PAS Sokong Penambahan 11 Kerusi Baharu Dun Sarawak


PAS Sokong Penambahan 11 Kerusi Baharu Dun Sarawak

Jumaat, 4 Disember 2015


KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat melahirkan tanda sokongan atas kelulusan usul persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melibatkan 11 kerusi baharu oleh Parlimen, kelmarin.

Penambahan 11 kerusi baharu itu membabitkan Batu Kitang, Stakan, Serumbu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.


Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Zharudin Narudin berkata, beliau mewakili suara parti itu menyatakan sokongan terhadap cadangan usul persempadanan baharu yang dilihat sebagai usaha baik berkhidmat kepada rakyat secara menyeluruh di negeri ini.


“Ini kerana bahagian baharu itu tertumpu kepada kawasan pedalaman kerana penempatan Bumiputera berpusat di kawasan itu.

“Kami berharap selepas ini akan lebih banyak pembangunan di luar bandar khususnya infrastruktur asas akan dibangunkan di kawasan tersebut,” katanya.


Jelasnya lagi, persetujuan itu menemui kata sepakat daripada ahli lain kerana mengambil kira aspek pengurusan, perhubungan selain ia selari dengan penubuhan bahagian atau daerah serta daerah kecil baharu di seluruh Sarawak.

0 comments: