RINGKASAN AKHBAR HARIAN: 3 Disember 2015, Khamis.


RINGKASAN AKHBAR HARIAN: 
3 Disember 2015, Khamis.


NASIONAL

1. Muhyidin dakwa kehadirannya pada PAU15 nanti ibarat tunggul. Tidak boleh berucap, juga tidak terlibat dalam penggulungan. Akui ruang demokrasi dalam Umno makin sempit. Minta ahli gunakan platform PAU untuk luahkan apa yang terbuku.

2. Vape haram dijual di Johor mulai 1 Januari ini. Keputusan dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam. PBT akan dimaklum mengenai penguatkuasaan tersebut. Denda minima RM500 dan maksima RM2000. Rampasan juga boleh dilakukan jika masih berlaku.
3. PM bentang persempadanan baru Pilihan raya Sarawak. Tambahan 11 Dun menjadikan 82 keseluruhan. Sebagai mengurangkan beban wakil rakyat.

4. Parlimen dimaklumkan, seramai 72 rakyat Malaysia terlibat dengan IS. 51 orang masih berada di Syiria dan Iraq, 7 orang sudah pulang dan 14 sudah meninggal dunia. Daripada 7 yang pulang, 2 sudah dijatuhi hukuman dan 5 lagi sedang dibicarakan.

5. Kenaikan harga tambang ERL terpaksa dinaikkan kerana sudah 14 tahun ditangguhkan. Kos operasi yang meningkat antara alasan perlu dinaikkan. Mulai 1 Januari 2016, penumpang terpaksa membayar RM55 sehala dari KL Sentral ke KLIA iaitu kenaikan RM20 dari sebelumnya.

6. Presiden PASMA menasihati Mat Sabu supaya fokus kepada tumpuan dan tidak menyerang parti pembangkang. 
- Nik Abduh anggap Mat Sabu cari publisiti murahan.

7. Wan Azizah anggap undi tolak bajet adalah sia-sia memandangkan kerusi pembangkang adalah kurang dari pihak kerajaan.

8. Ibubapa dan penjaga yang mendera dan mengabai anak-anak boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara 20 tahun apabila rang undang-undang kanak-kanak (pindaan) 2015 diluluskan. Peruntukan semasa adalah 10 tahun dan denda RM10,000.

9. Seramai 488,787 warganegara Malaysia dilarang keluar negara  atas pelbagai sebab. Antaranya perintah mahkamah, tidak melangsai cukai pendapatan dan PTPTN. Selain itu kerajaan juga mempunyai hak menghalang individu keluar atau masuk negara ini bagi menjaga kesejahteraan negara.

10. Kemasukan pekerja Bangladesh tidak jejas peluang kerja rakyat tempatan kata  KDN. Kerajaan sangat berhati-hati dan keperluan tenaga mereka sangat perlu di sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

11. SPRM rakam kenyataan  Jho Low, Suboh pada Ahad lepas di luar negara. Keduanya dirakam bagi membantu kes mengenai syarikat mereka dan sumbangan dana politik RM2.6Bilion. Najib dikatakan akan turut merakam kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat.

12. 2,943 kakitangan awam catat prestasi kerja rendah. Pencapaian di bawah 60%. Antara masalah dikenal pasti adalah ponteng, gagal hadir bekerja, dan lewat hadir kerja. Majoriti di kalangan pekerja lama. Jumlah keseluruhan kakitangan awam adalah 1.6 juta.

13. Jawatankuasa khas dibentuk siasat 12 teguran keras Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri 3 terhadap 4 kementerian. Jika wujud kesalahan salah laku atau kecuaian, pertuduhan mahkamah akan diambil.



DUNIA

1. Banjir luar biasa landa Tamil Nadu. Sudah meragut 200 nyawa sejak sebulan lalu. Lapangan terbang terpaksa ditutup.  10,000 anggota polis dan perenang terlatih dikerah untuk usaha menyelamat.

2. Peralihan kuasa Myanmar akan berlaku secara aman. Rundingan Suu Kyi dan Thein Sein dalam keadaan mesra. Rundingan selama sejam berjalan baik.

3. Iraq tolak campur tangan tentera Amerika dalam memerangi IS. Menolak tawaran Setiausaha Pertahanan US yang mahu menghantar jumlah tentera lebih besar.

4. UAE bina pesawat peninjau planet Marikh. Bakal dilancar pada tahun 2020. Bersaiz sebesar kereta berbentuk heksagon. Pasukan dianggotai sepenuhnya anak tempatan UAE.



Disediakan oleh :
Lajnah Penerangan & Hubungan Media PAS Pusat

0 comments: