PAS dan DAP bebas bertanding di mana-mana kerusi, tetapi....

Dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi dan pilihan raya, semua parti berhak bertanding tanpa batasan, asalkan mengikut lunas undang-undang yang ada. Oleh kerana itu, mana-mana parti bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi.

Namum perkiraan menang kalah biasanya akan bergantung kepada ketentuan strategi bertanding.

Sekiranya bertanding di satu-satu kerusi dengan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka akan dibaca sebagai taktik untuk memecah undi. Kesannya parti yang tidak kuat akan kalah. Malah parti yang mencuba pun akan kalah.
Dalam kes, DAP mahu bertanding di Lapan DUN yang di menangi PAS, adalah dilihat sebagai taktik memecah belah undi PAS.  Maka yang tersirat, boleh d baca ia satu taktik DAP untuk mengembalikan UMNO (BN) di kerusi yang komposisi pengundinya 20-30% bukan Melayu.

Ia kerana difahami PAS menang pada PRU lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika Dap bertanding di situ, bacaan DAP mereka akan dapat undi itu, dan bagi Dap pengundi bukan Melayu tak akan undi BN, sebaliknya akan undi DAP. Maknanya PAS akan peroleh undi Melayu sahaja.

* Pandangan untuk PAS Selangor, bagi berdepan dengan taktik DAP itu, harus lah PAS melaksanakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum. Peranan Dewan Himpunan PAS (DHPP) hendaklah aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu.


Dr Wan Nik Wan Yussoff:
Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

0 comments: