Sembah Takziah Di Atas Kemangkatan YAM. Tunku Laksamana Johor

Patik beserta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim merafak sembah ucapan takziah kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh Kerabat Diraja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim pada malam semalam.
Semoga Allah memberi ketabahan kepada seluruh keluarga Diraja diatas pemergiaan YAM Tunku. Sama-samalah berdoa kehadrat Allah SWT agar Almarhum YAM Tunku dikurniakan kedudukan yang sejahtera di Syurga-Nya bersama para kekasih yang diredhai.


Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan Darulnaim

0 comments: