Komplot Jatuhkan Kerajaan


Komplot Jatuhkan Kerajaan
Tarikh : 4 November 2015

Tuan Hj Nasrudin bin Hassan [TEMERLOH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bukti dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan sehingga mengikis keyakinan pelabur terhadap negara Malaysia.


JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua

Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap mana - mana pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang negara.

Kerajaan juga sedar bahawa usaha tidak sah untuk menjatuhkan kerajaan ini akan turut menjejaskan ekonomi negara.

Dalam hal ini, kerajaan telah mengesan wujudnya aktiviti-aktiviti untuk menjatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi. Walau bagaimanapun, bukti-bukti kewujudan aktiviti-aktiviti tersebut tidak dapat didedahkan di atas alasan keselamatan dan pihak polis masih mengumpul maklumat terperinci berkaitan perkara ini.

Sekian.

0 comments: