Kedutaan Perancis menyambut baik kedatangan Presiden PAS

Presiden PAS bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Perancis di Jalan Ampang hari ini. Tujuan pertemuan ini diadakan bagi mengucapkan salam takziah dan bersimpati kepada kerajaan dan rakyat Perancis atas musibah pengebomam yang berlaku lewat hujung minggu lepas. 
Kunjungan Presiden PAS dengan ahli Parlimen PAS disambut baik oleh Sir Christophe Penot (Duta Perancis di Malaysia), Florence Mayol-Dupont (Timbalan Duta) dan Jeremie Forrant-Jaime (Sektor Politik Kedutaan Perancis).
Kedutaan Perancis sangat gembira dengan kedatangan Tuan Guru Presiden dan mengucapkan terima kasih kepada PAS.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menandatangi buku lawatan dan berpeluang untuk berbincang tentang keadaan terkini di Perancis.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa akibat keganasan yang dicetuskan oleh pihak tertentu. PAS mengecam tindakan keganasan ini dan disifatkan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau turut mengajak agar Kedutaan Perancis dan masyarakat dunia mengambil penyelesaian terbaik bagi menangani punca keganasan yang berlaku. Pendekatan muwajahah silmiyyah adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari terus menjadi mangsa pertembungan kuasa-kuasa besar dunia.
Pertemuan yang turut disertai oleh Setiausaha Agung PAS YB Dato Takiyuddin Hassan, YB Idris Ahmad, YB Nik Mohamad Abduh, YB Nasruddin Hasan Tantawi, Saudara Nurul Islam Mohamed Yusoff, YB Marzuk Shaary, Saudara Kamaruzaman Mohamad dan Saudara Mohd Faiz Nawi diakhiri dengan sesi fotografi bersama Duta.

0 comments: