Muslimat Titiwangsa Santuni Pesakit Wad Kanak-Kanak HKL

9 Mac 2016, Kuala Lumpur: Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutan, Skuad Prihatin serta Khidmat Malaysia telah mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur petang semalam.
Lawatan diadakan di sekitar wad KK1 dan KK2 yang mana bagi memberi sedikit saguhati sebagai pemangkin semangat kepada para pesakit sambil bertanya kabar. Turut berada di dalam wad saudara Ghazali yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak dan isteri beliau kerana menjaga anak mereka yang menghidap denggi. Kita doakan moga Allah memberi kesembuhan kepada mereka dan besabar atas ujian yang menimpa.

0 comments: