PAS - UMNO, "LAND MARK" PENTING SENARIO POLITIK NEGARA

DSAHA, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, Prsiden PAS telah mengsytiharkan kesediaan PAS dalam berkerjasama dengan pihak kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat. Kenyataan ini dibuat beberapa minggu yang lalu sempena sesi persidangan Parlimen.

Kenyataan tersebut menjadi seperti "launching pad" kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera yg menjadi pendekatan baru PAS, dipacu oleh Presidennya.

Walaupun pendekatan baru ini belum diseminarkan lagi (setakat makluman kami), langkah langkah mutakhir PAS menggambarkan ianya suatu yang amat sihat. Sesuatu yang amat diperlukan oleh negara ini. Harakah pada keluaran?? menerbitkan cadangan penyelesaian PAS terhadap isu besar negara seperti GST, Kejatuhan Matawang dan Kos Sara Hidup Rakyat, di muka hadapannya.

Parti parti politik memfokuskan kepada kebajikan dan kepentingan rakyat dengan mengurangkan "politicking" dan percakaran antara satu sama lain, adalah suatu yang dinanti nanti oleh seluruh rakyat.

Tahniah untuk PAS kerana telah memulakannya dengan berani dan yakin.

Kemudian, rakyat dikejutkan pula dengan ucapan Dato Seri Najib, Presiden UMNO dan PM Malaysia, dengan secara terbuka mengajak PAS untuk mencari jalan penyatuan. Ucapan beliau disambut dgn sokongan gemuruh para peserta Perhimpunan Agung UMNO itu.

Kejutan yang menarik ini merancakkan lagi dinamika politik tanahair, khususnya antara dua parti besar dominasi Islam-Melayu ini.

TG DSAHA, Presiden PAS telahpun menyahut seruan Presiden UMNO itu dengan menekankan kesediaan PAS dalam sebarang usaha kebaikan, dan lebih penting lagi meletakkan batu asas pertama dalam usaha penyatuan ini, iaitu dasar dan prinsip penyatuan mestilah Islam.

Ini bermaksud, bahawa daripada perspektif PAS, penyatuan yang sebenar hanya berdiri di atas dasar Islam. Walaupun implkasi daripada batu asas ini masih belum jelas, rakyat memahami bahawa UMNO perlu merubah dasar perjuangannya daripada sekular kebangsaan Melayu, kepada Islam sebuah ad Deen, cara hidup lengkap mengambilkira semua bangsa dan budaya.

Kita berharap agar PAS dapat mengeluarkan sebuah cadangan Kerangka Utama Penyatuan Ummah ini dalam masa terdekat.

Di waktu yang sama, kita juga sangat berharap agar UMNO tidak hanya menjadikan ini (inisiatif perpaduan) sebagai sekadar retorik di perhimpunan agung mereka seperti seringkali terjadi sebelum ini.

UMNO mestilah menunjukkan komitmen mengambil Islam sebagai dasar dan pendekatan mereka. Perkara dosa dan pahala, halal dan haram dalam aqidah serta syariat Islam menjadi rujukan dan pagar pagar panduan utama kepada sikap dan tindakan UMNO selepas ini.

Sekaligus, perubahan dasar UMNO ini mestilah membawa natijah kearah berakhirnya ketidak adilan, penyelewengan, kronisme dan nepotism di dalam pentadbiran kerajaan.

Sekarang bola berada d kaki UMNO. Buktikan komitmen kepada Islam, nescaya rakyat akan bersama mendokong inisiatif penyatuan berdasarkan Islam ini. Bukan hanya demi manfaat umat Islam, bahkan juga bakal membawa kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat negara ini.

Ini kerana penyelesaian Islam ialah penyelesaian untuk semua.

Akhirnya, kami Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) juga ingin menyeru keseluruhan rakyat negara ini agar memberi sokongan terhadap inisiatif penting ini yang mungkin menjadi salah satu "land mark" terbesar politik negara sejak merdeka.

Sekian

DR. MOHAMAD KHAZANI ABDULLAH
Naib Presiden
Ikatan Ilmuan Nasional

0 comments: