Ayak Chik Presiden Kesayangan Kami!

AYAH CHIK PRESIDEN KESAYANGAN KAMI!
Oleh: Mukhtar Suhaili, AJK PAS Pusat

Alhamdulillah. Antara keseronokan saya kini ialah Mesyuarat AJK Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat yang dipenuhi perbahasan namun semuanya berpaksi kepada ingin melihat agenda Islam menang. Akhirnya masing-masing akur dengan keputusan yang dibuat dan tiada maklumat sulit yang terbocor keluar.
Lebih lagi keseronokan ialah bila berusrah setiap bulan sebelum Mesyuarat dengan mengambil pedoman wahyu sebagai panduan dalam perjuangan. Semuanya demi melihat Islam diunggulkan atas segala isme-isme dan terus dimartabatkan kerana Allah.
Lebih membahagiakan yang memimpin kami ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang juga Naib Ketua Kesatuan 'Ulamak Islam Sedunia.
Boleh baca profile beliau di laman ini di mana Tuan Guru disenaraikan sebagai salah seorang dari The 500 World's Most Influential Muslims:
"Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang is the current President of the Pan-Malaysian Islamic Party or PAS. He is also the Vice President of International Union of Muslim Scholars. He was former Chief Minister of Terengganu state in Malaysia from 1999-2004 and also a Member of Parliament for Marang Terengganu and state lawmaker for Rhu Rendang. He has written several books related to Democracy and Politics in Islam and also gives lectures every Friday morning at Rusila Mosque which draw thousands of people."
Kami Sayang Ayah Chik kerana Allah!

0 comments: