PAS BERSOLIDARITI BERSAMA JURURAWAT YANG DIPECAT KERANA MENUTUP AURAT


PAS BERSOLIDARITI BERSAMA JURURAWAT YANG DIPECAT KERANA MENUTUP AURAT

Alhamdulillah, selesai pertemuan mahabbah antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama Cik Naziah Saniah Samat, jururawat Damai Hospital yang dikatakan diberhentikan kerja iaitu dipecat kerana pemakaian menutup aurat. Pertemuan ukhuwah berlangsung dengan mesra di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersolidariti dan memberi sokongan dalam isu ini selaras dengan agenda PAS memperjuang serta mempertahan syariat dan nilai-nilai hidup Islam dalam masyarakat dan negara.

PAS juga mengalu-alukan kenyataan Kementerian Kesihatan yang menyatakan bahawa tindakan akan diambil sekiranya hospital terbabit didapati melanggar peraturan di bawah Bahagian Amalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan.

PAS sekaligus menyokong peraturan yang menyebut supaya semua hospital di bawah kementerian mewajibkan jururawat beragama Islam menutup aurat dan arahan ini turut diguna pakai untuk hospital swasta.

PAS juga berharap pihak hospital memohon maaf di atas peraturan yang menghalang pekerja Muslim menutup aurat dengan sempurna dan meminda undang undang tersebut serta berharap Cik Naziah diterima berkerja semula.

Isu ini bukan isu perkauman dan suasana harmoni antara kaum hendaklah terus dijaga dan dipertahankan. Ianya adalah isu hak untuk mengamalkan agama dan nilai hidup yang diimani. Semoga perkara ini boleh diselesaikan dengan terbaik.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Sdr Mukhtar Suhaili (AJK PAS Pusat merangkap Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak), Sdr Khairul Faizi Kamil (Penolong Setiausaha PAS Pusat), Puan Kartini Ahmad (Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat), Puan Norhafiza Fadzil (Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat PAS Pusat) dan Ustaz Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali (Ketua Staff Dewan Pemuda PAS Malaysia).

Nota: PAS menghadiahkan 3 naskah buku kepada Cik Naziah Sauni Samat:
1. Rahsia Wanita Syurga
2. Ajarkan Wanitamu Tafsir Surah An-Nur Bahagian 1
3. Ajarkan Wanitamu Tafsir Surah An-Nur Bahagian 2.



0 comments: