Perjanjian Damai : Method Dakwah Efektif

Perjanjian Damai : Method Dakwah Efektif

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al Anfal ayat 61-62,
"..Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..."
"..Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman..."
1. Ayat diatas berkisar berkenaan peristiwa Perjanjian Damai Hudaibiyyah pada tahun ke 6 Hijrah yang meredakan pertembungan antara musyrikin Mekah dan Rasulullah s.a.w. selama 9 tahun yang diterima oleh Baginda s.a.w. dengan ikatan syarat yang ketat.
2. Kisah ini bermula dengan hasrat 1400 muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w. bergerak menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Apabila Musyrikin Mekah mengetahui kedatangan Rasulullah s.a.w., maka mereka terus mengutuskan seorang wakil bernama Suhail Ibn Amr untuk berunding dengan Nabi s.a.w. bagi menyekat kemasukan pihak Muslimin.
3. Akhirnya berlakulah Perjanjian Hudaibiyyah yang dimerterai bersama Rasulullah s.a.w. dengan Musyrikin Mekah. Walaupun perjanjian ini sangat dikhuatiri oleh para sahabat yang dianggap merugikan perjuangan Islam, namun mereka tetap akur dengan keputusan Rasulullah s.a.w. Sebagaimana yang diriwayatkan berkenaan ketidakpuasan hati Saidina Umar Al Khattab.
Diriwayatkan dari Abu Wail, ia berkata: “Kami berada dalam Shiffin, ada seseorang berkata: Apakah kamu melihat orang-orang yang diajak kembali ke al-Quran. Lalu Ali menjawab: Ya”. 
Sahal bin Hunaif berkata: “Berprasangkalah pada diri kalian. Sungguh saya melihat diri kami dalam perjanjian Hudaibiyah yang dilakukan oleh Nabi Saw dan orang musyrikin. 
Jika kami berpendapat perang maka kami akan berperang. Kemudian Umar berkata: Bukankah kita berada diatas kebenaran dan mereka di jalan yang salah? Bukankah orang yang terbunuh diantara kami ada di surga dan yang terbunuh dari mereka ada di neraka? Nabi menjawab: “Ya”. 
Umar berkata: “Dimanakah saya meletakkan kehinaan dalam agama kita? Dan kita kembali sebelum Allah memberi keputusan diantara kita”. 
Nabi Saw bersabda: “Wahai Anak Khattab. Saya adalah utusan Allah. Allah tidak akan menyia-nyiakan saya selamanya”. 
Umar lalu kembali dengan perasaan marah dan tidak sabar hingga ia datang kepada Abu Bakar, Umar berkata: “Wahai Abu Bakar, Bukankah kita berada diatas kebenaran dan mereka di jalan yang salah?” 
Abu Bakar berkata: “Wahai Anak Khattab. Muhammad adalah utusan Allah. Allah tidak akan menyia-nyiakan Muhammad selamanya”. Maka turunlah surat al-Fath”

(HR al-Bukhari)
4. Ayat ini juga mendidik kita sebagai pejuang agama Allah s.w.t. akan betapa Islam itu sangat menginginkan perdamaian dan keamanan yang dianggap bukan satu bentuk kegagalan dan kekalahan mahupun tindakan si penakut. Akan tetapi ia adalah satu strategi berharga, peluang dan juga salah satu bentuk kemajuan yang dicapai apabila pihak lawan dan musuh cenderung untuk mengajak perdamaian.
5. Ada yang menganggap bahawa perdamaian antara Islam dan musuhnya adalah simbol kepada kekalahan dan pengunduran, ia adalah salah sama sekali. Malah perdamaian merupakan satu perintah Allah, kalau tidak mana mungkin Allah sendiri memerintahkan Nabi s.a.w. sebagaimana di dalam Al Quran.
6. Ayat di atas, iaitu "Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian.." disebut oleh para mufassirin bahawa bukan sekadar musuh mengajak secara terang untuk berdamai, bahkan sekiranya musuh menunjukkan kecenderungan atau  ? yaitu cenderung maka Allah memerintahkan agar menerima kecenderungan itu dengan berdamai.
7. Allah juga memerintahkan selepas daripada inisiatif perdamaian supaya bertawakkal kepadaNya iaitu hendaklah meletakkan kebergantungan kepada Allah atas apa sahaja perancangan yang dibuat samada di pihak Islam mahupun di pihak musuh.
8. Sekiranya pihak musuh merencanakan tipu muslihat dan berniat jahat menerusi inisiatif perdamaian itu, maka ingatlah Allah s.w.t. adalah memadai dan cukup bagi kita untuk berharap dan memohon pertolongan.
9. Adalah perlu difahami bahawa dalam ayat ini Allah s.w.t. meletakkan setiap Ketaatan kepadaNya dan PertolonganNya berkait rapat dengan KeImanan kepadaNya.
10. Perjanjian Damai Hudaibiyyah walaupun dilihat dengan mata kasar menampakkan kerugian pada pihak Islam dan keuntungan kepada musuh. Namun peluang dan kejayaan dicapai tanpa difahami para peringkat awalnya. Hakikatnya langkah demi selangkah Islam dapat mengambil peluang yang ada untuk memperolehi kemenangan yang lebih besar iaitu Pembukaan Kota Mekah beberapa tahun sesudah itu.
11. Ini dinyatakan secara jelas oleh para ulamak dalam Kitab Shahih Muslim dalam Bab Perjanjian Hudaibiyyah. 
Ulama berkata: Maslahat yang timbul atas perjanjian damai ini adalah sesuatu yang jelas dari buahnya yang indah dan manfaat yang nyata, yang kemuncak kepada penaklukan kota Makkah, dan semua penduduknya memeluk Islam dan orang-orang masuk ke dalam Islam secara berbondong-bondong.
Sebab sebelum terjadinya perjanjian damai para penduduk Makkah tidak pernah bercampur dan bergaul dengan umat Islam dan tidak dilertontonkan kepada mereka perilaku-perilaku Nabi Saw yang nyata, serta tiada sebarang penjelasan kepada mereka tentang Islam secara terperinci.
Ketika terjadi perjanjian Hudaibiyah, mereka bergaul dengan umat Islam, mereka datang ke Madinah dan umat Islam berkunjung ke Mekah. Mereka berkumpul bersama keluarga, kawan dan lainnya. Mereka mendengar dari para sahabat tentang perilaku Nabi secara dekat, melihat mukjizat yang berlaku dengan jelas, dapat menyaksikan tanda kenabian, keperibadian Nabi yang menunjukkan perilaku yang indah dan mereka sering menyaksikan secara langsung.
Maka hati mereka mulai cenderung kepada Iman sehingga ramai dari kalangan mereka berpusu-pusu memeluk Islam sebelum penaklukan kota Mekah. Maka mereka telah memeluk Islam di antara berlakunya Perjanjian Damai Hudaibiyah dan Pembukaan Mekkah.

Orang yang lain yang cenderung kepada Islam juga bertambah. Ketika hari penaklukan kota Mekah, maka mereka ini telah memeluk Islam kesemuanya, disebabkan mereka telah memiliki sedikit maklumat tentang Islam. 
Sementara orang Arab yang di pedalaman selain Quraisy, mereka hanya menanti kaum Quraisy masuk Islam. Dan ketika kaum Quraisy memeluk Islam, maka orang-orang Arab pedalaman turut memeluk Islam. 
Allah berfirman: “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong”

(Syarah Muslim, Imam Nawawi 6/241)
12. PAS yang telah dan masih berada dalam lapangan siyasah berprinsipkan "Muwajahah  Silmiyyah" atau jalan demokrasi sejak dari tahun sebelum merdeka iaitu 1951 lagi tetap istiqamah untuk menggunakan setiap inci peluang yang ada untuk menyampaikan mesej Islam dalam negara ini.
13. PAS memiliki pengalaman liku-liku politik pelbagai seperti menentang penjajah, pejuangan menuntut kemerdekaan, memerintah kerajaan negeri Kelantan 1959-1978, bersama dalam kerajaan campuran dengan Perikatan 1970-1978, memerintah kelantan semula tahun 1990 sehingga kini, memerintah Terengganu pada tahun 2000-2004, memerintah Kedah pada tahun 2008-2013, bersama PR memerintah Selangor 2008 sehingga kini.
14. Sewaktu PAS dalam Perikatan, PAS mengambil peluang yang ada menyampaikan mesej Islam dan melaksanakan Islam dalam lapangan autoriti yang ada. Banyak kementerian dan jabatan kerajaan berjaya diserapkan unsur Islamik dan diperbetulkan operasi kerajaan supaya patuhi Syariat. PAS dalam PR ketika mentadbir Selangor telah berjaya mengambil peluang yang dimiliki untuk membawa mesej Islam dalam lapangan yang diamanahkan. Masjid dan surau telah dihidupkan fungsinya yang sebenar apabila dimakmurkan dengan majlis ilmu serta pengajian. Sehingga Selangor berjaya menjadi hub majlis ilmu dan kuliah-kuliah agama di negara ini.
15. PAS sewaktu permulaan langkah dalam lapangan demokrasi berhadapan tohmahan dan kutukan masyarakat berfikiran sekular bahawa tiada politik dalam Islam. Sehingga terdapat usaha untuk membuang perkataan Islam dari PAS. Begitu juga apabila PAS mengemukakan cadangan Enakmen Jenayah Syariah Islam atau Hudud di negeri Kelantan, PAS menghadapi pelbagai bentuk kesukaran seperti kekeliruan yang sengaja ditimbulkan kepada masyarakat dengan dakwaan hudud akan dikenakan ke atas orang bukan Islam. Ditambah lagi dengan usaha kerajaan persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad yang membuat pelbagai kritikan dan ugutan untuk menggagalkan perlaksanaan enakmen ini. PAS berdepan dengan kejahilan masyarakat termasuk bersaing dengan serangan pemikiran yang merosakkan aqidah ummah seperti sekularisme, liberalisme, nasionalisme, tuduhan dikaitkan dengan pengganas, anarkin ortodoks, ektrimis, fundamentalis dan lain-lain lagi.
16. PAS menghadapi kepelbagaian kesukaran tersebut dengan sabar dan istiqamah melalui penghayatan dan pengiktibaran yang dicungkil daripada Sunnah dan Sirah Nabi s.a.w. sebagai poin dan hujjah dalam setiap langkah yang diambil oleh PAS seperti kerjasama politik (Taawun Siyasi), persefahaman politik (Tahaluf Siyasi) dan kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G to G).
17. Melalui pendekatan yang diambil oleh PAS ini, maka sedikit demi sedikit halangan, kekeliruan, kejahilan malah penentangan kepada perjuangan Islam dan PAS secara khususnya semakin berkurangan. Malah, musuu yang dulu kuat menentang PAS kini menampakan mulai kendur dan cenderung menunjukkan minat terhadap perjuangan Islam. 
18. PAS sebagai parti dan gerakan Islam yang tidak mengenepikan aspek dakwah selain politik, menggunakan pelbagai method yang ada di hadapannya untuk menyebarluaskan Islam, memahamkan masyarakat serta mengemukakan hujjah untuk mengembalikan mereka semula kepada kesyumulan Islam.

19. Peluang perdamaian yang dinikmati oleh PAS adalah satu kelebihan yang sangat penting dan esential. Ini adalah kerana perdamaian itu dituntut oleh fitrah setiap manusia yang sihat, membawa keharmonian dalam persekitaran dan bersifat manusiawi (berperikemanusiaan). Bahkan dengan wujudnya perdamaian, faedah yang diperolehi akan mewujudkan suasana keramahan, kelembutan, persaudaraan dan keadilan.
20. PAS pastinya tidak akan membiarkan peluang sebegini berlalu sahaja. PAS sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan ini dengan menasihat dan menegur secara lebih efektif sebagai satu bentuk dakwah kepada pihak lawannya agar dilihat bahawa PAS benar-benar mahukan kebaikan kepada semua pihak dan bukannya semata-mata inginkan kuasa.
21. Beberapa cadangan PAS mutakhir ini adalah manifestasi daripada suasana perdamaian dengan pelbagai pihak demi memastikan kepentingan Islam dan rakyat terbanyak menjadi agenda paling utama dan diberikan perhatian. Sebagai contoh, apabila kerajaan persekutuan menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan bantuan dalam usaha memartabatkan Undang-Undang Syariah Kelantan, maka PAS langsung menerima peluang ini. Begitu juga PAS ingin berperanan dalam memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kerajaan dalam isu-isu berkait soal pembentangan bajet serta turut memberikan idea penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.
22. Semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan suasana perdamaian yang wujud antara PAS dengan musuh politiknya yang bakal menyumbang kepada kemenangan Islam dan perjuangan PAS.
23. Ingatlah, kejayaan PAS bukan dilihat sekadar memenangi pilihanraya semata-mata sahaja, atau apabila berjaya memerintah negara, ataupun dengan memegang jawatan dan kuasa kerajaan. Akan tetapi kejayaan PAS yang sebenar adalah apabila mesej Islam dapat disampaikan dan ditegakkan serta diterapkan dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Semoga langkah bijak PAS menerusi pimpinan Sunnah Kenabian ini, diberikan keberkatan Allah s.w.t. dan kemenangan kepada perjuangan Islam.


Wallahua'alam

Catatan
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor 
Pengarah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.
24 November 2015 / 11 Safar 1437h.

9 comments:

  1. Hello, ini adalah sebuah firma pinjaman peribadi yang meminjamkan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Pinjaman kami kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada tahap 2.5%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman, dengan PINJAMAN MART masalah anda lebih, jadi hubungi kami hari ini E-mel:
    (loanmartcommunityservice@gmail.com)
    Maklumat peminjam: Nama penuh: _______________ Negeri: __________________ seks: ______________________ Umur: ______________________ Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______ Tempoh Pinjaman: ____________ Tujuan pinjaman: _____________ Nombor telefon: ________
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete
  3. Halo adalah anda dalam keadaan kewangan ??? Dan anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, bayar hutang anda atau ubat-ubatan anda ?? Jika ya sila berhubung dengan Puan Stella Rene Ketua Pegawai Eksekutif Puan Stella Rene Firma Firma firma beliau adalah selamat, selamat dan dipercayai pada masa yang sama kerana itu adalah firma di mana saya hanya membayar pinjaman sebanyak 120,000,00 dan ia berjaya dan sebenarnya saya Impian datang melalui hari ini jadi saya mahu menggunakan media ini untuk memaklumkan sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman untuk berhubung dengan e-mel di bawah ini {mrsstellareneloanfirm1@gmail.com}

    Diuji dan amanah.

    Flip Oliveira

    ReplyDelete
  4. Adakah anda memerlukan pinjaman? Kami sah dan memberi jaminan pemberi pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan sokongan kewangan. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan benefisiari yang boleh dipercayai seperti Kami ingin menawarkan anda pinjaman anda Hubungi kami melalui E-mel: margaretpedroloancompany@gmail.com

    Perkhidmatan yang diberikan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan Pinjaman Rumah

    Tulis kembali jika berminat, kadar faedah tahunan kami sebanyak 2%. Hubungi kami melalui E-mel: margaretpedroloancompany@gmail.com

    Sila ambil perhatian: Semua individu yang berminat mesti menghantar mesej ke e-mel kami untuk maklum balas dan butiran segera untuk mendapatkan Pinjaman.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Pinjaman untuk pelbagai tujuan Kami menawarkan jumlah minima Rm 5,000.00 hingga 5 juta Rm Dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2% Tempoh pinjaman: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan. Pelanggan mestilah Berumur 18 tahun ke atas Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua pelanggan Untuk maklumat lanjut mengenai bonus hubungi kami melalui e-mel: (augustinejunio@gmail.com)

    ReplyDelete
  6. Pinjaman untuk pelbagai tujuan Kami menawarkan jumlah minima Rm 5,000.00 hingga 5 juta Rm Dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2% Tempoh pinjaman: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan. Pelanggan mestilah Berumur 18 tahun ke atas Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua pelanggan Untuk maklumat lanjut mengenai bonus hubungi kami melalui e-mel: (augustinejunio@gmail.com),

    ReplyDelete
  7. Saya perlu memberi keterangan mengenai perbuatan baik yang dilakukan oleh James Althouse Finance Firm untuk saya.
    Saya tidak pernah fikir saya akan berjumpa dengan seseorang seperti Encik James. Dia adalah permata yang jarang berlaku. Saya Aisyah Saya mengambil masa saya untuk bersaksi tentang Encik James kerana dia akhirnya menawarkan apa yang tidak ada orang lain.
    Saya dan suami saya pergi ke hutang besar dengan penghutang dan Bank dan kami sedang mencari pinjaman daripada syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semuanya tidak menjadi apa-apa. Sebaliknya mereka membawa kita ke hutang lebih banyak dan akhirnya meninggalkan kita sehingga saya bertemu dengan Encik James, dia menawarkan pinjaman walaupun pada mulanya saya takut ia akan berakhir seperti syarikat pinjaman lain yang saya cuba untuk meminjam dari, tetapi saya ada mendapati bahawa dia tidak seperti mereka. Kini kami akhirnya menyelesaikan hutang kami dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang ditinggalkan pada pinjaman.
    Hubungi Encik James melalui e-mel berikut.
    jamesalthousefinancefirm@gmail.com, atau anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut: aisyahtaufik23@gmail.com

    ReplyDelete
  8. TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita? Adakah anda dalam apa-apa tekanan kewangan? adakah anda perlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapannya di sini, Firma Pinjaman Matilda Blake adalah jawapannya. Kami menawarkan;

    a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
    b) Permulaan dan pendidikan perniagaan.
    c) penyatuan hutang.
    d) Pinjaman Keras Wang.

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga tempoh yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan wang yang anda perlukan. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui Email: matildablakeloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Saya perlu memberi keterangan mengenai perbuatan baik yang dilakukan oleh James Althouse Finance Firm untuk saya.
    Saya tidak pernah fikir saya akan berjumpa dengan seseorang seperti Encik James. Dia adalah permata yang jarang berlaku. Saya Aisyah Saya mengambil masa saya untuk bersaksi tentang Encik James kerana dia akhirnya menawarkan apa yang tidak ada orang lain.
    Saya dan suami saya pergi ke hutang besar dengan penghutang dan Bank dan kami sedang mencari pinjaman daripada syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semuanya tidak menjadi apa-apa. Sebaliknya mereka membawa kita ke hutang yang lebih banyak dan akhirnya meninggalkan kita sehingga saya bertemu dengan Encik James, dia menawarkan pinjaman walaupun pada mulanya saya takut ia akan berakhir seperti syarikat pinjaman lain yang saya telah cuba untuk meminjam dari, tetapi saya ada mendapati bahawa dia tidak seperti mereka. Kini kami akhirnya menyelesaikan hutang kami dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang ditinggalkan pada pinjaman.
    Hubungi Encik James melalui e-mel berikut.
    jamesalthousefinancefirm@gmail.com, atau anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut: aisyahtaufik23@gmail.com

    ReplyDelete