit Saga Ampang.
Misi menawan Bukit Saga telah mendapat sambutan penyertaan yang hangat dari warga alam maya anak muda yang berasal dari negeri Terengganu yang menetap di Lembah Kelang.
Turut hadir dalam misi tersebut Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Media Baharu DUPP , Nazmi Nik Din dan setiausaha Perantau , Saudara Awasi serta Ketua Pemuda Perantau Ustaz Sabri Mamat.
Dalam ucapan perasmian Misi Menawan Bukit Saga itu, Setiausaha Perantau , Saudara Awasi menjelaskan tentang kepentingan warga Terengganu di Perantauan agar prihatin dengan perkembangan situasi politik semasa di negeri tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa Perantau bersifat terbuka mengadakan apa sahaja usaha kerjasama menganjurkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan warga Terengganu di Perantauan.
Nazmi Nik Din menyifatkan program ini sebagai berjaya dan akan meneruskan usaha kerjasama dengan mana-mana ngo demi kebaikan bersama.
Ketua Pemuda Perantau juga turut menyatakan bahawa pihak perantau inshaAllah akan terus memberikan komitmen menganjurkan program-program dari semasa ke semasa untuk mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan warga Terengganu di perantauan.

0 comments: