PAS dan Umno, Dekat yang Jauh.

Nukilan Pak Subky Latif

KETIKA pembangkang menyarankan Bajet 2016 ditolak sebagai simbolik undi tidak percaya
kepada Perdana Menteri
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak, PAS cuba menunjukkan ia berkecuali. Ia tidak
akan mengundi bersama
pembangkang yang lain.
Tidak pula dinyatakan
ia akan mengundi bersama kerajaan.

Presidennya, Dato' Seri
Tuan Guru Abdul Hadi
Awang mengambil sikap
mahu mengislah perdana
menteri dan Umno sementara ia masih menguasai Putrajaya.
Dikritiknya bajet terbaharu yang masih bersifat menindas rakyat. Macam-macam
kelemahan bajet dan
pembentangannya, tetapi tidak sampai menyuruh perdana
menteri berhenti dan
tidak mencadangkan Umno mesti mengosongkan Putrajaya.

Ia menambah keliru
semua terhadap PAS dan
tambah menguatkan lagi
syak semua betapa PAS dan Presidennya seolah-olah terpesona dengan Umno dan ada tahaluf baharu dan tersembunyi.

Sudah hampir dua tahun
pembenci tegar Umno-BN mentohmah Tuan Guru Abdul Hadi dan PAS merancangkan
kerajaan perpaduan
apa yang dimasyhurkan
sebagai UG. Seolah-olah
PAS dan Presidennya adalah Umno roader sebagaimana orang sekeliling Mao Zedong
dulu melabelkan pengkritik revolusi kebudayaan komunis
China dulu sebagai "capitalist roader" dan "western roader."

Pemimpin PAS itu tahu
dia ditohmah begitu dan
tahu PAS amat perit menghadapinya hingga tak terdaya menangkis sumpit bertubi-tubi dari semua arah. UG dan Umno roader itu yang menggerakkan usaha
melucutkannya dari pimpinan PAS dan ia juga punca PAS terkeluar dari Pakatan Rakyat.

Tetapi ia tidak menghalang beliau membuat kenyataan
yang menyebabkan
orang bertambah syak PAS hendak bekerjasama dengan Umno sekalipun berguni-guni keterangan perkongsian PAS-Umno adalah mustahil atau ibarat menunggu anjing
bersayap.

Sekalipun ramai pimpinan kanan PAS lari membuat parti lain gara-gara atmosfera
yang banyak mengelirukan itu, ia tidak menyebab
Ustaz Abdul Hadi berhenti dari suara suka mengislahkan Umno seperti sikap terhadap
bajet tidak ditentang
seratus peratus dan tidak disokong seratus peratus. Tidak bercadang menyuruh
Najib mesti berhenti sekarang tetapi memilih menyeru Najib mengubah dasar dan
sistem pemerintahan.

Jika boleh dia mahu
mendekati Umno bagi memungkinkan
berlaku pengislahan
itu.

Nada itu menyebabkan
orang yang keliru bertambah
keliru. Kebanyakan yang
bercakap dengan saya tidak faham dengan Tok Guru dan PAS kerana ketika semuanya
membenci Najib dan Umno, tiba-tiba PAS tdak bersama mereka.

Reaksi saya ialah, agaknya suasana yang sama menyebabkan
Nabi Musa keliru
dengan tindakan Nabi Hidzir seperti yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi. Saya belum bercakap dengan Ustaz Abdul Hadi akan
kekeliruan orang lain tetapi saya terfikir ia mungkin beza antara pemimpin politik biasa
dengan pemimpin politik
ulama.

Kita selalu berhadapan
dengan pemimpin politik
biasa seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Lee KuanYew dan lain-lain. Tetapi kita jarang berdepan dengan pimpinan politik yang terdiri dari ulama. Kita
tidak melihat Imam Hassan al-Banna memimpin kerajaan
dan pengalaman Yusuf
al-Qaradhawi memimpin
parti pembangkang.
Kita baru menyaksi pengalaman Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekarang Tuan Guru Haji Abdul
Hadi.

Pendekatan dua tokoh
ulama itu nampak tidak
sama dengan pendekatan lain-lain pemimpin konvensional.

Sebagai pemimpin
kerajaan mereka mempertahankan apa saja supaya kekal memerintah. Sebagai
pembangkang mereka buat apa jua yang boleh melucutkan kuasa kerajaan.

Tetapi politik Ustaz Abdul Hadi nampak lebih
pada mengubah dasar dari mengubah orang.

Apa panduannya?
Pernah dia berkata, menukar orang tidak menjamin bertukar dasar dan sistem.
Jika sistem bertukar orang bertukar seperti Sayidina Umar al-Khatab dan Khalid ibn Walid bertukar dari jahiliyah kepada beriman. Semua pemimpin jahiliyah bengis hingga Arab masa itu terkenal sebagai orang yang bengis.

Tetapi apabila bangsa
itu menukar akidah agama tauhid, bangsa Arab berukar menjadi pencetus tamadun yang adil.

Jangan kata Nabi Ibrahim dan Nabi Musa tidak berpolitik. Politik yang mereka bawa
adalah untuk meruntuhkan kezaliman dan penindasan. Bagi politik biasa misinya
adalah untuk meruntuhkan kuasa, menukar raja dan
pemerintahan. Tetapi Nabi Ibrahim tidak datang untuk mengguling takhta Namrud dan Nabi Musa diperintah menemui Firaun bukan untuk
menggulingkan kerajaan
dan menggantikan mereka. Nabi Ibrahim menyeru Namrud menyembah Allah
dan dia boleh terus menjadi raja. Tidak disuruhnya Namrud turun takhta. Yang
meruntuhkan kuasa Namrud ialah raja nyamuk atau nyamuk aedes.

Bagi mengelakkan ada
anak Bani Israil meruntuhkan kerajaan Firaun, Firaun bunuh setiap anak lakilaki
Bani Israil. Nabi Musa
datang kepada Firaun tidak menyuruhnya turun takhta tetapi beriman kepada Tuhan
Yang Esa. Bila Firaun
meneruskan kekejamannya,
Nabi Musa bawa sekalian
Bani Israil di Mesir hijrah ke Baitul Maqdis. Dibiarkannya Firaun menghadapi kebinasaan
sendiri.

Nabi Ibrahim dan Nabi
Musa menghadapi raja dan kerajaan yang zalim. Nabi Muhammad s.a.w. tidak menghadapi raja yang zalim tetapi menghadapi sistem
jahiliyah yang berkuasa di Makkah. Quraisy tidak ada raja tetapi ada pemimpin-pemimpin
kabilah. Yang baginda seru di Makkah ialah menukar sistem dari
menyembah berhala kepada bertuhankan Allah Yang Esa.

Baginda ada potensi
menjadi pimpinan Quraisy hingga pembesar Quraisy
menawarkannya untuk menjadi raja yang berkuasa di Semenanjung Arab tetapi mengekalkan sistem tok nenek mereka sebagai kaum jahiliyah. Baginda menolak tetapi menuntut penduduk
Makkah menukar sistem.

Tidak ada makna baginya menjadi raja tetapi mengekalkan
sistem yang terpakai.
Baginda mengirim muhajirin ke Habsyah. Rajanya Najasyi sedia menukar sistem. Rasulullah s.a.w. mengekalkannya
menjadi raja, tidak minta takhta digantikan oleh orang.

Setelah baginda menjadi
ketua negara di Madinah
baginda mengutus surat kepada raja-raja yang berjiran menyeru mereka menukar akidah dan sistem, tetapi tidak
menyuruhkan mereka
meletak jawatan.

Saya melihat pendekatan yang dibawa oleh pemimpin PAS ini adalah lanjutan kepada
misi kenabian yang dibawa oleh kebanyakan para rasul. Keutamaan dakwahnya ialah mengubah dasar bukan
keutamaan menjadi pemerintah. Apabila akidah para raja itu bertukar, maka sistem bertukar.

Mendekati Umno dengan
mengislahkannya adalah
langkah yang begitu dekat dengan dasar PAS ganti Umno. Jika Umno dijadi musuh yang tidak boleh dibuat baik, maka ia akan menjauhkan
terus orang Umno dari
PAS. Bila kita kata yang kita tolak Umno adalah sistemnya tetapi orang Umno tidak dimusuhi.
Masakan orang Umno itu
boleh diajak bersama PAS dari jauh. Kena ada juga pendekatan
mengajaknya dari dekat.
Dari jauh pun ajak, dari dekat pun ajak. Bila orang Umno terasa PAS suka berbaik dengan
mereka, cuma PAS tidak
terima sistemnya saja, maka ia telah meletakkan orang Umno itu selangkah dekat kepada PAS.

Bukan semua pemimpin
boleh berfikir mendekati
orang Umno satu kaedah
bagi menggantikan PAS.

Pemimpin yang ada berjiwa besar, berani dan ada misi saja yang sedia membuat pendekatan yang praktikal sekali ramai yang keliru.

Jika Tok Guru Haji Abdul
Hadi berjumpa Najib di mana saja, anggaplah pemergian itu seperti Nabi Ibrahim berjumpa
Namrud dan Nabi Musa
berjumpa Firaun. Bukan mereka hendak jadi pembesar Firaun dan Namrud, tetap demi menyelamatkannya.

Jika orang Umno tidak datang kepada PAS, pemimpin PAS kena pergi kepada Umno, bukan
masuk Umno, tetapi ikut
apa yang para nabi buat.

0 comments: