Pendirian PAS Mengenai Isu Pertukaran Menteri Besar (MB) Kedah

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

"Pendirian PAS Mengenai Isu Pertukaran Menteri Besar (MB) Kedah"

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa jua masalah yang melanda dalam negeri dan negara kita. Apatah lagi sekiranya sebarang masalah yang berlaku itu akan menjejaskan pengurusan kerajaan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat berbilang kaum yang ada.

Sehubungan dengan konflik kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang sedang berlarutan pada waktu ini sehingga menjejaskan pengurusan kerajaan dan rakyat, maka PAS menggesa agar masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui Dewan Undangan Negeri untuk ditentukan.
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
1 Februari 2016 M
22 Rabi'ul Akhir 1437 H

0 comments: