Akta MKN 2015 Bawa Malaysia Kepada Penyalahgunaan Kuasa Perlembagaan

Akta MKN 2015 Bawa Malaysia Kepada Penyalahgunaan Kuasa Perlembagaan

Semalam hari terakhir sidang parlimen , kami bersidang sehingga jam 12.40 pagi , ada 3 peristiwa besar yang terjadi di parlimen; pertama Najib tidak jawab soalan RM2.6 b, kedua YB Nurul Izzah diheret zalim ke JK Hak dan Kebebasan Dewan oleh BN dan yang ketiga kuasa Najib bertambah tinggi dan kebal.


Dengan lulusnya Rang Undang Undang MKN ini, ianya membawa implikasi;
1) Perkara 150, Perlembagaan negara dicabuli dengan berlakunya rampasan kuasa dalam hak pengistiharan Darurat daripada Yang Di Pertuan Agong kepada PM Najib?

2) PM Najib dan anggota MKN kebal sepenuhnya daripada undang undang (Seksyen 38)

3) Segala-gala tindakan MKN adalah rahsia.

4) Jika rakyat dibunuh, dikenakan apa-apa tindakan tiada tindakan perundangan boleh diambil.


Jika diteliti Akta MKN Seksyen 22,23,24,25,26,27,28,29,30,33,34 dan 35 . Apakah mereka mahukan kuasa kepada MKN semacam kuasa tentera Israel Nentanyahu di Tebing Barat?.


Dengan sejumlah 6 akta utama berkaitan keselamatan yang sedia ada, Akta Hasutan, Akta Polis, Kanun Keseksaan, SOSMA, POTA dan POCA, persoalan timbul kenapakah Najib sangat memerlukan satu lagi akta keselamatan menjadikan 7 jumlah kesemuanya.


Allah merakamkan kemuncak kebongkakan firaun dalam Al-Quran 79:24 " Maka (Fir'aun) berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi."


Ayat Al Quran ini senantiasa relevan di setiap zaman dan tempat. Malangnya manusia sering mengabaikan pesanan Tuhan.


Parlimen Malaysia mencatatkan sejarah hitam yang rakyat tidak boleh lupakan, apabila ahli-ahli parlimen BN bersekongkol dalam meluluskan perundangan draconian dan zalim ini, Akta MKN 2015. Kami PAS dan kesemua blok pembangkang menentangnya habis-habisan.


Maka siapakah yang tertinggi kedudukannya sekarang? Ungkapan yang sesuai ialah "Woklong sudah jadi Raja".


PM Najib boleh tidur lena seketika dengan adanya sumber kuasa baru, pada hitungannya mampu mengekalkan kuasa dikala mega skandal yang menyelubungi pemerintahannya. Namun barang diingat kuasa dalam memberikan kuasa adalah milik Allah Azzawajalla.


Saya menyeru rakyat untuk bangkit bersama kami selamatkan Malaysia.


YB Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Bachok
22 Safar 1437 / 4 Disember 2015

0 comments: