HIMMAH Momentum Istiqamah Anak Muda

Situasi negara yang semakin hari dilihat pelbagi isu dan krisis berlaku bahkan melingkari kehidupan masyarakat khususnya golongan anak muda memerlukan satu kebangkitan semangat perjuangan sebenar.
Begitu juga, resapan pemikiran songsang sehingga luntur wajah Islam yang bersendikan keharmonian dan kematangan bahkan sebaliknya dipamerkan dengan entiti keganasan semata-mata.
Golongan belia perlu disuburkan dengan kefahaman Islam sekaligus menjadi kader-kader dakwah bagi melengkapi keperluan semasa kepada masyarakat.
Justeru, menyedari realiti tersebut Dewan Pemuda PAS Perak telah merencanakan satu himpunan yang dikenali sebagai Himpunan Anak Muda Istiqamah Perak [HIMMAH] .
Beberapa pengisian telah disusun khusus buat anak muda bagi membina momentum kekuatan istiqamah dalam perjuangan Islam yang semakin mencabar.
Selaku Pengarah HIMMAH pada kali ini , saya mengharapkan Himpunan Anak Muda Istiqamah Perak akan menguatkan ikatan ukhuwwah kita bersama bahkan saling membantu di atas paksi Islam sebenar.
Anak muda bukan mampu berpeluk tubuh melihat segala kerosakkan yang berlaku namun sebaliknya menjadi ejen perubah ke arah lebih baik untuk memimpin masyarakat masa akan datang.
Pembawaan HIMMAH kali ini dengan slogan " Orang Muda Pilih PAS " menzahirkan wadah perjuangan anak muda bersama dengan gerakan Islam.#
#Beristiqamah Sehingga Kemenangan
 
#PAS Perak Memimpin Perubahan 
#Orang Muda Pilih PAS

Ustaz Hafez Sabri
Pengarah 
Himpunan Anak Muda Istiqamah Perak 
[ HIMMAH ]

0 comments: