Tinta Ulamak ( Siri 28) : Manfaat Akal Yang Sempurna

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 28 )
Manfaat Akal Yang Sempurna
8 Safar 1436H / 20 November  2015M

Firman Allah swt dalam Surah Az-Zumar :9 
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Orang bijak bukan hanya sekadar bijak berbicara sehinggakan menyangkal ketaatan kepada Allah SWT. Peringatan Allah SWT ini jelas memberikan kepada kita untuk memahami kehebatan akal perlu seiring dengan syariat.
Sejarah lampau menjadi sandaran ramai yang berakal tetapi mereka dilaknat oleh Allah SWT. Ini kerana berkiblat kehebatan lantasn menidakkan kekuasaan Allah SWT.


Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: