Muslimat Bersedia Bertanding Dalam PRU14


Muslimat Bersedia Bertanding Dalam PRU14

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi


LUMUT: Muslimat PAS Perak bukan sahaja bersedia menyediakan jentera menghadapi PRU akan datang bahkan akan meletakkan calon untuk menentang Barisan Nasional, demikian menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Najihatuusalehah Ahmad, di Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat Perak ( IMPAK 14) di Hotel Sunn Inns, Setiawan, 31 Januari lalu.

Jelasnya, dalam PRU yang lalu 3 orang calon muslimat telah bertanding dan berkemungkinan bilangan tersebut akan bertamban untuk PRU akan datang.

Beliau menyatakan, Muslimat PAS Perak optimis untuk bergabung tenaga bersama Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS dalam memastikan kemenangan PAS serta dapat memerintah negeri Perak kelak.

"Gerak kerja jentera pilihanraya muslimat akan melaksanakan tranformasi ke arah menarik masyarakat bersama dengan PAS untuk melihat Perak ditadbir oleh PAS dengan membudayakan gerak kerja lebih matang dan sistematik.

"Tidak mustahil PAS akan meletakkan calon di kawasan majoriti cina kerana PAS mempunyai jentera dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang memberikan komitmen sepenuhnya menjayakan aspirasi tersebut.

"DHPP juga diberikan peluang oleh PAS Perak untuk menilai bakal-bakal calon dalam kalangan bukan Islam sebagai persediaan awal bertanding di kerusi yang dipertandingkan oleh calon bukan Islam," ujarnya dalam sidang media ketika program tersebut.

Menurut Najihah, muslimat mendapat kerjasama yang baik dari setiap lapisan generasi sama ada anak muda seperti Nusaibah untuk ditampilkan sebagai pimpinan pelapis akan datang bagi meneruskan aspirasi perjuangan muslimat.

Katanya, setiap calon yang dicadangkan perlu melalui proses kelulusan daripada Majlis Syura Ulamak sebelum diputuskan sebagai calon dari PAS.

Beliau turut menerangkan IMPAK 14 menjadi momentum dalam membina semangat muslimat sebagai persediaan jentera dan tenaga kerja memastikan kemenangan PAS akan datang. 

0 comments: