Iklan: 15% Diskaun Di Restoran Sari Ratu



Restoran Sari Ratu Eksotik Nasi Padang kini menawarkan baucer diskaun 15% bagi pendengar Hijau.FM bermula 1 Nov 2016 hingga 31 Dis 2016.

Untuk menikmati diskaun anda perlu mencetak dan membawa baucer diskaun tersebut.


Selamat Menjamu Selera😍

1 comments:

Projek 1M, Jihad Media Online Berintegriti


CYBERJAYA, 9 Okt – Projek 1M inilah jihad internasional yang kita ada, demikian kata Prof Dr Zulkiple bin Abd Ghani.

Semua pihak perlu berperanan akan keperluan menyebar dan menguruskan maklumat melalui media baru sebagai penyampai berita ummah yang merentasi sempadan politik.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menekankan media baru supaya tidak lari dari pasakan al Quran dan As Sunah. Media Islam berbeza dengan media kapitalisme kerana ia ada roh.

Beliau turut mengulas berkenaan teknologi satelit berkata, ia penting kepada pembangunan negara terutamanya bidang teknologi maklumat.

"Teknologi satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namum, kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan," tambahnya menutup ucaptama sempena pelancaran 1Media online di Cyberjaya pagi tadi.

0 comments:

Hub 1Media, Interaksi Baru Pengguna Media Sosial



CYBERJAYA, 9 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi menyokong hasrat JITP untuk melahirkan satu rangkaian maklumat elektronik yang tepat, telus dan terkini.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pelancaran 1Media Online dan Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia hari ini berkata,

 “Dengan hasrat memasyarakatkan IT dan melatih rakyat untuk mengurangkan jurang digital, saya berharap penganjuran program ini mampu menjadi titik mula untuk merealisasikan impian ini."


Tambahnya, kita perlu sedar, gelombang media arus perdana dalam menyajikan informasi lebih tepat dan telus kini perlu diperhalusi dengan teliti.

Che Abdullah melancarkan 1Media Online dengan menyempurnakan gimik perasmian menggunakan teknologi hologram yang memancarkan imej 3D.


Hub 1Media ini boleh diakses melalui laman www.1Media.my ini antaranya menyediakan hub seperti TV 1Media, 1Media Touch n Get dan radio internet Hijau FM.

Majlis yang dihadiri sekitar 600 orang itu turut diserikan dengan persembahan daripada Busker DACS Selangor.

0 comments:

Cabaran Menjadikan Media Internet Sebagai Ruang Ibadah


CYBERJAYA, 9 Okt - Menjadikan media internet sebagai ruang ibadah adalah cabaran kepada penyelesaian transformasi media internet.

Mohd Rafee Md Aris yang juga mantan Pengurus Besar Tiga Events Sdn Bhd menjelaskan, penekanan penggunaan media internet secara betul ini oleh pengamal media khususnya dalam menyatakan kebenaran sesuatu isu ataupun berita.

"Hari ini kita terlalu ghairah menerangkan kebenaran, tetapi kurang menyiarkan sejarah yang memandaikan bangsa." nyata beliau mengambil contoh rancangan televisyen seperti rancangan Jejak Rasul.

"Kita perlu cari sesuatu intipati yang baik sekaligus mampu menarik tumpuan penonton."

Selain itu, saranan menjadikan media sebagai ruang ibadah adalah peluang dakwah terbuka luas kepada pengamal media.

"Jika seribu orang baca dan lihat apa yang ditulis dan ditonton, bayangkan berapa pahala yang kita dapat," jelasnya.

Tambah Mohd Rafee, hampir-hampir tiada alasan lagi bagi sesiapa untuk tidak mengambil peluang percuma ini. 

Forum bual bicara 1Media: Penyelesaian Transformasi Media Internet itu turut menampilkan Dr. Mohamed bin Awang Lah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communications SDN BHD dan juga Datuk Abdul Jalil Ali, penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf.

0 comments:

Cabaran Surat Khabar Online ke Arah Tepat, Telus dan Terkini


CYBERJAYA, 9 Okt - Kalau dahulu proses percetakan media cetak seperti surat khabar memakan banyak waktu dan menggunakan alat yang begitu besar serta proses pencetakannya pun tidak boleh dilakukan secara jarak jauh.

Datuk Abdul Jalil Ali, selaku Penasihat Esekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf berkata,  dengan adanya pertumbuhan teknologi komunikasi dan informasi (ICT), surat khabar online kini banyak menjimatkan masa dan kos dalam membantu maklumat sampai awal kepada pengguna.

Namun, media sekarang ini dilihat bertanding sesama sendiri. "Dahulu kita ada dua surat khabar sahaja, dan kita tidak boleh ketinggalan mana-mana berita. Tapi sekarang, kita sudah ada banyak surat khabar online di internet," tambahnya.

Oleh sebab itu katanya, media online kini sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk satu negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial.

0 comments:

Live Update Majlis Pelancaran 1Media Online





"Dulu kita ada dua surat khabar sahaja, dan kita tidak boleh ketinggalan mana-mana berita. Tapi sekarang ni, kita sudah ada beratus-ratus media cetak. Jadi cara lama perlu dikaji semula supaya kerajaan dilihat faham pada lanskap baru."
- Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Esekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf

0 comments:

Media Internet Sama Macam Pisau Pemotong Sayur


CYBERJAYA, 9 Okt - "Saya melihat internet sebagai alat komunikasi, menyelidik, belajar, berhubung dengan orang lain di negara luar. Dari situ, minat saya meningkat dan membuat kajian."

Dr Mohamed bin Awang Lah dalam sesi bual bicara transformasi media internet berkongsi pengalaman beliau sebagai Mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communication dahulu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Bapa Internet Malaysia itu bersetuju perkembangan teknologi adalah positif, tetapi juga memiliki pengaruh buruk terhadap penggunanya.


"Pengaruh buruknya adalah kebiasaan yang banyak berubah kerana kemudahan itu sendiri."

Tambahnya, apa yang penting internet adalah satu alat seperti pisau yang boleh digunakan untuk memotong sayur ataupun digunakan untuk membunuh orang.

"Oleh itu kita memerlukan neraca dosa dan pahala untuk memandu penggunaan internet," jelasnya lagi.

Dr Mohamed berharap teknologi yang semakin berkembang ini dapat digunapakai sebaiknya oleh pengguna terutamanya orang muda.

0 comments:

Pelancaran 1Media Online, Pilihan Transformasi Media Internet Baharu Anda


CYBERJAYA, 9 Okt - Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) terus melangkah maju ke hadapan dengan merasmikan 1Media Online hari ini.

Pengarah program, Mohd Razain Mohd Noor dalam ucapannya tadi berkata, cabaran masa kini media menjadi medan menyebarkan propaganda, fitnah dan berita palsu sehingga menyebabkan khalayak bercakaran dan berpecah.


"Sehubungan itu, pihak kami ingin memanfaatkan teknologi baru di negara ini supaya dapat menjadi hub media berintegriti dan bertanggungjawab," tambahnya lagi.


Antara produk 1Media Online yang bakal dilancarkan hari ini adalah Portal Berita 1 Media, Komuniti 1Media dan Istiqamah Messenger.


Majlis yang bermula jam 10.00 pagi tadi turut dihadiri Dr Mohamed bin Awang Lah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communication; Mohd Rafee Md Aris, mantan Pengurus Besar, Tiga Event Sdn Bhd; dan Datuk Abdul Jalil Ali, penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf.

0 comments:

Facebook - PAS Mendahului DAP


Facebook - PAS Mendahului DAP
Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong menyifatkan dapatan hasil kajian dari Politweet mengenai pengaruh politik melalui media sosial facebook sebagai satu perkara diluar jangkaan.


Kajian membuktikan PAS masih kekal mendapat perhatian ramai manakala DAP hilang pengaruhnya dengan begitu mendadak.

Sumber kajian mendapati jumlah penurunan tersebut begitu ketara apabila DAP hanya meraih 1.1 juta penonton Ogos lalu berbanding 4.6juta pada bulan Mei tahun ini.

Sementara itu, PKR dan PAS dilihat mengatasi DAP dengan masing-masing mencatat 1.8 juta dan 1.6 juta penonton.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut juga, PAS telah mencatat rekod tertinggi pada Julai 2016 dengan jumlah penonton seramai 2.3 juta, selepas sebelumnya PKR unggul dengan catatan tertinggi pada bulan April dengan jumlah penonton seramai 2.2juta.

"Penurunan drastik penonton terhadap DAP adalah dari pengguna yang berumur 13-20 tahun dan 31-50 tahun.

"Manakala pengguna peringkat umur 21-30 tahun meningkat beberapa peratus dari 42.44% kepada 48.46%.

"Sejak April 2013, DAP adalah parti pembankang yang mendapat jumlah penonton tertinggi tetapi sekarang DAP sudah menjadi parti yang paling lemah berbanding PKR dan juga PAS," jelas Politweet melalui hasil kajian tersebut.

Pada masa yang sama, PAS mencatat jumlah penonton tertinggi di 6 kawasan manakala PKR mendahului PAS apabila peratusan tertinggi 10 kawasan berpihak kepada mereka.

Manakala DAP mencatat peratus tercorot di kesemua kawasan kajian dengan jumlah tertinggi penurunan adalah di negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan masing-masing menurun sebanyak 87%, 81%, dan 75%.

Terdahulu, Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama DAP pada 13 Jun tahun lalu. Pengumuman terkeluarnya DAP dari Pakatan Rakyat telah dibuat pada Julai 2015 rentetan DAP yang mempertikaikan serta memanipulasi isu hudud yang cuba diketengahkan oleh parti PAS.

Susulan keputusan ini menyaksikan kesan negatif mula terpalit terhadap DAP sejak Jun tahun lalu dengan catatan penurunan sebanyak 5 juta dalam tempoh tiga bulan DAP berpisah dari Pakatan Rakyat.

3 comments:

Dun Samariang: PAS mungkin menang tanpa bertanding


PETRAJAYA: Perkembangan menarik di proses Penamaan Calon di Dewan Undangan Negeri Samariang pagi ini apabila kelayakan Calon BN dan PAN, Nani Sahari menghadapi inquiry.
Masa penerimaan telah tamat jam 10.00 pagi.

Calon PAN dan BN di Dun Samariang mempunyai kemugkinan ditolak pencalonannya berikutan ada aduan/inkuiri berkaitan dengan kelayakan menjadi calon.

Difahamkan calon PAN Nani Sahari berkemungkinan ditolak pencalonan kerana penyata perbelanjaan pilihan raya semasa beliau bertanding di Dun Tanjung Datu sebelum ini tidak lengkap menurut aturan undang undang pilihan raya.

Manakala kami difahamkan calon BN Sharifah Hasidah pula berkemungkinan ditolak pencalonan kerana dikatakan memegang jawatan bergaji di beberapa syarikat dan institusi.

Jika aduan dan inkuiri ini diterima oleh SPR, ini bermakna secara automatik calon PAS Ustaz Yusof Assiddiq Ahmad Sharkawi akan menang tanpa bertanding

0 comments:

PRN Sarawak: Penyokong PAS berhimpun iringi calon

PETRAJAYA: Para penyokong PAS sudah mula berhimpun di hadapan padang awam dekat sini sejak jam 7.30 pagi yang mana rata ratanya adalah daripada PAS Wilayah Persekutuan.

Proses penamaan calon akan berjalan pada jam 9 pagi ini di Sekolah Menengah Semerah Padi dekat sini dengan PAS akan menampilkan Ustaz Yusof As Siddiqi Ahmad Sharkawi sebagai calon di N.07 Samariang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusof dan calon, Ustaz Yusof turut bersama yang akan berarak sebentar lagi.
Ketika ini perarakan sedang dimulakan dengan pembacaan ikrar oleh kesemua peserta yang mengiringi calon.

Kelihatan Bendahari PAS Pusat, Mohammad Nor Mohammad, perarakan dimulakan jam 8.10 pagi turut disertai AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohammad Nor.
Di MIRI, para penyokong PAS yang kebanyakannya petugas tempatan dan dari PAS Negeri Pulau Pinang dan Perlis berkumpul di Surau Hidayatullah, Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut sejak jam 6.45 pagi.

Calon PAS, Jofri Jaraiee tiba bersama pengiring, pencadang dan penyokong beliau disusuli Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili.
Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

0 comments:

Pimpinan DMPM tiba untuk Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Sarawak

Beting Maro, 24 April: Alhamdulillah rombongan DMPM diketuai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua), Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Penerangan) dan Puan Noraini Hussin (Pengarah Pilihanraya), sudah selamat tiba di Sibu untuk sama-sama menghadiri Penamaan Calon N29 Beting Maro, Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-11 pada hari esok.
Walaupun terpaksa mengangkat barang yang berat, mereka tetap tersenyum kerana semuanya dilakukan dengan sukarela dan saling bantu-membantu.
Semoga Allah SWT rahmati mereka.

0 comments:

MOHON SOLAT HAJAT SERENTAK SEMPENA PRN KE-11 SARAWAK



Assalamaualaikum wmt wbt.


MOHON SOLAT HAJAT SERENTAK SEMPENA PRN KE-11 SARAWAK
Jabatan Pilihanraya PAS Selangor terharu dengan semangat dan kesungguhan jentera Selangor melaksanakan tugasan dalam PRN Sarawak di lapangan, khususnya di Dun Sebuyau dan Samalaju.
Sokongan dan sambutan masyarakat tempatan terhadap PAS telah dizahirkan dengan mereka turut bersama menjayakan pelbagai aktiviti dan membuka jalan menyampaikan mesej PAS.


Dalam suasana yang tenang bergerak melebarkan mesej parti di Sebuyau dan Samalaju, JPrN Selangor menyeru kepada semua petugas, jentera dan ahli PAS, tidak lupa untuk bermunajat, memohon pertolongan Allah SWT.
Oleh itu, kami mohon semua untuk menunaikan solat hajat dan bermunajat agar Allah membantu segala usaha yang dilakukan PAS dalam PRN Sarawak kali ini. Untuk tujuan ini marilah sama-sama kita tunaikan solat hajat serentak pada 23 April 2016 (Sabtu), Selepas Solat Isyak di tempat masing-masing.
Jabatan Pilihanraya PAS Selangor
22 April 2016.

0 comments:

Hijau Headers 20160423







0 comments:

PAS BERTANDING UNTUK MENANG DAN PAS SELANGOR OPTIMIS.


KENYATAAN AKHBAR

PAS BERTANDING UNTUK MENANG DAN PAS SELANGOR OPTIMIS.


1. PAS Negeri Selangor telah ditugaskan untuk membantu DUN (N.27) Sebuyau dan DUN (N.70) Samalaju pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang.

2. Kami telah turun sejak 2015 membantu PAS di Sarawak merampas kerusi-kerusi tersebut daripada Barisan Nasional.

3. PAS Sarawak juga telah melaksanakan banyak program-program untuk membantu rakyat seperti projek-projek ekonomi, projek-projek kebajikan dan projek-projek kemudahan rakyat.

4. PAS Sarawak telah berperanan di dalam masyarakat se belum memiliki seorang wakil rakyat.

5. Berdasarkan kesungguhan PAS, ingin ditegaskan bahawa PAS meletakkan calon-calon untuk memenangi pilihan raya.

6. PAS telah mengerahkan ahli-ahli dan membelanjakan wang ringgit bukan sekadar untuk bercuti tetapi untuk menawarkan pembelaan kepada rakyat Sarawak.

7. Bagi kedua-dua DUN yang akan ditandingi, PAS Selangor bersyukur dengan penerimaan penduduk yang amat menggalakkan terhadap PAS.

8. Penduduk tempatan tidak lagi takut untuk bersama-sama di dalam program PAS malah tidak sabar menunggu program-program kami.

9. Program-program pula digerakkan oleh ahli-ahli PAS tempatan.

10. Cawangan-cawangan PAS yang baru telah juga berjaya ditubuhkan.

11. Oleh yang demikian, PAS Selangor optimis dengan peluang PAS untuk merampas kerusi-kerusi tersebut.

12. Berdasarkan pemerhatian kami, rakyat Sarawak memerlukan pembelaan dari PAS kerana pembangunan di negeri tersebut adalah tidak seimbang.

13. ADUN-ADUN PAS akan membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri agar mereka dapat menikmati kemudahan dan pembangunan seperti rakyat Malaysia yang lain.

14. Kami berharap hak PAS untuk bertanding sepertimana di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan dihormati dan bukan dimusuhi dengan tindakan-tindakan ganas.

15. Marilah kita saling hormat menghormati di antara satu sama lain,


Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
19 April 2016

0 comments:

DUN Sarawak bubar 11 April, 82 kerusi Dun dipertandingkan


KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tarikh pembubaran pada 31 Mac lepas selepas dipersetujui Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada hari yang sama.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima notis pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada 1 April.
Dalam pilihan raya negeri ke-11 akan datang, 11 kerusi baharu turut menjadi rebutan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lepas, dan menjadikan jumlah kerusi sebanyak 82 DUN dipertandingkan berbanding 71 kerusi pada PRN10 yang diadakan pada April 2011.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak dengan barisan sedia ada dalam 'Pasukan Adenan', kerajaan negeri yang ada sekarang akan terus berkuasa pada penggal akan datang dengan memenangi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 ini.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala selebihnya dimenangi DAP (12), PKR (tiga) dan Bebas (satu). Setakat ini PKR dan DAP belum lagi mengumumkan calon mereka secara rasmi.
PAS telah mengumumkan 11 calon bagi mewakili parti tersebut dalam  pilihanraya negeri ke-11 yang akan diumumkan tarikhnya oleh SPR. Sebelas (11) kerusi Dun tersebut adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

0 comments:

PAS Yakin Peluang Menang Tetap Ada

KUCHING, 19 April - PAS akan berkempen berdasarkan kesaksamaan dan keadilan undang-undang Islam, selain daripada hudud di pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Jofri Jaraiee, konsep ini akan memudahkan PAS  untuk memenangi hati dan minda pengundi-pengundi di Sarawak kerana parti itu telah mengambil kira lanskap politik negeri Sarawak,  dimana majoriti orang-orang bukan Islam hanya memahami hudud sebagai undang-undang yang boleh dilaksanakan untuk orang-orang Islam sahaja.

"Rakyat Sarawak yang bukan Islam tahu bahawa hudud tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan di negeri ini," katanya semalam.

Jofri, yang akan bertanding di kerusi yang dominan untuk bangsa China iaitu  Pujut, telah berkata bahawa PAS akan meletakkan calon bukan Islam, Clement Bayang,  di kerusi Kakus.

Clement, 59, adalah calon bukan Islam yang pertama dipertandingkan oleh PAS. Kakus adalah kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Selangau.

“Oleh kerana majoriti penduduk di Pujut adalah bukan Islam, maka kita tidak boleh menguatkuasakan undang-undang hudud ke atas mereka dan mereka memahami isu ini dengan baik,” kata Jofri.
“Orang yang memainkan isu hudud adalah mereka yang ingin menimbulkan perselisihan di antara rakyat Sarawak, padahal selama ini rakyat di negeri ini telah menikmati hak kebebasan beragama.”

Jofri, seorang Melayu dari Bintulu, menyatakan PAS Sarawak telah bekerja keras untuk  menyatupadukan rakyat Sarawak yang terdiri daripada berbilang kaum dan pelbagai kumpulan etnik melalui usaha-usaha yang mewujudkan persefahaman, integrasi dan saling hormat-menghormati di antara mereka.

"Kami mahu orang ramai mengetahui dan faham bahawa teras perjuangan parti PAS adalah kesaksamaan dan manfaat untuk semua orang tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

"Kami ingin semua orang tahu PAS akan membawa semua kaum ke arah masa depan yang lebih cerah dan selamat."

Pujut mempunyai 26,244 orang pengundi dan kira-kira 32 peratus  daripadanya adalah kaum bumiputera.

Pada pilihan raya 2011, kerusi itu telah dimenangi oleh calon DAP, iaitu Fong Pau Teck yang mendapat 9120 undi berbanding calon Barisan Nasional-SUPP iaitu Andy Chia, yang mendapat 5,271 undi.

Pada tahun 2013, Fong telah dipecat dari DAP kerana masalah disiplin walaubagaimanapun beliau kekal sebagai calon bebas sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 11 April.

Setiausaha PAS Negeri Mukhtar Suhaili menyatakan, “momentum sokongan untuk PAS semakin bertambah dari hari ke hari.

Beliau menafikan dakwaan, yang telah dibuat oleh seorang bekas rakan sekerja dalam PAS yang kini telah berubah arah menjadi ahli Parti Amanah Negara (PAN),  bahawa PAS adalah sebuah parti konservatif yang tidak menghiraukan orang bukan Islam.

“Kewujudan Dewan Penyokong PAS yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam membuktikan kesungguhan PAS  dalam memainkan peranan penting untuk menyatukan pelbagai kaum yang berbeza," katanya.

PAS akan bertanding 11 kerusi - Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS hanya bertanding lima kerusi - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro – dan telah kalah di semua tempat.

Apabila beliau ditanya mengenai cadangan PAN untuk bertanding di beberapa kerusi DUN  yang pasti akan mencetuskan pertembungan tiga penjuru - Suhaili berkata PAN sepatutnya menghormati keputusan PAS untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut.

“PAN harus memberi laluan kepada PAS untuk bertanding, kerana pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi faedah kepada BN,” katanya.

“Tindakan PAN hanya akan memecahkan undi untuk pakatan pembangkang dan kita tidak mahu perkara ini berlaku."

0 comments:

Clement Menjiwai Penduduk Kakus


KAKUS
 , 21hb April 2016 : Kunjungan Clement Bayang, calon N60 Kakus ke kediaman penduduk di semua lokasi di Dewan Undangan Negeri Lukis disambut baik oleh warga tempatan.

Kelihatan mereka begitu mesra bersama beliau di samping bertanya khabar tentang perkembangan terkini..


Keramahan dan keprihatinan yang ditonjolkan Encik Clement menampakkan beliau seorang bakal pemimpin yang menjiwai penderitaan dan kesusahan warga Kakus.

Penduduk Kakus perlu membuat perubahan berani demi kehidupan mereka yang lebih sempurna pada masa akan datang.

0 comments:

Calon PAS Samalaju Tidak Jemu Bersama Rakyat

SAMALAJU , 21hb April 2016 : Calon PAS N70, Zharudin Narudin menziarahi dan beramah mesra dengan masyarakat setempat yang tinggal di rumah-rumah panjang untuk memberi penerangan tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh PAS Samalaju.

“ Anda boleh layari  https://www.facebook.com/ZharudinNarudin/ yang mengandungi semua aktiviti usaha-usaha kami dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang timbul di Samalaju" tegas beliau.

" Tiada ceramah politik yang memeningkan. Tiada caci-mencaci.” ujar beliau lagi.

Beliau turut mengajak rakyat Sarawak agar menjadi pengundi yang bijak dalam menilai dan memilih pemimpin yang berwibawa.

Di samping itu, beliau sempat berbincang bersama masyarakat setempat mengenai kemelut yang dihadapi oleh mereka selama ini .


Menurut beliau lagi PAS Samalaju inshaAllah  akan berusaha untuk menangani isu-isu tersebut.

Like and Share Page FB Calon PAS Samalaju
https://www.facebook.com/ZharudinNarudin/

‪#‎SayaPekerjaAnda‬
‪#‎SamalajuSejahtera‬

0 comments:

Pembangunan Insan Seiring Pembangunan Fizikal


IPOH: Membina insan tidak semudah membina bangunan fizikal kerana ianya memerlukan kesungguhan serta perancangan teliti.
Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, 15 April lalu.
Menurutnya kewajipan pemerintah adalah melayani aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan, pembangunan insan, pertanian dan pengurusan alam sekitar.
Tambahnya, pengukuhan budaya serta integriti pentadbiran juga perlu dipelihara keharmonian dan tatacaranya agar terus diberikan kepercayaan mentadbir negeri Perak.
"Pemerintah perlu berusaha menjaga keperibadian sosial masyarakat supaya tidak melanggar syarak dan sentiasa berada di atas paksi Islam sebenar.
"Oleh yang demikian, usaha menjaga syakhsiah rakyat perlu menjadi agenda penting di samping membina pembangunan fizikal yang mampu memperolehi keuntungan.
"Keadilan dalam membangunkan dua aspek ini perlu seimbang, jika tidak kemajuan hanya direalisasikan pada sudut luaran tidak memberikan kesan kepada jiwa rakyat," jelas beliau.
Menurut beliau, keseimbangan dua aspek tersebut dapat mendirikan sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan ekonomi, tetapi seiring dengan pembangunan insan.

0 comments:

KENYATAAN MEDIA YB TUAN HAJI ZAIDY ABDUL TALIB

1. Fenomeno El-Nino yang melanda telah mengakibatkan berlaku kekeringan di beberapa kawasan di Malaysia. Kebimbangan dalam kalangan rakyat khususnya di Selangor terhadap kekurangan bekalan dan gangguan air diambil maklum oleh Kerajaan Negeri. Sehingga hari ini, banyak negeri yang terjejas teruk terhadap kekeringan kolam dan penurunan paras empangan yang mendadak kesan daripada fenomeno El-Nino yang melanda. Namun di Selangor Alhamdulillah sehingga 18 April 2016 kapasiti takungan semua empangan Negeri Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 60%. Walaupun disana terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan namun Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan memulihkan kembali kawasan yang terjejas tersebut.
Berikut adalah status semasa kapasiti ketujuh-tujuh empangan negeri sehingga 18 April 2016;
Empangan Sg. Selangor : 67.35%
Empangan Sg. Tinggi : 76.88%
Empangan Sg. Semenyih : 71.12%
Empangan Sg. Langat : 73.38%
Empangan Batu : 72.39%
Empangan Klang Gates : 64.75%
Empangan Tasik Subang : 87.93%

2. Persediaan dan Keboleh Dapatan Sumber Air Ketika Musim Kering.
Walaupun kapasiti air kesemua empangan-empangan negeri di dalam keadaan yang baik, Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah mitigasi untuk menghadapi musim kering yang melanda. Beberapa langkah telah dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air seperti berikut :
a) Melaksanakan operasi pembenihan awan (cloud seeding) seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lepas di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air. Pelaksanaan operasi bagi tahun 2016 telah bermula pada 16 Januari yang lalu dan dijalankan sebanyak 2 kali setiap hari.
b) Meneruskan dan menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut. Operasi pengepaman telah bermula pada 8 Januari yang lalu dan jumlah pengeluaran telah ditingkatkan sehingga 500 juta liter sehari (JLH).
c) Mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air sedia ada.
d) Pengepaman air daripada Empangan Semenyih ke Langat yang dianggarkan sebanyak 70 JLH untuk memastikan sumber air mencukupi bagi loji pembersihan air (LPA) Sg. Langat dan mengurangkan kebergantungan kepada pelepasan air daripada Empangan Langat.
e) Menyalurkan air dari terowong Langat 2 ke Sg. Langat yang bertujuan untuk memberdaya ketahanan Sg. Langat untuk LPA Sg. Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11. Penyaluran sebanyak 300 JLH ini akan diaktifkan apabila kapasiti Empangan Langat mencecah 45%.
f) Menyediakan sumber air tambahan melalui 2 kolam warta orang asli di daerah Sepang untuk kegunaan LPA Bukit Tampoi bagi memastikan kelangsungan bekalan air daripada loji tersebut dan mengelakkan pencemaran akibat peningkatan parameter Mangan dan Ammonia di dalam sungai.
g) Mengadakan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sumber air.
h) Penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih termasuk semasa waktu cuti dan musim perayaan.
3) Catuan Bekalan Air
Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan keupayaan takungan empangan semasa dan tindakan-tindakan yang sedang dilaksanakan untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi sepanjang musim kering. Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk melaksanakan catuan bekalan air.
4) Kempen Jom Jimat Air
Kerajaan negeri juga menitikberatkan tentang penggunaan air di Selangor memandangkan penggunaan air di Selangor adalah yang tertinggi berbanding negeri lain iaitu secara purata sebanyak 235 liter air perkapita. Justeru dengan mengadakan Kempen Jom Jimat Air ini diharapkan dapat membangkitkan kesedaran dan menanamkan pembudayaan dalam kalangan masyarakat untuk lebih menghargai sumber bekalan air bersih melalui perubahan sikap, amalan cara hidup berjimat-cermat dan kesederhanaan. Tanggungjawab untuk memastikan kelestarian bekalan air bukan hanya dipikul oleh agensi-agensi secara individu, bahkan turut memerlukan penglibatan kolektif dari segenap lapisan masyarakat.

YB TUAN HAJI ZAIDY ABDUL TALIB
Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani

0 comments:

Hari Ini Dalam Sejarah PAS: Muktamar Islam Asia Tenggara Putuskan Keperluan Umat Islam Sertai Pilihan Raya (21 April 1954)

PADA hari ini dalam tahun 1954, Muktamar Islam Asia Tenggara telah diadakan di Kuala Lumpur yang melibatkan alim ulamak dari seluruh Malaya bagi membincangkan isu-isu semasa umat Islam terutama berkait usaha menuntut kemerdekaan dan pendekatan demokrasi dalam pembentukan negara baru. Lebih khusus lagi ialah tentang penglibatan gerakan Islam dalam pilihan raya yang akan diadakan di Malaya dan Indonesia pada tahun 1955.

Cetusan idea mengadakan Muktamar Islam Se-Malaya telah dibincang dan dipersetujui oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 25-26 Ogos 1953 yang bertujuan "membincangkan kedudukan Islam di Malaya dan Singapura." Ekoran itu, pada 25-26 Disember 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju menganjurkan Kongres Ulamak Se-Malaya untuk merumuskan masalah "kedudukan dan suasana Tanah Melayu" dalam menghadapi perubahan politik dengan tuntutan kemerdekaan, terutama berkait dengan pilihan raya, selain untuk menubuhkan Dewan Ulamak PAS menerusi kongres ini. Namun, kongres ini terpaksa ditangguhkan kerana keadaan politik PAS yang tidak begitu stabil ekoran pengunduran Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan.

Ketika PAS sedang memberikan tumpuan kepada tuntutan pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri sebagai langkah mencapai kemerdekaan melalui National Convention, PAS menerima jemputan menyertai Muktamar Islam Asia Tenggara. PAS memandang muktamar ini sangat penting kerana ia akan menghimpunan para ulamak dari pelbagai tempat dan akan membincangkan isu-isu berkait dengan hukum menyertai pilihan raya, yang pasti akan memberi kesan kepada PAS dalam konteks menegakkan negara Islam secara demokrasi berpilihan raya.
Isu hukum menyertai pilihan raya bagi umat Islam di Asia Tenggara telah menjadi hangat apabila Malaya dan Indonesia merancang untuk mengadakan pilihan raya dalam tahun 1955. Malaya akan mengadakan pilihan raya pada 27 Julai 1955, mana kala Indonesia pada 29 September 1955. Seperti mana PAS, di Indonesia suasana serupa dihadapi oleh parti Islamnya, Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Ekoran itu, Majlis Syura Masyumi Pusat pada 24 Februari 1953 telah memutuskan hukum wajib bagi umat Islam menyertai pilihan raya, diikuti oleh keputusan yang sama oleh Muktamar Alim Ulamak dan Mubaligh Se-Indonesia di Medan pada 11-15 April 1953.

Perkembangan di Indonesia ini telah mendorong kepada penganjuran Muktamar Islam Asia Tenggara pada 21 April 1954 dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26-27 Mac 1954 telah memutuskan supaya PAS diwakili oleh Haji Sulaiman Basri, Haji Zabidi Ali dan Mohamad Hanif, mana kala Abdul Hamid Shariff, Haji Ahmad Haji Ali, Kiyai Yassin, Mohd Asri Haji Muda dan Ustaz Othman Abdullah hadir sebagai pemerhati. Di akhir muktamar ini, mereka telah memutuskan "bahawa penyertaan umat Islam Indonesia dalam Pilihan Raya Umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya dan adalah haram jika umat Islam tidak ikut serta..." Keputusan ini turut mengikat umat Islam di Malaya yang akan berpilihan raya lebih awal dalam rangka menubuhkan semula negara Islam setelah mencapai kemerdekaan.

Mohd Fadli Ghani

Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 April 2016

0 comments:

KENYATAAN DR. ZAKIR NAIK – KERJASAMA UMNO - PAS.


KENYATAAN DR. ZAKIR NAIK – KERJASAMA UMNO - PAS.

1.    Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa berpegang kepada Dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan. Hal ini adalah bersasaskan kepada Firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (Surah Al Maidah: 2)

Begitu juga ianya berasaskan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka”. (Riwayat Imam Bukhari)


2.    Berdasarkan kepada nas-nas di atas, maka PAS sentiasa tegas dan konsisten serta mengambil pendekatan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangan. Hal ini adalah selaras dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh PAS iaitu “Budaya Politik Matang Sejahtera”. Ianya juga selaras dengan Fasal 6(6), Perlembagaan PAS (Usaha-usaha) yang memperuntukkan:

“Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bila mana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara”


3.    PAS juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa “PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional”.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN, JP.
Setiausaha Agung.

Bertarikh: 20 April, 2016.    

0 comments:

Suasana politik negara tidak pernah sunyi dari isu dan kontroversi.


Suasana politik negara tidak pernah sunyi dari isu dan kontroversi.

Walau apapun, harapan rakyat pada penggerak politik negara adalah agar hak mereka diperjuangkan sebaiknya.

PAS mendepani isu DLP bersama pandangan kelompok cendikiawan yang bimbang melihat bagaimana kerajaan mentadbir sistem pendidikan negara. Kelihatannya seakan PPSMI kedua akan sekali lagi berlaku dan malang sekali DLP dirancang hanya pada sesetengah aliran.

PAS sekali lagi mendepani isu penoreh terutama di Utara negara dek kerana harga getah yang menjunam turun. Pelbagai program kebajikan diatur malah mendapat perhatian daripada kawasan PAS di seluruh Malaysia melalui kutipan sumbangan. Himpunan aman yang diadakan mendapat sambutan luar biasa. Alhamdulillah.

PAS kekal dengan pandangan bahawa GST membebankan. Sejak cadangan ia diutarakan. Cukai sewajarnya hanya dikenakan pada golongan yang berpendapatan tinggi. Setelah setahun ia diimplementasikan, rakyat belum melihat apa hasil daripada kutipan GST yang berbilion itu. Kos sara hidup meningkat, pendapatan berkurang. Menatijahkan kehidupan yang semakin sukar.

Bahang pilihanraya negeri semakin terasa. PAS akan bertanding di 11 ADUN dan mensasarkan DUN sulung kali ini. Calon-calon yang dipertaruhkan cukup berwibawa; ada anak muda seawal usia 26 tahun, latar belakang yang pelbagai malah ada seorang calon bukan Islam. PAS dengan identiti gerakan Islam bukan sahaja mensasarkan kemenangan politik tapi juga menyebarluaskan lagi mesej keadilan dan keamanan melalui Islam. Begitulah istimewanya PAS.

PAS akan terus bekerja, mempertingkatkan kualiti kerjanya dalam memperjuangkan hak rakyat dan negara. InsyaAllah.

0 comments:

Ustaz Norazli Musa Menang Kes Saman


Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016.
Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.
Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu " cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS ) jatuh kafir " yg tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dlm ceramah beliau.
Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.
Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM 50 ribu beserta kos perbicaraan RM 4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

Kami Geng Ustaz mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas keputusan ini dan pihak kami menganggap ini adalah satu kemenangan moral kepada Ustaz Norazli Musa dan juga Geng Ustaz.
Terima kasih daripada pihak Geng Ustaz ucapkan kepada pihak peguam yang bertungkus lumus bagi mewakili Ustaz Norazli Musa dan juga kepada sekalian para pimpinan Geng Ustaz yang senantiasa memberi sokongan padu kepada Presiden Geng Ustaz. Dan tidak dilupakan juga kepada penyokong dan pendokong Geng Ustaz yang tidak henti-henti mendoakan agar ditunjukkan kebenaran.
Semoga Allah menetapkan kita atas kebenaran dan melenyapkan kebatilan.
Catatan
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Timbalan Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak
( GENG USTAZ )
19 April 2016 / 14 Rejab 1437h.

0 comments:

Apa Perkembangan Perlantikan Gabenor Bank Negara Yang Baru?

Dalam perkembangan terbaru terhadap 1MDB, kehilangan RM14 bilion milik 1MDB yang dibayar kepada Aabar Investments PJS Limited, sebuah syarikat didaftarkan di British Virgin Islands namun dinafikan pertaliannya oleh International Petroleum Investment Company atau IPIC, rakyat masih tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara.

Bulan April sudah hampir penghujungnya, nampaknya hasrat Tan Sri Zeti untuk mengambil  ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah USD$1.83 bilion yang berada di luar negara semakin malap atau tiada sebarang bunyi kedengaran daripada Peguam Negara.

Bukan itu sahaja, hasrat Tan Sri Zeti untuk melihat isu 1MDB selesai sebelum beliau bersara nampaknya susah kesampaian.

Pengganti Tan Sri Zeti dijangka akan terus memikul tugas menyelesaikan masalah 1MDB. Oleh itu, pengganti beliau mestilah dari kalangan-kalangan yang berwibawa, bebas dari pengaruh politik, berani, tegas, adil, berpihak pada kebenaran dan berkemampuan seperti Tan Sri Zeti

PAS menegaskan mereka yang pernah melibatkan diri di dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mana-mana parti politik BN mestilah ditolak sebagai calon gabenor BNM yang baru.
BNM adalah satu-satunya institusi yang masih dipercayai rakyat Malaysia, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Jika tiada pengganti yang sesuai kepada Tan Sri Zeti belum dapat disepakati, PAS mendesak agar Tan Sri Zeti diberikan lanjutan kontrak bagi memenuhi hasratnya melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum beliau bersara.

Rakyat masih menanti jaminan PM bahawa Bank Negara akan bebas dari campurtangan ahli politik. Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan.

Peringatan Tan Sri Zeti bahawa BNM perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik perlu diambil serius. Kerajaan wajib melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM lebih-lebih lagi tangan-tangan ghaib yang cuba menutup isu 1MDB.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 April 2016

0 comments:

11 KERUSI DUN SARAWAK PAS BERTANDING



11 KERUSI DUN SARAWAK PAS BERTANDING


In shaa Allah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan bertanding di 11 Kerusi DUN berikut di dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11:

N4. Pantai Damai

N7. Samariang

N16. Muara Tuang

N24. Sadong Jaya

N27. Sebuyau

N29. Beting Maro

N60. Kakus

N67. Jepak

N70. Samalaju

N72. Lambir

N74. Pujut

#UntukmuSarawak
#SarawakSejahtera
#KamekNyokongPAS
#BeristiqamahHinggaKemenangan

0 comments:

Dialog Method Terbaik Menerangkan Islam dan Jernihkan Kekeruhan


Risalah Penerangan 
Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Dialog Method Terbaik Menerangkan Islam dan Jernihkan Kekeruhan

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 64,
"..Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam..".
1. Sebahagian para ahli tafsir menyatakan bahawa ayat ini memberitakan mengenai risalah surat yang ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada Hercules Raja Rom yang mengandungi dakwah Baginda s.a.w. agar dia menerima Islam.
2. Risalah Islam khasnya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah risalah akhir zaman yang melengkapi sekalian risalah kenabian sebelumnya.
3. Agama selain Islam terutamanya agama Yahudi dan Nasrani adalah sebenarnya agama yang dibawa oleh para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hanyasanya ia telah diubahsuai dan dipinda ajarannya mengikut selera para rahib dan pastur mereka.
4. Pada hakikatnya bahawa agama yahudi dan nasrani ini adalah asalnya Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. yang juga membawa risalah beriman dan menyembah Allah dan menerima syariat perundangan dari langit.
5. Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan Allah kepada umatnya untuk mengembalikan mereka kepada Islam yang sebenarnya termasuklah ummatnya di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani.
6. Persamaan yang adalah di antara agama ini dengan Islam ialah pada beriman dan menyembah Allah s.w.t.
7. Lantaran itu, method terbaik dalam menerangkan dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan pada agama Yahudi dan Nasrani dan juga mengajak mereka kembali kepada agama sebenarnya yang diturunkan oleh Allah itu adalah dakwah melalui dialog dan penerangan.
8. Ini adalah dilihat usaha yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang menulis surat kepada Raja Rom yang beragama Nasrani supaya dia menerima Islam.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sufyan yang menyebut akan surat yang dibaca oleh Hercules kepadanya.


Maksudnya,
"...Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Raja Hercules Negara Rom Yang Sejahtera. Salam sejahtera ke atas siapa yang menuruti petunjuk. Masuklah Islam nescaya kamu sejahtera dan selamat....".

9. Dalam keadaan getir ketika Islam sedang bergelut dengan sindrom Islamophobia dan juga dikaitkan isu pengganas, sudah tentulah Islam akan mengintai peluang dan apa sahaja cara yang paling berhikmah untuk menerang dan menyelesaikan kebuntuan ini. Islam akan mengambil sikap " engagement " dengan sesiapa sahaja untuk memperlihatkan bahawa Islam adalah agama yang membawa kebaikan dan keharmonian sejagat dan bukannya agama yang perlu ditakuti.
10. Nabi s.a.w. sendiri menjadikan method dakwah bil hal dan dakwah secara damai sebagai jalan utama dalam memenangi hati manusia dan bukannya jalan peperangan dan pertembungan.
11. Method dakwah secara bil hal dan damai ini memberi impak yang lebih berbanding jalan peperangan. Sebagai contoh, tahun ke 6 hijrah, umat Islam yang bersama Nabi s.a.w. menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah adalah seramai 1400 orang sahaja berbanding selepas Perjanjian Hudaibiyyah atau Genjata Senjata Hudaibiyyah, iaitu pada tahun ke 8 Hijrah, bilangan orang Islam ketika pembukaan Kota Mekah meningkat sehingga 10 ribu orang.
12. Sejarah menbuktikan bahawa para sahabat Nabi r.ah sebahagian mereka adalah bekas penganut agama Yahudi dan Nasrani malah Majusi. Mereka menganut Islam setelah mendengar dan melihat sendiri akan kebenaran dan hujjah yang dibawa oleh Islam.
Contohnya, Abdullah Bin Salam bekas Pastur Yahudi, Salman Al Farisi pernah menganut agama Majusi.

13. Kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia kini yang mengadakan siri jelajah beliau berbentuk syarahan dan penerangan berkaitan perbandingan agama adalah amat relevan dengan kepentingan dakwah Islam.
14. Lebih-lebih lagi yang menarik apabila Dr Zakir Naik mengambil jalan mendekatkan Islam dengan agama lain. Usaha ini menjadikan Islam lebih dekat di hati manusia apabila beliau menyampaikan syarahannya dalam bentuk perbandingan agama dan mencari titik persamaan antara Islam dengan agama lain dan agama Kristian khasnya.
15. Dr Zakir Naik tidak menjadikan syarahannya sebagai medan untuk memburukkan agama lain malah beliau hanya memberikan beberapa persamaan di samping memberikan hujjah Islam dan penerangan menurut perspektif Islam. Kemudian menyerahkan kepada para audien untuk melakukan penilaian dan keputusan samada untuk menerima atau menolak. Beliau juga memberi peluang kepada audiennya untuk menanyakan apa sahaja soalan berkaitan Islam dan beliau akan menjawabnya menerusi hujjah Al Quran, As Sunnah, lojik akal dan juga adakalanya menerusi sumber daripada agama lain seperti Bible, Kitab Suci Hindu dan sebagainya.
16. Method dakwah menerang, adalah jalan terbaik untuk memberikan gambaran sebenar Islam dan sikap Islam keterbukaan Islam terhadap agama lain serta memperbetulkan salahtanggap pelbagai pihak terhadap Islam.
17. Sudah tentulah method dakwah sebegini adalah jalan yang paling harmoni diadakan antara agama khasnya bagi menyampaikan penerangan Islam kepada umum. Pendekatan memaksa, memburukkan, menghina, menuduh, bertengkar, provokasi dan lain-lain yang bertentangan method damai adalah tidak bersesuaian dan bukannya jalan yang diajar dan digalakkan oleh Islam.
18. Adalah diharapkan agar usaha-usaha penerangan dalam bentuk dialog dan program mendekatkan antara masyarakat Islam dengan penganut agama lain perlu diaktifkan dan digalakkan dalam suasana yang harmoni. Sekiranya ada pihak yang mengambil kesempatan dan berniat jahat mempersendakan agama-agama ini maka ia hendaklah dibendung.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al An'am ayat 108,
"...Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan..."

Islam untuk Semua


Al faqir ila Robbihi

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan
Lajnah Penerangan  
Dewan Ulamak PAS Pusat
19 April 2016 / 15 Rejab 1437h.

0 comments: