JEJAK ASNAF SIRI 2 : PAS LIBARAN ZIARAH SDR NASRIN YANG TERLANTAR SAKIT.

SANDAKAN, 10 NOV 2015 : PAS Libaran yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdr Abdul Wahid Mohammad menziarahi Sdr Nasrin Abdullah yang terlantar sakit di rumahnya di Kg Tinosa 2 dekat sini pagi tadi.

Nasrin yang merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia, Sarawak telah terlantar sakit tidak boleh berjalan dan duduk sejak beberapa minggu yang lalu. Setelah membuat pemeriksaan doktor, beliau disahkan tidak mengalami sebarang penyakit. Justeru, keluarga beliau mengambil inisiatif dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam dan didapati beliau mengalami masalah saraf yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Dalam ziarah tersebut, Wahid berpesan kepada Nasrin agar tetap bersabar menghadapi ujian daripada Allah ini. Beliau turut mengingatkan agar Nasrin tidak meninggalakan solat 5 waktu dan memperbanyakkan doa agar penyakit beliau cepat sembuh.

Disamping itu, PAS Libaran turut menyerahkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas kepada keluarga Nasrin sebagai tanda kebersamaan PAS Libaran dalam penderitaan Nasrin ini. Pada akhir ziarah tersebut, ahli PAS Libaran yang hadir turut sama-sama mendoakan agar Nasrin diberi kesembuhan.

Turut bersama dalam ziarah tersebut ialah Ust Ahmad Supu, Yang Dipertua PAS Batu Sapi. Sebagai makluman, program ziarah ini merupakan program bulanan PAS Libaran yang diadakan untuk menziarahi dan menyumbang kepada masyarakat sekitar Parlimen Libaran yang memerlukan.

0 comments: