Lajnah Kebajikan Dan Masyarakat PAS - Penyerahkan Memorandum Pengupayaan OKU Di Parlimen


TARIKH: 20 Muharam 1436H/ 2 November 2015.
Kenyataan Media

Pagi ini kami telah dapat menyerahkan memorandum pengupayaan OKU kepada kerajaan Malaysia melalui ahli parlimen.

Penyerahan memorandum ini adalah respond kepedulian kami kepada kelompok masyarakat rentan termasuk orang kurang upaya, pasca pembentangan belanjawan 2016 baru-baru ini.

Sebagaimana yang diketahui semua pihak, kami turut menyatakan kejangkalan kami bilamana peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dikurangkan dari RM2.2 bilion pada 2015 kepada RM2 bilion dalam belanjawan 2016.


Bagaimana peruntukan yang dipotong ini mampu membela kehidupan kelompok-kelompok terlibat termasuk OKU, wanita, kanak-kanak dan warga emas yang jumlahnya kian meningkat?

Sebagaimana ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Negara, belanjawan 2016 adalah reflek kepada belanjawan pertama bagi Rancangan Malaysia Ke 11, RMK11, kami masih sangsi bagaimana program-program khusus untuk kelompok-kelompok rentan diberi penumpuan.

Sebagai contoh hal-hal berikut perlu diberi perhatian:

1. Pusat hidup berdikari (independent leving centre ILC) bagi OKU.

2. Pemerdayaan kaum wanita yang merupakan suri rumah.

3. Pemerkasaan kaum ibu yang berkerjaya iaitu pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja atau pusat transit.

4. Pendidikan kanak-kanak yang masih tercicir.

5. Isu kanak-kanak tanpa pengenalan diri.

6. Program pembasmian kemiskinan yang masih dibayangi kepentingan politik kepartian.

Justeru, kami menggesa dengan kesempatan sesi perbahasan belanjawan berlangsung, hal-hal di atas diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan.

Sekian, untuk siaran.

Dr. Rosni Adam
Pengerusi
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS

0 comments: