Tinta Ulamak ( Siri 34 ) Sabar dan Syukur

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 34)
Syukur dan Sabar
3 Disember 2015M / 23 Safar 1437H

Sayyidatina 'Aisyah  r.ha menceritakan bahawa Nabi saw ketika melihat (mendapatkan) sesuatu yang baginda sukai, baginda saw mengucapkan:
"Segala puji hanya milik Allah yang dengan segala nikmatnya segala kebaikan menjadi sempurna"
Dan ketika baginda saw melihat (mendapatkan) sesuatu yang tidak disukai, baginda saw mengucapkan:
"Segala puji hanya milik Allah atas setiap keadaan” (HR Ibnu Majah. Syaikh al-Albani mengatakan hadis ini hasan)
Nabi saw menunjukkan cara bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan cara bersabar atas musibah dengan berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah swt.
Sikap ini perlu ada kepada kita agar kita tidak kufur dengan nikmat yang kita kecapi dan mengeluh serta merungut dengan ujian atau musibah yang datang menguji.
Segala bentuk kegembiraan dan ujian kesedihan adalah tarbiyah daripada Allah swt untuk hambaNya sentiasa mengingatiNya (dengan memujinya) dan berserah diri kepadaNya (memohon perlindungan kepadaNya).
Disediakan oleh:
Muhamad Naim bin Hashim
AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: