Tiga Teras Utama Kekuatan PASTI Melahirkan Pelajar Berkualiti


Tiga Teras Utama Kekuatan PASTI Melahirkan Pelajar Berkualiti
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi


BATU GAJAH: Kekuatan pendidikan PASTI terbina dari tiga teras utamanya iaitu Al-Quran dan Hadis, guru-guru yang ikhlas dan ibu bapa, demikian menurut Penasihat PASTI Perak, Ustaz Hafez Sabri, di Dewan Bunga Raya, Komplek KTMB Batu Gajah, di sini, 6 Disember.
Terangnya, gandingan ibu bapa penting dalam membina peribadi anak-anak yang soleh solehah bahkan perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru dalam menyediakan pendidikan secara formal.
Jelas beliau, ibu bapa juga memainkan peranan mendidik secara tidak formal di luar waktu sekolah.
Di atas komitmen yang ditunjukkan, beliau mengucapkan tahniah kepada PASTI Perak kerana telah berjaya meningkatkan bilangan unit PASTI dan pelajar pada tahun ini.
"Tahniah kepada PASTI Perak kerana pada tahun ini lebih 7000 pelajar menerima pendidikan lebih 400 guru yang mendidik sekitar 199 PASTI di seluruh negeri Perak.
"Dengan kesungguhan yang diusahakan moga bilangan ini terus meningkat pada tahun hadapan seiring dengan peningkatan kualiti pendidikan di PASTI," ujarnya memberikan harapan kepada penggerak PASTI Negeri Perak.
Beliau berucap sempena merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan Jabatan PASTI Negeri Perak 2015. Sumber HARAKAHDAILY

0 comments: