Kenaikan Tambang ERL, LRT Monorel Dan Komuter Undang Kemarahan Rakyat.

1. Keputusan kerajaan dalam membenarkan kenaikan hingga 50% terhadap tambang ERL, LRT, KOMUTER dan MONOREL sangat mendukacitakan.

2. Rakyat terus marah dan mempersoalkan kewajaran kenaikan mendadak tersebut.

3. Alasan ERL bahawa kenaikan itu perlu kerana sejak April 2002 tiada kenaikan dan kerugian berkumpul telah sebanyak RM 671.7 juta adalah tidak dapat diterima.
4. Kenapa kenaikan tambang 4 pengangkutan ini dibuat hampir serentak dan pada kadar yang sangat tinggi?

5. Dan kenapa pula kerugian berlaku terhadap satu perniagaan yang sebenarnya kosong risiko, pelaburan melibatkan bilion duit rakyat dan dikenakan pula kepada rakyat untuk menanggungnya?

6. Di Sao Paulo Brazil, akibat kenaikan tambang bas, ratusan ribu rakyat Brazil telah bangkit melakukan protes.

7. Saya gesa Polis, SPRM, SPAD, KDNKK dan Ketua Audit Negara melakukan siasatan terhadap kesemua 4 pengangkutan utama yang telah menaikkan tambang secara melampau dan serentak ini.


YB Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Bachok
3 Disember 2015

0 comments: