Jabatan Penerangan PAS Pusat : Isu Semasa.



1.3.2016 | 07.
Isu Semasa.
Jabatan Penerangan PAS Pusat.


1. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri sedia menampilkan calon wanita pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau mengakui ada menerima permintaan supaya calon wanita ditampilkan dalam pilihan raya itu."Memang ada permintaan dari pihak wanita... Saya sedang memikirkan calon daripada pergerakan Pemuda and pergerakan Wanita, jika ada yang sesuai."Saya hargai jika ada parti komponen selain PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) mengemukakan calon wanita. 

http://www.astroawani.com/berita-politik/prn-sarawak-adenan-harap-parti-komponen-tampilkan-calon-wanita-96841


2. Kerajaan melanjutkan tempoh moratorium terhadap sektor perubatan selama lima tahun sehingga 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.  Katanya halangan yang berakhir tahun ini telah dilanjutkan disebabkan oleh masalah dalam penempatan graduan perubatan dan doktor-doktor yang sedia ada di negara ini.  ' Kami melanjutkan moratorium tersebut kerana kita mempunyai masalah dalam cuba untuk menempatkan doctor walaupun doktor yang baru tamat pengajian. Kita perlu pastikan mereka mendapat penempatan yang baik,' kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Media Healthcare minggu, di sini, Isnin

http://english.astroawani.com/malaysia-news/govt-extends-moratorium-medical-sector-until-2021-96838


3. Migran dari seluruh Asia dan Pasifik memainkan peranan utama menggerakkan pembangunan, membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara destinasi, sambil membantu keluarga dan komuniti di negara asal mereka.Laporan Migran Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2015 bertajuk 'Sumbangan Migran Kepada Pembangunan' yang dikeluarkan hari ini, bagaimanapun menyebut manfaat penghijrahan masih kurang diakui.

"Laporan mendapati banyak pekerja migran tidak sahaja mendapat faedah daripada penghijrahan mereka, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan di negara asal dan negara destinasi menerusi kerja mereka dan wang yang dihantar pulang," tambah laporan itu.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/migran-bantu-ekonomi-negara-destinasi-negara-asal-pbb-96824


4. Petronas Isnin lalu melaporkan dalam laporan tahunan suku keempat 2015 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM4.69 bilion (AS$ 1.1 bilion) disebabkan oleh harga minyak menjunam, dan mengumumkan pemotongan perbelanjaan bernilai berbilion-bilion ringgit dalam tempoh empat tahun.

http://www.themalaymailonline.com/money/article/petronas-posts-us1.1b-net-loss-in-q4


5. AMANAH menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang pemimpin politik yang pelik.Persidennya, Mohamad Sabu berkata demikian susulan kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS tidak kemaruk kuasa perintah negara.“Parti AMANAH bersama dengan rakan rakan dalam Pakatan Harapan akan bertanding dan ambil alih pentadbiran Malaysia.“Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (AMANAH) nak rebut kuasa.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/01/perjuangan-pas-bukan-rebut-kuasa-kenyataan-paling-pelik-hadi-mat-sabu/


6. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, partinya akan menggunakan strategi tertentu bagi meraih undi di kawasan suku kaum dan Melayu. Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, menjelaskan golongan ini biasanya menghadapi pelbagai masalah terutama kemudahan asas dan perlu dibantu.

http://www.kinitv.com/video/30045O74


7. The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini. Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.

http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/deposit-dalam-akaun-peribadi-najib-lebih-as1bilion-lapor-wsj#sthash.AGQpwECy.lJN22dyh.dpuf


8. Tiga tahun berlalu, beberapa taklimat, perhimpunan dan satu pilihan raya umum, rasa tidak puas hati sedang dirasai dalam sebalik kawasan mesra kerajaan yang mana penduduk bandar Pengerang merasai kesan dari "pembangunan" tersebut. Kg Sungai Rengit kini digelar "Pekan Bangla" selepas tidak terkira banyaknya pendatang yang bekerja di PIPC mula membina rumah dan termasuk kedai-kedai. 

http://www.themalaysianoutsider.com/malaysia/article/in-once-sleepy-pengerang-residents-pay-the-price-of-development


9. Tenaga Nasional Bhd telah memeterai satu baru perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Powertek Sdn Bhd untuk melanjutkan tarikh akhir PPA kepada 3 tahun dan 10 bulan lagi.  Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, TNB berkata PPA baru itu adalah selaras dengan Surat anugerah bersyarat bertarikh 5 Ogos 2015 dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Powertek.  Powertek adalah sebuah anak syarikat milik penuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

http://www.theedgemarkets.com/my/article/tnb-inks-new-ppa-powertek?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook


10. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Isnin melancarkan 'Projek Berdikari' yang merupakan sebuah projek online yang akan memudahkan 1.2 juta pelajar di seluruh negara untuk mendapatkan pekerjaan sambilan.  Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata projek di bawah Komuniti Belia Malaysia (MYC!) akan menyenaraikan didalam laman webnya MYC.com.my/projekberdikari nama-nama syarikat atau agensi-agensi pekerjaan yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan waktu kerja yang anjal.

http://english.astroawani.com/malaysia-news/independent-project-will-allow-students-get-part-time-jobs-idris-96842

131 comments:

9 Kriteria Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS)


9 Kriteria Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS)



1. Bertunjangkan Prinsip

2. Politik Dakwah

3. Amal Ma'ruf Nahi Mungkar

4. Fokus Penyelesaian Islam

5. Pertentangan Dasar bukan Fizikal

6. Utamakan Kepentingan Rakyat, Kurangkan Politiking

7. Politik Aman dan Diplomasi

8. Politik Sebenar Bukan Persepsi

9. Politik Rasional Dan Profesional



0 comments:

Wacana Aliran Pemikiran dan Ideologi Semasa Siri-2: Memantap Fikrah Menuju Kemenangan


Wacana Aliran Pemikiran dan Ideologi Semasa Siri-2: Memantap Fikrah Menuju Kemenangan

BATU CAVES : Seramai 250 orang penggerak muslimat dari pelbagai negeri seluruh Malaysia telah menghadiri Wacana Aliran Pemikiran dan Ideologi Semasa Siri-2 anjuran Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia pada Sabtu lepas bersamaan 27 Februari. Wacana yang dirasmikan oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh ini diisi dengan pembentangan empat kertas kerja bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pimpinan muslimat PAS dan para penggerak Lajnah Dakwah, tentang aliran pemikiran songsang serta strategi menanganinya.

Puan Hamidah Hj Daud Pengerusi Lajnah Dakwah DMPM dalam ucapan aluannya menerangkan tentang pelbagai aktiviti Lajnah Dakwah yang telah dijalankan di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Beliau turut memaklumkan bahawa Lajnah Dakwah telah berjaya menerbitkan Buletin Al-Hikmah siri yang kedua yang mula dijual di program tersebut seterusnya akan diedarkan ke negeri-negeri. Puan Hamidah turut melahirkan penghargaan kepada semua peserta yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Berucap dengan penuh semangat dalam majlis perasmian, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengajak seluruh muslimat untuk mengatasi kejahilan kerajaan Barisan Nasional yang memperjudikan sistem pendidikan negara akibat daripada pengaruh serangan pemikiran barat. Beliau turut membangkitkan kesedaran muslimat untuk terus memperjuangkan masa depan anak bangsa yang juga merupakan satu tuntutan Islam.

Dalam pembentangan kertas kerja pertama bertajuk ‘Lanskap Pemikiran Dan Gerakan Liberal Global dan Malaysia’, Tuan Haris Zulkapli telah mendedahkan tentang gerakan liberal antarabangsa dan kaitannya dengan gerakan liberal di Malaysia. Saranan beliau agar muslimat menggunakan sepenuhnya ruang usrah, media massa, dan siri-siri wacana untuk menyebarluaskan bahaya ancaman pemikiran liberal hingga menimbulkan kesedaran masyarakat Islam yang lain.

Sementara itu pembentang kertas kerja kedua iaitu Dr. Ahmad Faizal Zahari melalui kertas kerja beliau “Liberalisme Dalam Islam Moderate” telah menjelaskan tentang perancangan barat mengalihkan tumpuan umat Islam dengan hanya menumpukan ke arah pembentukan diri yang soleh dan kerjaya yang baik tanpa menyebutkan tentang tuntutan dakwah. Beliau turut mempersoalkan umat Islam yang telah semakin hilang perkataan wara’ dan mati syahid dari minda mereka kerana terpengaruh dengan pemikiran barat.

Wacana semakin mendapat tumpuan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Fadhli Ghani melalui kertas kerja beliau ‘Kemunculan Islam Moderate Dan Islam Progresif Dalam Gerakan Islam’. Beliau menempelak usaha barat membangunkan sistem pengajian Islam di sana yang hanya semata-mata untuk melahirkan generasi yang memahami Islam secara salah dengan menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme sekembalinya ke negara mereka. Beliau turut menyatakan bahawa barat berusaha melambatkan kebangkitan dan kemenangan Islam. Umat Islam mesti yakin dengan hampirnya kemenangan Islam serta terus berusaha ke arah itu.

Pembentang keempat iaitu Dr. Nadzri Mansur dengan kertas kerja beliau ‘Strategi Menangkis Kesalahfahaman dan Penyelewengan Terhadap Islam’ telah mencadangkan strategi menangkis salah faham melalui konteks individu, intelektual Islam, masyarakat, media massa dan negara. Melalui konteks media massa, beliau menyarankan agar program dan berita yang dipaparkan tidak menggambarkan salah faham tentang Islam. Selain itu, penerbitan program dan dokumentari mengenai Islam perlu diberi perhatian.

Seterusnya setiap daripada kita perlu sedar bahawa musuh utama kita peka akan kelemahan dan kekuatan umat Islam. Kerana itu, mereka menggunakan serangan pemikiran untuk merosakkan umat Islam seluruhnya. Justeru sebagai ahli gerakan yang beristiqamah, muslimat khususnya perlu berusaha untuk mendalami ilmu ini supaya dapat disebarluaskan ke seluruh masyarakat dalam negara ini. Ingatlah bahawa kita bukan pemula kepada perjuangan, juga bukan penamatnya. Bahkan kita adalah mata-mata rantai yang menyambung perjuangan suci baginda Rasulullah S.A.W.


0 comments:

Kembalikan semula Biasiswa kepada Pelajar Cemerlang


Kembalikan semula Biasiswa kepada Pelajar Cemerlang

Baru-baru ini pengubahsuaian bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak pada 28 Januari 2016, telah memutuskan perkara-perkara yang berkaitan isu penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Berikut adalah antara perkara yang disentuh:-

•Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia;

•Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis;

•Program Lepasan Bursary diteruskan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di dalam negara; dan

•Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.


Namun beberapa minggu selepas berita kemasukkan 1.5 juta tenaga buruh dari Bangladesh ke Malaysia diumumkan, kerajaan telah mengumumkan yang penajaan atau biasiswa boleh ubah dalam bentuk pinjaman.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:

a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;

b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan

c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

TIndakan ini agak menyusahkan para graduan yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan ini adalah tindakan sangat zalim, dan membuktikan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:

Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:

a. Program Penajaan Nasional (PPN); 
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.


Sekiranya pihak kerajaan meneruskan rancangan untuk ubah biasiswa dalam bentuk pinjaman, ianya pasti membebankan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membayar balik disebabkan tiada pekerjaan tetap setelah keluar dari pusat pengajian tinggi.

Baru-baru kita terbaca akan nasib tiga orang adik beradik di bandaraya Miri yang terpaksa berjalan kaki dari rumah ke sekolah mereka seawal pagi disebabkan masalah kewangan.Keluarga mereka tergolong dalam kategori miskin tegar bandar dan tidak mampu untuk memberi pembelanjaan anak-anak untuk ke sekolah.

Bayangkan dengan kisah yang berlaku seperti tiga anak kecil ini, apa akan terjadi pada nasib rakyat sekiranya kos bayaran untuk pendidkan terlalu tinggi dan tidak mampu dibayar oleh rakyat yang hidup dalam kesusahan.

Kalau masa lalu ada juga skim bantuan pelajar miskin dan diberi percuma. Tapi sekarang semuanya memerlukan duit, sudahlah harga barang naik dengan adanya GST 6%, kenapa pula biasiswa pendidkan ditukar menjadi pinjaman dan rakyat jadi mangsa.

PAS mengesa kerajaan mengkaji semula dasar tersebut demi menjaga kebajikan pelajar yang cemerlang terutama dari golongan yang susah untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik dengan lebih terjamin untuk masa depan negara.


Dalam keadaaan rakyat dihimpit dengan kos sara hidup tinggi, ramai pengangguran, rakyat dan masa hadapan pelajar cemerlang jadi mangsa. Ini semua akibat dari pengurusan kewangan yang tidak efisien dan amanah sehingga negara menanggung kerugian besar.

Kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan jangan disebabkan masalah hutang dan kewangan negara yang tidak diurus dengan cekap dan amanah menyebabkan rakyat terus hidup dalam penderitaan.

Kerajaan perlu memandang serius masalah rakyat dan pelajar yang cermerlang ini. Mereka sebenarnya akan jadi aset kepada negara sekiranya diberi kemudahan serta tempat yang terbaik untuk mereka membina kehidupan yang terbaik buat diri dan juga pada negara pada masa hadapan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

0 comments:

Catatan Dhuha 1 Mac 2016


[CATATAN DHUHA]

Fokus Nabi SAW meruntuhkan sistem yang berada di dalam masyarakat Arab yang penuh dengan penindasan dan sudah hilang karamah insaniah. Ini bukan bererti tidak ada individu yang baik di dalam masyarakat jahiliah yang pemurah, melayan tetamu. Tetapi Nabi tetap juga menolak sistem ini, kerana dasar inilah yang melahirkan manusia jahat dan zalim. 

Ustaz Idris Hj Ahmad 
22 Jamadil Awal 1437/ 1 Mac 2016 
Selasa.

0 comments:

Mahathir dan Najib sama sahaja zalimnya


0 comments:

Jabatan Penerangan PAS Pusat : Isu Semasa


29.02.2016 | 05.
Isu Semasa.
Jabatan Penerangan PAS Pusat.


1. Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengemukakan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ke atas dakwaan beliau bahawa agensi (TH) telah memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE). Dalam satu kenyataan di sini hari ini, TH kata Rafizi, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga diminta untuk mengemukankan nama bank yang memberi pinjaman kepada THHE, seperti yang didakwa oleh beliau.

http://www.nst.com.my/news/2016/02/130136/tabung-haji-makes-police-report-against-rafizi


2. Prestasi Parti Amanah Negara akan menjadi kunci sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat menawan Perak pada pilihan raya umum akan datang, kata DAP.Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, yang juga Setiausaha DAP Perak berkata AMANAH perlu berkembang dengan cepat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk sekurang- kurangnya menyamai kekuatan PAS.Beliau berkata ia adalah "pertandingan kalah menang" antara AMANAH dan PAS dan oleh itu ruang yang diberikan HARAPAN kepada PAS akan mengorbankan AMANAH.

https://www.malaysiakini.com/news/332040


3. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno, lapor Utusan Malaysia.Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

https://www.facebook.com/themalaysianinsider.bahasa/posts/1251354908211300?fref=nf


4. Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah percaya dia boleh menjalankan tugas-tugas dengan tidak memihak kerana beliau tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik walaupun sebelum ini berkhidmat dengan pemimpin dari Umno.  Hashim mengakui bahawa beliau pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Annuar Musa ketika beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, tetapi menegaskan bahawa ini tidak pernah menjejas tahap profesionalisme beliau .

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/new-ec-chief-says-has-no-political-ties-not-umno-member


5. PKR telah memutuskan untuk tidak meneruskan saman tuntutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) untuk didakwa berbelanja lebih semasa kempen pilihan raya, kata PKR Naib Presiden Chua Tian Chang semalam.  Chua mengesahkan bahawa PKR tidak memfailkan rayuan terhadap penolakan saman tersebut, kerana merasakan PKR tidak mampu menampung kos undang-undang, terutama jika ia mengalami kekalahan di mahkamah lain

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/fearing-legal-costs-pkr-says-wont-pursue-najib-lawsuit-on-election-overspen


6.  Penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd (SDMA) di Seremban, Negeri Sembilan adalah berdasarkan persekitaran perniagaan yang mencabar dan keadaan pasaran yang tidak stabil.Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata, langkah ini susulan pelaksanaan pelan strategiknya untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan dalam operasi entiti Samsung di Malaysia."Adalah malang bahawa kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics di Seremban terpaksa menghentikan operasinya. Walau bagaimanapun, kita menyedari bahawa ia adalah keputusan yang dibuat selepas pertimbangan yang teliti.

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/mida-penutupan-kilang-samsung-seremban-susulan-cabaran-ekonomi-96689


7. Gelaran ‘tengku’ yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/29/tengku-adnan-guna-gelaran-palsu-khairuddin/


8. Lama sungguh kita menunggu tapi masih tak dengar sebarang kenyataan daripada Pemuda UMNO.Anak muda semakin resah dan tidak boleh terima pergolakan politik yang melemahkan negara. Kita maklum silat pulut sesetengah pemimpin UMNO untuk elak diheret ke kancah kontroversi parti membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Saya terpanggil untuk menilai Twitter YB Menteri Khairy Jamaluddin (KJ) dan antara banyak titipan Twitter yang berisi, saya terjumpa hal ini.Saya fikir ini satu kenyataan yang baik daripada YB KJ tapi masih kurang sempurna dan berat sebelah.Mengapa dalam polemik Laut Cina Selatan, banyak pemimpin negara kita sering menyalahkan China tapi tidak menegur provokasi daripada Amerika Syarikat (AS) melalui agenda Freedom of Navigation Operations (FONOP) di perairan tersebut? Bagaimana AS dapat menegur China bila mana negara itu sendiri tidak “ratify” UN Convention of Law of the Sea (UNCLOS)?

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/02/29/pemuda-umno-dan-laut-china-selatan/

0 comments:

Isu laporan kenyataan Presiden PAS kononnya PAS kini menyokong UMNO-BN


Isu laporan kenyataan Presiden PAS kononnya PAS kini menyokong UMNO-BN

Seperti amalan kebiasaan, Utusan Malaysia dan Malaysian Insider berkongsi aspirasi melaporkan berita secara sekerat-sekerat, sehingga memberikan maksud yang sangat salah kononnya Presiden PAS setuju untuk PAS memberikan sokongan kepada UMNO-BN.

Bacalah kenyataan media Ketua Penerangan PAS, YB Ust Nasrudin Hassan dalam kita memahami maksud ulasan Tuan Guru Presiden PAS.

Cukup sekadar kita menjadi orang yang waras untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ulasan beliau dengan merujuk kepada sumber utama.

Cukuplah kali ini kita merujuk kepada pemberitaan murahan dan picisan dari media yang hidup atas asas sensasi bukan kebenaran. Pemberitaan seperti ini hanyalah layak dibakul sampahkan. 


DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
29 Feb 2016

0 comments:

Tidak Akan Menyertai Sebarang Himpunan Anti-Najib


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.

0 comments:

Enjin Rosak, Tukar Pemandu ?


Sekali Serban Dililit. 35

Enjin Rosak, Tukar Pemandu ?

Oleh : Nasrudin bin Hassan


Muqaddimah

1. Kian hari pendirian PAS dalam sesuatu isu yang melanda negara terus menggamit perhatian umum. Sebahagiannya ikhlas dan mengambil sikap yang jernih untuk memahami mahupun  mencari pencerahan dari sumber yang betul. Sementara sebahagian yang lain terus mengesahkan bahawa masih wujud segelintir pengamal politik emosi yang mentah dan politik persepsi yang dangkal.

2. Satu aspek, saya melihat seperti terdapat "escape plan" yang sedang dipersembahkan oleh pihak tertentu ke pentas politik negara setelah  mereka sendiri terperangkap dalam amalan politik purba yang akhirnya mereka malu sendiri setelah menyedari bahawa era kini  telah beranjak jauh meninggalkan pencapaian dan standard perkiraan politik mereka. 

Politik Matang dan Sejahtera

3. Suhu politik negara masih kekal tinggi apabila kenyataan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS kelmarin menegaskan bahawa PAS tidak akan menghadiri himpunan Anti Najib pada 27 Mac akan datang. Penegasan Tuan Guru Presiden tersebut telah didebatkan oleh pelbagai pihak yang pro dan kontra.

4. Sewajarnya saya nyatakan di sini bahawa pendirian yang diambil oleh Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS adalah menepati kriteria budaya politik matang dan sejahtera yang sedang diterajui oleh PAS dewasa kini. Kriteria yang dimaksudkan itu ialah, orientasi politik berasaskan prinsip dan politik berteraskan dakwah. Sekaligus ia bermakna PAS menolak politik kebencian dan politik emosi. Sementelah PAS sejak awal memilih kaedah demokrasi untuk menaik dan menurunkan seseorang pemimpin. PAS menolak budaya anarki.

PAS Bahtera Penyelamat.

5. Perlu disedari oleh semua, bahawa politik PAS adalah untuk menyelamatkan ummah dengan Islam yang dijulang dan syariat yang diperjuangkan. Justeru itu, PAS tidak memusuhi individu sebaliknya apa yang dimusuhi oleh PAS ialah ideologi, dasar dan sistem yang bertentangan dengan syariat Islam.

6. Kehadhiran PAS di persada politik tanahair adalah membawa agenda perubahan total. Generasi telah menyaksikan kerosakan yang parah berlaku dalam negara kita dan ia adalah bermula dengan ideologi, sistem dan dasar yang tidak patuh syariat. Sistem dan dasar ini pula melahirkan aktor yang berani dan tergamak melanggar batas syara'. 

7. Namun PAS bagaikan tuan doktor yang menerima dan merawat pesakit kronik, biarpun busuk dan luka bernanah ia tetap menjadi patient kepada doktor itu. Lantaran doktor hanya memerangi penyakit bukan pesakit walau  bagaimana keadaan penyakit tersebut.

Pendekatan PAS

8. Jika akar umbinya telah rosak, tidak ada erti perubahan sekadar mematahkan rantingnya. Jika enjinnya telah rosak, tidak ada erti perubahan sekadar menggantikan pemandunya. Jika sistem dan dasarnya yang rosak, tidak ada erti perubahan sekadar menukar aktornya.

9. Tiada siapa yang menafikan bahawa negara sedang dilanda pelbagai kemelut dan polemik. Samada sektor politik mahupun ekonomi dan sosial. Bermula dari rasuah, riba, pecah amanah, perkauman, jenayah dan sebagainya yang semakin getir dan bakal meruntuhkan peradaban ummah, segalanya adalah manifestasi dari kegagalan ideologi, dasar dan sistem negara.

10. Destinasi masih jauh. Kenderaan alami kerosakan pada enjin. Tapi kenapa kelam kabut syarikat mahu tukar pemandunya ? Telah tiga orang pemandu ditukar ganti. Kenderaan masih gagal berfungsi kerana langkah yang diambil oleh syarikat tidak betul dan membuang masa. Sebaliknya, sekadar memberi harapan baru kepada penumpang dan orang ramai kononnya kenderaan itu akan kembali berfungsi dengan baik. 

Usahlah Terpedaya 

11. Tidak lama selepas ini, semua akan sedar bahawa pertukaran pemandu baru juga tidak membuatkan kenderaan itu pulih. Apakah selepas itu, pemandu akan ditukar lagi ? Lantas sekali lagi menggamit harapan baru para penumpang dan orang ramai bahawa kenderaan akan pulih kembali ? 

12. Rupa - rupanya pihak syarikat hanya sekadar memperdayakan penumpang dan orang ramai agar tidak memilih kenderaan lain, justeru itu harapan demi harapan dijanjikan terutama dengan menampilkan pemandu yang baru.

13. PAS sejak awal telah menawarkan kenderaan yang baik dan pemandu yang berhemah kepada publik untuk menuju destinasi yang masih jauh. Marilah sertai PAS dengan kenderaan dan pemandunya yang baik. Usah terpedaya dengan piket yang dianjurkan kononnya mereka memerlukan pemandu yang baru, walhal kenderaan itu mengalami kerosakan enjin yang teruk. 

14. Sudah berapa ramai pemandu bertukar ganti,  kenderaan masih gagal berfungsi, apakah masih mahu tukar pemandu lagi ? Enjin rosak, tukar pemandu ? Jelas bahawa piket untuk menukar pemandu itu sebenarnya mempunyai agenda untuk mempertahankan kenderaan  yang rosak, persoalannya kenapa harus kita terpedaya ? 

15. Saya kira pendirian PAS sangat jelas. Tidak selayaknya masih ada yang keliru dan tidak yakin.  Pas konsisten tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan pemimpin secara tidak demokratik. Samada melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Mukhriz mahupun Dato Seri Najib. Bahkan persoalan yang perlu diteliti juga, apakah pengganti Najib akan membawa pembaharuan dan kebaikan kepada negara, kalau beliau tetap datang dari sistem dan acuan yang sama. Bahkan Pas tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta mengsengsarakan rakyat yang sedia susah. 

Sekian.

0 comments:

Pengganti Tok Guru yang ‘mudoh bbaso, sene kkiro’


KEHADIRANNYA begitu diraikan. Dia menjadi harapan jemaah Islam bagi menggantikan insan istimewa yang telah pergi mengadap Ilahi.

Pemilihannya sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka pada 22 Mac 2015, berikutan kematian  Murabbi Ummah, Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, disenangi semua pihak. Malah, pemilihannya begitu dinanti oleh pengundi Dun tersebut memandangkan masyarakat telah lama mengenalinya.

Pada masa yang sama, pemilihannya juga digeruni pihak lawan berikutan peribadi beliau begitu istimewa di mata masyarakat sejak awal lagi. Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 43, dipilih rakyat sebagai penyambung perjuangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Beliau membawa kejayaan besar pada PRK itu dengan majoriti 10,092 undi dengan mengalahkan empat calon Bebas.

Anak kesembilan daripada 10 orang adik beradik itu dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang ‘mudoh bbaso, sene kkiro’. Menariknya, beliau bukan sahaja dikenali oleh mereka yang sering ke masjid untuk solat berjemaah atau sering ke tempatnya mengajar agama, sebaliknya di pasar khususnya Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa.

Beliau sering dilihat membeli keperluan harian sendiri khususnya barangan dapur selepas menghantar anak-anak ke sekolah.
“Sekarang ni dah tak sempat dah, waktu pagi selepas hantar anak ke sekolah, ada masyarakat nak jumpa, kena ke pejabat Dun atau ke SUK,” ujarnya dalam pertemuan bersama Harakah baru-baru ini.

Harakah sempat menyelami kisahnya sebagai seorang wakil rakyat, setelah hampir setahun beliau diamanahkan dengan tanggungjawab itu. Fathan mengakui, tugasnya dahulu dan kini agak berbeza setelah menjadi wakil rakyat. - HARAKAHDAILY 27/2/2016

0 comments:

Tolak Idealisme UMNO: Selamatkan Ahli UMNO

Tolak Idealisme UMNO: Selamatkan Ahli UMNO

TOLAK IDEALISME UMNO : SELAMATKAN AHLI UMNO
Sikap PAS dari dahulu sentiasa konsisten dalam perjuangannya. Bahawa perjuangan Islam adalah perjuangan bukan berlandaskan emosi, kebencian, dendam kesumat dan juga adu domba.
PAS sebuah parti dakwah di samping parti atau jamaah yang bergerak di lapangan siyasah sentiasa berjalan dalam lapangan ini mengikut lunas dan garis panduan hukum syarak dan juga ilmu siyasah syarieyyah daripada apa yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.
 Teringat kata-kata Al Marhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, bahawa kalau UMNO menerima Islam sebagai dasar bernegara dan bermasyarakat, PAS akan dibubarkan. Ini bermakna bahawa dasar UMNO adalah dasar yang jauh menyimpang daripada Islam dan perlu diperbetulkan.
Tuan Guru Presiden apabila menyatakan bahawa PAS tidak akan turut serta dalam himpunan Anti Najib pada 27 Mac depan adalah mesej jelas satu pendirian yang amat wajar untuk difahami bahawa PAS tidak sama sekali mengamalkan sikap berdendam dan membenci batang tubuh manusia yang melakukan kesalahan mahupun kezaliman. PAS hanya menbenci perbuatan kezaliman, kekufuran, maksiat dan juga penyelewengan. UMNO yang hidup dengan sistem nasionalisme sempit dan mengamalkan sistem sekularisme dalam pemerintahan negara perlu diubah dan digantikan keseluruhan pendominasian itu dengan sistem Islam.
Tidak akan memberi apa-apa kesan apabila hanya sekadar kita menggantikan orang yang memimpin UMNO dan negara ini masih lagi kekal dengan sistem  penjajah dalam UMNO yang mentadbir negara. Selalu ditegaskan oleh PAS bahawa jangan digantikan sistem jahiliyyah atau penjajah dengan jahiliyyah atau penjajahan yang lain dalam bentuk baru.
Inilah perjuangan PAS.
Dakwah PAS terhadap rakyat dalam politik ialah untuk mengajak dan menyeru seramai-ramainya masyarakat dalam negara ini untuk bersama dengan Islam dan kesyumulan Islam samada mereka yang berada dalam UMNO, orang Islam yang lain dan juga bukan Islam.
Dalam kaedah berdakwah, diajar oleh Islam bahawa kita ditugaskan untuk menyeru umat manusia kepada Islam, mendidik dan menanam kecintaan kepada Islam dalam jiwa manusia, menerima sesiapa sahaja bersama Islam selama dia setuju dan menerima kesyumulan Islam sekalipun dia memiliki rekod buruk dalam sejarah peribadinya. 
Kata-kata P Ramlee dalam salah satu filemnya, "..sedangkan Nabi memaafkan ummat, apatalagi kita..". Bukankah akhlak ini diajar oleh Nabi s.a.w. kepada kita apabila Nabi s.a.w. sentiasa berdoa agar dikurniakan hidayah iman kepada salah seorang musuh Islam pada waktu itu.? Iaitu Abu Jahal dan Umar Al Khattab agar pengIslaman mereka dapat membantu perjuangan Islam. Maka Allah s.w.t. memaqbulkan doa Baginda s.a.w. dengan pengIslaman Saidina Umar Al Khattab.

Inilah dakwah dan politik Islam yang wajib difahami oleh umat Islam yang ingin dibawa oleh PAS. PAS sebuah parti Islam yang tidak sama seperti parti politik yang lain. PAS akan mendokong kaedah politik ini yang sekalipun janggal dan gagal difahami oleh mereka yang enggan mahu mengerti.
Inilah Islam dan politik Islam yang didokong oleh PAS.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 33,
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

BerIstiqamah sehingga Kemenangan.

Al Faqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan DUPP
20 J. Awal 1437h bersamaan 29 Febuari 2016.

0 comments:

BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA
Berpolitik itu suatu seni,
Perlukan dasar dan strategi,
Memimpin ummah menuju ilahi,
Membina negara sejahtera harmoni.

Politik matang suatu tuntutan, 
Politik sejahtera suatu pendekatan.
Menegakkan Islam merentas sempadan.
Berani berjihad menentang kezaliman.

Politik matang strategi terkini,
Maslahah Islam agenda suci,
Membangkang bukan sesuka hati,
Hujah dipasak wahyu ilahi.

Politik matang cintakan kedamaian,
Mengurangi musuh, meramaikan kawan,
Tetap tegas menentang kemungkaran,
Prinsip Islam digadai jangan.

Politik sejahtera keperluan semasa,
Nilai kebaikan dijulang bersama.
Segala musuh, mad'u kita.
Kebenaran Islam terserlah jua.

Janji Allah suatu yang pasti,
Perjuangan Islam terus didokongi,
Biar pun mehnah silih berganti,
Kebenaran pasti meliputi bumi.


Oleh :
Ustaz Zainudin
Pengerusi
Lajnah Dakwah BPPWP
28 Februari 2016.

0 comments:

PAS Perak Tidak Tergugat Pakatan Harapan Perak

Melihat kepada situasi dan keadaan politik negeri Perak , PAS Perak tidak tergugat dengan kewujudan Pakatan Harapan yang dikatakan meletakkan kepercayaan kepada Amanah Perak untuk menang dalam PRU akan datang.
PAS Perak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh yang juga Setiausaha DAP Perak ketika Forum Pilihanraya di Setiawan hanya impian yang tidak memberikan kesan kepada PAS.
Kejayaan di Perak akan bergantung kepada bagaimana cepatnya Amanah mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS adalah ungkapan seakan rakyat tidak menyedari kewujudan PAS.
Pembawaan PAS kini dilihat lebih matang dan serasi di hati rakyat dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera melalui beberapa aspek seperti :
1. Bertunjangkan prinsip
2. Politik dakwah
3. Amar maruf nahi munkar
4. Fokus penyelesaian Islam
5. Pertentangan dasar, bukan fizikal
6. Utamakan kepentingan rakyat, kurangkan politiking
7. Politik aman dan diplomasi (muwajahah silmiyyah)
8. Politik sebenar, bukan persepsi
9. Politik rasional dan profesional

Langkah berani PAS yang kini bergerak secara bersendirian terus diberikan kepercayaan oleh rakyat bahkan sokongan daripada pelbagai bangsa.
Imej dan wajah PAS memberikan keyakinan untuk rakyat menilai sebuah gerakan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek politik semata-mata bahkan terkandungnya dakwah, tarbiyyah, kebajikan dan kebersamaan dalam isu-isu membabitkan rakyat.
PAS Perak sedikit kesal kenyataan tidak bijak DAP dengan kurang mengambil kira latar belakang ahli PAS yang tidak akan mengikut pemimpin serta tidak berprinsip lebih lagi yang lompat parti.
Sekali lagi ditegaskan, PAS Perak tidak tergugat bahkan tercabar dengan kewujudan Pakatan Harapan dan AMANAH Perak yang disebutkan bakal menumbangkan PAS Perak dalam PRU akan datang.
PAS MEMIMPIN PERUBAHAN
BERISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANGAN

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

29 Februari 2016 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1437

0 comments:

CATATAN DHUHA 29 FEB 2016


CATATAN DHUHA

Asas perjuangan Pas berlawan kerana dasar, bukan kerana individu. Kalau kerana individu, watak yang diganti tetap sama. Cuma pelakon sahaja yang berbeza. Skrip dan pengarah tetap sama. Panggung di tempat yang sama. Majikan dan akaun bank tetap yang sama. Individu yang baik menjadi tidak baik jika acuannya tidak baik, semuanya kerana dasar. Islam dasar yang terbaik. 



Ustaz Idris Hj Ahmad 
21 Jamadil Awal 1437 / 
29 Feb 2016 
Isnin.

0 comments:

Himpunan Anti PM Najib 27 Mac: Salah ke PAS Tidak Bersama ?


Himpunan Anti PM Najib 27 Mac: Salah ke PAS Tidak Bersama.?

Tidak semena-mena, kenyataan Tuan Guru Presiden PAS bahawa PAS tidak akan menyertai Himpunan tersebut, diputar belit kononnya sebagai bukti nyata bahawa PAS kini bersama UMNO mempertahankan PM Najib.

Persoalan yang patut dijawab:

1) siapa penganjur program tersebut.?

2) apa agenda, matlamat dan halatuju program tersebut.?

3) adakah apabila PAS tidak mahu ikut rentak-tari politik Tun Mahathir yang hanya mahu menjatuhkan PM Najib demi menyelamatkan survival masa hadapan UMNO itu tindakan yang salah.? 

4) adakah kita boleh dengan sewenangnya membuat kesimpulan dan hukuman, sesiapa yang tidak hadir program itu bermakna menjadi pembela dan penyokong PM Najib.?

Berapa lama lagi mahu bermain dengan politik persepsi dan sentimen emosi semata tanpa berfikir secara realiti dan fakta.?

Dahulu pun Tun Abdullah berundur atas desakan Tun Mahathir,lalu digantikan dengan PM Najib.

Adakah hanya dengan menukar individu,masalah boleh selesai.?

Sedangkan Tuan Guru Presiden PAS sudah menyebut berulangkali bahawa sistem secara keseluruhan yang perlu diubah.

Sudahkah kita lupa bahawa kebobrokan yang berlaku dalam pemerintahan PM Najib ini ialah mewarisi kemusnahan apa yang telah pun dilakukan oleh Tun Mahathir pada saat beliau berkuasa di takhta dahulu.

Kepada yang begitu berminat dan terpesona dengan langkah ini, teruskanlah, tapi jangan pula hendak paksa PAS untuk ikut apa agenda jangka pendek yang kamu mahukan..

0 comments:

Catitan program PAS menerajui Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) disampaikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man


Catitan program PAS menerajui Budaya Politik Matang & Sejahtera(BPMS) 
disampaikan oleh 
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

1. "Bilamana menerima sesuatu berita dari Fb, Twitter, dan lain-lain media sosial. Siasat dahulu siapa yang membawa berita tersebut"

2. Siasat berita @ informasi supaya bertindak bukan dalam keadaan kejahilan

3. Budaya Politik Matang dan Sejarahtera bertindak melalui FAKTA bukan persepsi

4. Politik Islam bertindak dalam fakta bukan persepsi. Kita perlu tepis politik persepsi

5. Biarlah kita kritik perangai buruk BUKAN warna kulit, bangsa, paras rupa, dan bentuk tubuh

6. Politik di Malaysia mewarisi politik sekular. Kita akan membudayakan Politik Matang dan Sejahtera yang diajarkan oleh al-Quran

7. Kita susah nak mengubah orang tetapi perlu mengubah diri kita sendiri insyaAllah orang lain akan berubah

8. Politik Islam ada dosa & pahala perlu ingat syurga neraka

9. Kita tidak akan menyertai Barisan Nasional yang sangat korup dan sedang nazak

10. Kita perlu membantu untuk kemenangan Islam. Bantuan diberi atas apa yang kita ada. Sekirannya kita diberi harta yang banyak maka infaq harta, sekiranya kita diberi akal fikiran yg cergas sumbangan akal perlu diberi, kalau ada masa yang lapang sumbanglah masa untuk Islam

11. Perjuangan ini jauh dan panjang, perlu stamina supaya tidak kecundang di pertengahan jalan

12. Perjuangan ini mehnah dia banyak, perlu amalan2 yang senantiasa dilakukan:- al Quran jgn tinggal, solat jemaah sentiasa, mathurat jgn lupa

13. Orang memancing di laut umpannya kecil akan dapat hasil pun kecil maka untuk mendapat ganjaran syurga Firdaus perlu pengorbanan yg besar

28 Februari 2016
Auditorium MPAJ
1050
Sumber FB : Yusuf Assiddiq Ahmad Sharkawi

0 comments:

Bentang Kertas Siasatan Kes RM2.6 Bilion Dan Kes SRC RM 42 Juta Kesidang Parlimen Mac Ini.

1. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sedang menyaksikan kekalutan Malaysia berdepan dengan isu RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi PM Najib. Kekalutan ini timbul kembali selepas Peguam Negara menyatakan tiada bukti daripada kertas siasatan SPRM atas isu RM2.6 bilion dan wang SRC RM42 juta untuk mendakwa PM Najib ke mahkamah sedangkan Pendedahan WSJ yang mendakwa wang RM2.6 bilion bukan daripada penderma arab tapi sebaliknya daripada saluran 1MDB.

2. Kekalutan ini makin hangat apabila Penal Penasihat Operasi (PPO) SPRM mengarahkan SPRM menerus siasatan ke atas kes RM2.6 bilion dan mengemukan semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta kepada Peguam Negara. Ini menjadikan dua institusi bercanggah antara satu sama lain.

SAPA BOTOI SAPA BOHONG DAN SAPA KELENTONG?

3. Arahan PPO supaya SPRM meneruskan siasatan kes RM2.6 bilion dan mengangkat semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta seperti undi atau pernyataan tidak percaya terhadap Peguam Negara. Ini seolah-olah menunjukan kertas siasatan kes SRC RM42 juta sebelum ini sudah pun mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Najib. Persoalannya, kenapa Peguam Negara menyatakan tiada kes dan mengarahkan SPRM menutup kes?
4. Pertikaian dan percanggahan dua institusi ini menimbulkan pertanyaan SAPA BETOI SAPA BOHONG DAN SAPA KELENTONG SAPA? Ini akan memberi kesan melebarnya krisis kepercayaan pelabur terhadap negara kita Malaysia dan akan memburukkan ekonomi dan memperlahan pertumbuhan.

5. Penyelesaian yang perlu dilakukan ialah keberanian menunjukkan integriti yang tinggi yang mungkin tidak pernah dibuat orang. Saya sarankan jika benar dakwaan Peguam Negara tiada kes dalam kedua-dua kertas siasatan dan arahan kes ditutup, saya CABAR PM dan PEGUAM NEGARA MEMBENTANG KE DUA-DUA KERTAS SIASATAN TERSEBUT KE SIDANG PARLIMEN yang akan bermula 7 mac ini untuk dijadikan dokumen awam. Tiada undang undang yang menghalang untuk PM dan Peguam Negara untuk berbuat demikian.

#SelamatkanMalaysia
#SelamatkanRakyat

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
26 Februari 2016/17 Jamadilawal 1437H

0 comments:

ANTI UMNO: Saudara Rafizi Menberi Gambaran Yang Salah


Anti UMNO : Saudara Rafizi Memberi Gambaran Salah
Seorang Ahli Parlimen yang digambarkan sentiasa berhujah dengan fakta dan angka tidaklah wajar sengaja memberikan gambaran yang salah terhadap sesuatu isu. Malangnya Yang Berhormat Rafizi Ramli yang saya hormati nampaknya cenderung ke arah itu apabila membicarakan berhubung pendirian Presiden PAS dalam isu apa yang dikatakan sebagai Himpunan Anti Najib pada 27 Mac ini.

Tiada siapa di kalangan pemimpin PAS yang memberikan gambaran bahawa PAS ingin bersama Najib. Tiada sepatah kenyataan dari Presiden PAS bahawa parti ini sedang bekerja untuk mempertahankan Najib pada ketika kemarahan rakyat sedang memuncak. Apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS ialah agenda yang lebih besar iaitu menukar sistem yang sedang mentadbir negara ini yang telah dirosakkan secara total oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Hairan saya, kenapa Rafizi yang begitu genius tidak boleh memahami kenyataan mudah dan ringkas daripada Presiden PAS ini? Perhatikan baik-baik transkripsi kenyataan Presiden PAS :
“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,”


Di manakah silap kenyataan yang mudah di atas? Saya lihat saudara Rafizi sengaja pula menyelewengkan maksud yang sebenar dengan meletakkan perkataan “(pemimpin)” yang tidak disebut oleh Presiden PAS. 

Perhatikan pula tulisan Rafizi :
“Namun saya ditanya berkali-kali oleh orang ramai (terutama pengunjung FB ini) mengenai pandangan saya kepada pendirian terbaru Dato' Seri Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".”

Dari mana datang perkataan “pemimpin” itu? Apa yang pasti bukan dari Kajang ataupun Sungai Buluh. Ia adalah imaginasi saudara Rafizi yang sengaja diletak diatur sebaik mungkin bagi memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang cuba berbaik-baik dengan pemimpin UMNO.

Saya fikir Rafizi perlu mentelaah kenyataan Ketua Umumnya sendiri yang telah disampaikan oleh Presiden PKR. Bukankah Anwar sendiri berkata bahawa “Langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja..”? Sekalipun tajuknya ditukar daripada tajuk asal : “Anwar Tidak Setuju Jatuhkan Najib” namun maksudnya membawa kepada pemahaman yang sama. Menjatuhkan Najib pada saat sekarang tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara kerana individu yang akan menggantikannya tidaklah lebih baik daripada seorang Najib. Kenyataan ini boleh diakses melalui pautan : 
http://bm.selangorku.com/90677/langkah-terbaik-selamatkan-malaysia-anwar/


Atau PKR telah hilang kawalan terhadap Setiausaha Agungnya sendiri? Barangkali DAP lebih berhati-hati dalam menyatakan pendirian dalam isu Anti Najib ini. Perhatikan apa kenyataan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke di dalam sidang medianya tiga hari lepas di pautan : 
https://www.youtube.com/watch?v=IWkK0e2qw8E. 


Beliau dengan jelas menyatakan bahawa DAP bukanlah penganjur utama dan belum menerima apa-apa jemputan untuk menyertai gerakan Anti Najib ini. Lebih berhati-hati lagi katanya, DAP akan mengadakan perbincangan sebelum menetapkan sebarang pendirian berhubung isu ini.


PAS sama sekali tidak mendokong kezaliman dan salah laku pentadbiran kerajaan hari ini. Namun PAS tegas untuk menyatakan bahawa menukar individu yang ada tidak akan menyelesaikan masalah negara dengan total. Apa yang lebih mustahak ialah rakyat wajib disedarkan bahawa sistem yang mentadbir negara ini telahpun mengalami kerosakan teruk tanpa dapat diperbaiki lagi. PAS bergerak ke arah menukar ganti sistem korup yang mentadbir negara pada hari ini. Justeru, PAS menghulurkan salam kepada ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama bahtera ini melakukan perubahan. Bukankah ini juga yang dinyatakan pemimpin DAP sebulan yang lalu? Rujuk : 
http://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/806-dap-dan-pakatan-harapan-sedia-kerjasama-dengan-pemimpin-dan-ahli-umno-yang-kecewa


Ramai tertanya-tanya, tergesa-gesanya saudara Rafizi mengumumkan kesediaannya menyertai gerakan Anti Najib ini adakah mewakili partinya atau hanya sekadar pandangan peribadi? Atau Rafizi ingin menyindir rakan-rakannya sendiri di dalam PKR dengan menjadikan Presiden PAS sebagai sasaran?

Apapun tahniah kerana menyatakan pendirian dengan segera. Barangkali jika Setiausaha Agung PKR bertindak secepat ini di dalam isu dua ADUN PKR di Pulau Pinang ditamatkan perkhidmatan di dalam syarikat milik kerajaan negeri, tentu ia lebih menggembirakan ahli-ahli parti itu.

Ahmad Fadhli Shaari 
28 Februari 2016

0 comments: