HARI KELUARGA HARAKI ERAT UKHUWAH

BAYAN LEPAS : Hari Keluarga Haraki PAS Kawasan Balik Pulau telah berjalan dengan jayanya di pantai berhadapan Spice Garden, Teluk Bahang, di sini 5 Mac lalu.
Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan semua peringkat dalam PAS Kawasan Balik Pulau.
Program julung kali diadakan ini bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli jawatankuasa disamping merehatkan seketika badan dari penat lelah bekerja.
Pada program tersebut, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhamad Fauzi Yusuff merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Balik Pulau telah menyampaikan amanat dan taujihat penting kepada peserta.
Beliau menzahirkan peringatan mengenai pengorbanan dalam jemaah yang merangkumi pengorbanan harta, masa dan wang ringgit.
Semua itu katanya, hanya akan dibalas oleh Allah SWT dan telah membangkitkan lagi semangat semua untuk terus berkorban.
Program diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak, muslimat dan muslimin.
Antaranya aktiviti 'lambungan kasih' yang telah menjadi perhatian kerana melibatkan pasangan suami isteri.
Pasangan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau, Fahmi Selamat bersama isteri telah memenangi permainan ini.
Program diakhiri dengan juadah tengahari dan penyampaian hadiah serta solat Zohor berjemaah.

0 comments: