Perubahan Perlukan Pengorbanan



Perubahan kerap disalah erti. Setiap perubahan perlukan pengorbanan. Perubahan perlu diolah agar natijahnya benar-benar membawa makna.
Selepas lebih 61 tahun PAS berada dalam arena politik negara, sesuatu perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa PAS semakin matang. PAS sedang memulakan gerakan perubahan dengan melakukan transformasi imej. Apa yg Presiden PAS sedang lakukan adalah sebahagian daripada pembentukan budaya politik matang PAS.
Fokus politik PAS adalah utk membawa penyelesaian Islam kpd negara, bukan berebut kuasa. Mendapat kuasa hanya salah satu jalan untuk memastikan Islam memerintah.
PAS diasaskan bukan atas budaya bermusuh. Budaya politik PAS juga bukan berlatarkan perbalahan atau permusuhan, selagi mana pihak lain tidak memusuhi Islam.
Politik PAS adalah politik kerjasama, bukan politik blok atau sekutu. Bekerjasama selagi mana ia menguntungkan negara dan rakyat dan untuk mendapat kesejahteraan rakyat.
Imej baru ni menyebabkan ramai keliru kerana telah terbiasa dgn imej lama. Ada yg memperlekeh, ada yg mempersenda, ada yg marah dan macam-macam lagi.
Dalam masa pembentukan di tahap awal ini, kita jangan endahkan kata-kata org yg nak mengata. TGHH mengambil sikap ini, terus melangkah ke hadapan.
Jika kita istiqamah, org ramai akan mula nampak cara kita dan akhirnya persepsi org ramai akan berubah.
Tanda awal sudah banyak, dgn penglibatan pelbaga NGO, dan tambahan bilangan ahli baru yg begitu tinggi, itu sebahagian daripada bukti penerimaan pendekatan PAS.
Komen dari pihak lain yg memusuhi PAS sememangnya sentiasa negatif. Media alternatif yg diketahui umum memusuhi PAS akan sentiasa memutarbelit berita atau nemberi berita separuh, tidak menyeluruh untuk menimbulkan persepsi buruk pembaca terhadap PAS.
Namun jika semua ahli dan penyokong PAS terus meyakini usaha pimpinan PAS yg ada, Insya-Allah, PAS akan terus kedepan dalam pentas politik untuk membawa aspirasi melahirkan Malaysia yg sejahtera untuk semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Marilah bersama menyokong usaha Presiden PAS dan sama-sama berdoa agar usaha ini dipermudahkan.

Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh
AJK PAS Pusat
21 Muharram 1437
3 Nov. 2015.

0 comments: