Kemanisan Dalam Beramal


Kemanisan Dalam Beramal

Orang yang mendapat hidayah taufik bukan sahaja mudah melakukan ketaatan,bahkan mendapat kemanisan hasil ketaatannya itu.Solat dirasakan manis dan asyik.Terasa bagai kekasih bercanda dengan kekasih.Tidak terasa masa berlalu.Jiwa rasa tenang,lapang dan tenteram.

Oleh itu tidak hairanlah jika ada orang soleh yang bersolat hingga beratus-ratus rakaat sehari semalam.Mereka telah mendapat kemanisan daripada solat.Kekuatan hasil kemanisan iman mengalahkan rasa malas,letih,berat untuk beramal.

Hidayah taufik boleh dimiliki dengan mengamalkan hidayah islam dengan bersungguh-sungguh.Sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis,kita perlulah bersusah-susah dahulu.Inilah yang dikatakan mujahadah.Yakinlah apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri,Allah SWT pasti membantu kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami.” (Surah Al-'Ankabut 29: 69)


(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Mukmin Profesional)

0 comments: