Khutbah Jumaat (Petunjuk Islam Dalam Kehidupan)

Khutbah Jumaat
29 Jan 2016
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

PETUNJUK ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.
 Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita memahami Firman Allah SWT :
86. Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim.
87. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).
88. mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;
89. kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sebab turun ayat ini adalah berkaitan dengan golongan orang Yahudi ahli kitab yang beriman dengan Rasul-rasulnya yang sebelum daripadanya dan beriman dengan kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-rasul itu. Apabila datangnya Nabi Muhammad SAW yang diketahui oleh Rasul-rasul mereka yang disebut di dalam kitab-kitab mereka, tiba-tiba mereka mengingkari akan Rasul yang diutuskan oleh Allah yang mereka tahu akan benarnya dan tanda-tanda kerasulannya. Walaupun mereka adalah golongan ynag berilmu dan cerdik pandai, tetapi kerana sifat kufur yang ada pada diri mereka menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Para ulama’ mengatakan : 
(Maksudnya) : Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus.
Walaupun sebab yang khusus diturunkan ayat berkenaan golongan ahli kitab yang tidak mendapat hidayah, tetapi petunjuk adalah kepada seluruh manusia termasuk umat Islam. Begitulah sekiranya dalam kalangan umat Islam sendiri yang mengaku beriman kepada dengan Allah dan Rasul-Nya, beriman dengan Al-Quran Karim, tiba-tiba mengkufuri ayat-ayat yang ada di dalam Al-Quran itu dan mengkufuri ajaran petunjuk yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka menerima petunjuk yanag lain dan ajaran-ajaran yang lain, samada yang dinamakan agama-agama yang lain daripada Islam mengikut adat-adat mereka untuk menerima ideology(kefahaman) yang lain daripada Islam menggantikan petunjuk yang dibawa oleh NAbi Muhammad SAW menyebabkan mereka tidak layak mendapat hidayah dari Allah SWT.
Di sinilah apabila Saidina Umar ibn khattab RA dan rakan-rakannya yang tertarik dengan cerita-cerita golongan ahli kitab, cerita-cerita di zaman dahulu yang disebut di dalam kitab-kitab zaman dahulu dan ulama-ulama ahli kitab. Lalu Umar ibn Khattab RA memohon izin dari Nabi SAW supaya mencatat cerita-cerita itu. Tiba-tiba dimarahi oleh Rasulullah SAW dan mengatakan :

(Maksudnya) : Adakah kamu mengada-ada padanya wahai Ibn Khattab ? Demi diriku yang berda di tangan-Nya, aku telah dating kepada kamu membawa Al-Quran. Jangan kamu bertanya kepada mereka (ahli kitab) tentang sesuatu, nanti mereka akan memberitahu kamu tentang kebenaran lalu kamu mendustakannya. Atau mereka akan memberitahu kamu tentang kebatilan, lalu kamu membenarkannya. Demi diriku yang berada di tangan-Nya, sekiranya Nabi Musa masih hidup, tiada pilihan baginya melainkan dia akan mengikutiku.

Bagaimana kita dalam kalangan umat Islam sendiri meringan-ringankan petunjuk Islam dalam kehidupan kita dan dalam seluruh cara kita mengurus masyarakat dan mengurus diri kita sendiri. Islam adalah petunjuk Allah yang menjadikan manusia dan menjadikan seluruh alam yang disebut di dalam tiap-tiap ucapan sembahyang kita :
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Seluruh alam diurus oleh Allah SWT termasuklah alam manusia dan alam yang berada di sekeliling manusia, alam yang diamanahkan oleh Allah SWT supaya diurus oleh manusia. Maka Allah SWT telah menunjukkan cara-cara ynag selamat di dunia dan selamat di akhirat, cara yang berkat di dunia dan berkat di akhirat, cara ynag terkandung di dalam Al-Quran Karim dan kebijaksanaan bagaimana beramal dengan Al-Quran itu ditunjuk oleh Nabi kita Muhammad SAW.

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

0 comments: