Perkembangan Kes Nizar Saman Hj. Razmn

Pada prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh pada 06.11.2015, mahkamah telah menetapkan tarikh 07.12.2015 untuk kedua-dua pihak menyelesaikan pliding di mana pihak plaintif (DS Nizar) akan memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas Defendan (Hj Razman ). Defendan kemudiannya akan memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan Tuntutan Balas  (jika ada)

Mahkamah juga telah bertanya pihak-pihak sama ada terdapatnya perbincangan untuk penyelesaian secara baik di luar mahkamah. Walau bagaimanapun peguam yang mewakili plaintif (DS Nizar ) memaklumkan bahawa arahan anakguamnya adalah untuk kes dibicarakan. Peguam mewakili Defendan  (Hj Razman ) telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa defendan telah berusaha sebelum ini agar kes dapat diselesaikan secara baik di luar mahkamah, namun tidak mendapat maklum balas positif dari plaintif. Walau bagaimanapun, defendan masih bersedia untuk perbincangan bagi penyelesaian kes.

Sehubungan itu mahkamah akan mendapatkan perkembangan selanjutnya kes ini dari pihak-pihak pada tarikh pengurusan kes 07.12.2015.

Jika tiadanya penyelesaian, Mahkamah menetapkan tarikh 15 -18 Feb 2016 utk perbicaraan.

Peguam  plaintif (Nizar Tim PAN Perak) adalah Hassanudin Yusoff dari Tetuan Awi & Co.

Peguam Hj Razman adalah Azhar Sharin dari Tetuan Chen Leong & Co.  Sdr Azhar adalah merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-undang Pas  Perak .

Bersama berdoa semua kemenangan dan keringanan diberi kepada Hj Razman dan PAS

Mohd Saidi Sabri
(Pembantu Khas Tn. HJ. Razman)
H/P 0135281879

0 comments: