Tinta Ulamak ( Siri 32) : Jihad Yang Utama

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 32)
Jihad Yang Utama
1 Disember 2015M/ 19 Safar 1437H

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi saw bersabda:
"Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim" (HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Hadis Hasan)
Mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran termasuk jihad. Menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah juga merupakan jihad. Membelanjakan wang untuk perjuangan Islam juga satu jihad. Menasihati pemimpin yang zalim termasuk jihad yang utama dan dituntut oleh agama.
Islam memerintahkan para alim ulamak atau mana-mana individu agar berhadapan dengan pemimpin yang zalim ketika dia berbuat zalim dengan mengajaknya kepada kebaikan dan melarangnya daripada melakukan kemungkaran. Namun hendaklah bersikap lemah lembut, ikhlas, tegas dan tanpa sebarang kepentingan dunia. Inilah diantara sebesar-besar jihad yang perlu diamalkan.
Moga-moga Allah swt memberikan kesedaran dan keinsafan kepada para pemimpin di dunia ini.

Disediakan oleh:
Muhamad Naim bin Hashim
AJK Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: