PAS TERUS MEMANDU UMMAH

PAS TERUS MEMANDU UMMAH


"PAS sudah biasa dengan ranjau dan duri sepanjang perjalanan. Berbanding parti lain di Malaysia, beban PAS pasti lebih berat. PAS menjunjung citra politik dan citra dakwah. Kalau dalam politik kita belum berjaya, dakwah akan diteruskan selagi dunia ini wujud"

 
Inilah diantara pesanan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS semasa ucapannya dalam Program NEKAD 10.0 di Kota Kinabalu semalam. Di hadapan lebih 300 orang yang hadir, beliau menyatakan keyakinan dan kesungguhan bahawa PAS akan terus memandu ummah. Turut hadir adalah Dr. Ridhuan Mohd Nor Dan Ustaz Mokhtar Senik, kedua-duanya AJK PAS Pusat.

 
Dalam majlis yang sama, Dato' Tuan Ibrahim turut melancarkan sebuah NGO yang memperjuangkan isu tanah iaitu GENERASI. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpandukan Al Quran tidak mungkin akan tunduk kepada kehendak manusia yang cuba meminggirkan Al Quran dalam perjuangan mereka. PAS akan terus berusaha mempamerkan kepada masyarakat akan kesempurnaan dan keindahan Islam.
 
Beliau juga berpesan kepada seluruh yang hadir agar memberi keyakinan sepenuhnya kepada pimpinan yang sudah dipilih. Semuanya telah melalui proses yang telah ditentukan oleh parti.

Di akhir ucapan, beliau menyatakan bahawa golongan kecewa akan terus wujud. Sepanjang sejarah PAS sudah beberapa kali golongan ini muncul. Itu adalah sebahagian daripada proses penyucian dan pematangan parti. Mereka yang berada dalam PAS kena terus berjuang dan memandu ummah.
 
Dr. Aliakbar Gulasan
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Sabah,
AJK PAS Pusat.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete