Misi Dakwah Ke Sarawak

Petrajaya : Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) pada minggu yang lepas iaitu pada 13 dan 14 November 2015, telah menjayakan program Misi Dakwah ke Sarawak bersama Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di bawah Lajnah Tarbiyah, Dakwah dan Perkaderan DMPNS di sekitar DUN Samariang, Kuching dan DUN Muara Tuang, Kota Samarahan Sarawak. 
Ketua Lajnah Tarbiyah, Dakwah dan Perkaderan DMPNS amat berbesar hati dan bersyukur atas kerjasama dan sokongan daripada Lajnah Dakwah DMPM yang turut bersama-sama menjayakan program ini di Sarawak. Menurut beliau lagi, program seperti ini diharapkan dapat diteruskan dengan lebih kerap lagi di Sarawak. Dengan adanya program-program seperti ini sepertinya mendapat sambutan daripada anak-anak muda dan juga masyarakat dari kalangan bukan Islam di Sarawak. Secara tidak langsung, rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan bangsa akan lebih mesra dan dapat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi. In shaa Allah.
Antara program-program yang telah dijalankan ialah Liqa' Muslimat yang diadakan di Pejabat Pas Sarawak (PPS) Kuching pada 13 November 2015 yang lalu. Program Liqa' Muslimat ini diketuai oleh wakil dari AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DPMNS dan dibantu oleh muslimat-muslimat dari kawasan Petrajaya dan Kota Samarahan malah juga dihadiri oleh beberapa Muslimat dari kawasan-kawasan sekitarnya.
                                      
      
Pengisian Liqa' Muslimat ini disampaikan oleh wakil dari Lajnah Dakwah DMPM iaitu Ustazah Norazlina
Dengan peluang ini juga, wakil-wakil Muslimat dari Lajnah Dakwah DMPM iaitu Cik Mardhia Hayati dan Cik Nur Syuhada telah mengambil kesempatan dan inisiatif untuk membuat lawatan kebajikan di beberapa buah kampung di Sarawak pada hari berikutnya iaitu pada 14 November 2015. Antara kampung yang mereka sempat lawati ialah Kampung Plaie pada sebelah paginya.
                  Ziarah Dakwah Di Kampung Plaie                 
Ziarah Dakwah Di Kampung Plaie
Di kampung ini kebanyakkan penduduknya adalah terdiri dari masyarakat yang beragama Islam. Dengan itu, Lajnah Dakwah (LD) DMPM dan juga Lajnah Tarbiyah, Dakwah dan Perkaderan (LTDP) DMPNS mengambil kesempatan memberi sedikit pengisian melalui program Ziarah Dakwah di Kampung ini. Alhamdulillah, kehadiran dari penduduk kampung amat memberangsangkan.
Ziarah Kebajikan Di Kampung Siol Kandis
Ziarah Kebajikan Di Kampung Siol Kandis
Pada sebelah petangnya pula, rombongan Muslimat LD DMPM bersama LTDP DMPNS berkesempatan membuat ziarah kebajikan di Kampung Siol Kandis. Kampung Siol Kandis ini pula terdiri daripada masyarakat bukan Islam. Alhamdulillah, seramai 25 orang telah menerima sedikit sumbangan daripada DMPNS dan DMPM.
                                                              
  

                                                 
 
Semoga program-program dakwah seperti ini dapat diteruskan dengan istiqamah. Rata-rata luahan yang diterima daripada penduduk kampung ialah, mereka amat gembira dengan adanya program seperti ini kerana progam seperti ini amat jarang sekali diadakan di tempat mereka. PAS antara parti yang telah berjaya mengendalikan program-program seperti ini di kampung-kampung pedalaman di Sarawak. Allahu Ta'ala a'lam.

0 comments: