Tinta Ulamak (Siri 38) : Contohi Rasulullah SAW Dalam Beristiqamah

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMA ( Siri 38 )
21 Disember 2015M / 9 Rabiul Awwal 1437H
Contohi Rasulullah SAW Dalam Beristiqamah

Allah berfirman:
Maksudnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Al-Ahzab:21)
MaulidurRasul tidak hanya meraikan sebuah kelahiran. Ia menjadi rahmat bagi sekalian alam. Muhammad SAW lahir di saat dunia dalam kegelapan segala aspek kehidupan.
Memulakan hidup sebagai kanak-kanak kecil yang sudah menampakkan kelainan. Membesar sebagai remaja yang dikenali sebagai Muhammad al-amin, satu gelaran yang tidak ditagih, tidak dibeli, tetapi sebuah pengiktirafan.
Dilantik menjadi Nabi dan Rasul membawa mesej agama akhir zaman. Bermula dari Mekah, sebuah lembah tanpa tanaman, menyuburkannya dengan aqidah dan iman. Berprinsip walaupun ketika itu keseorangan. 13 tahun memacak aqidah, membuang syirik yang berakar-umbi zaman berzaman.
Bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Tiada istilah kalah, mundur, lemah semangat, apatah lagi berpaling ke belakang.
Berhijrah ke Yathrib ( Madinah) untuk meneruskan perjuangan. Tegakkan Islam menjadi sebuah daulah penuh kekuatan.
Itulah Muhammad SAW yang kita sambut kelahirannya di bulan RabiulAwwal ini. Panduan istiqamah menegakkan khilafah.

Disediakan oleh :
Ustaz Nik Muhammad Nasri
Timbalan 1 Jabatan Perhubungan Awam, IT & Media Baharu 
Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: