Ahli PAS Perlu Berhemat dan Berhati-hati


Merujuk kepada kes yang melibatkan saudara YB Khairuddin Othman yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah oleh masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian dikalangan awam ummat Islam adalah merupakan satu insiden yang mendukacitakan.

Namun Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ianya berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam. Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.
Oleh itu Dewan ulamak PAS mengharapkan kepada semua ahli-ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkahlaku yang membabitkan keagamaan agar ianya tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.

Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh Allah SWT.

Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi bin Salleh.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

0 comments: