PAS KECAM SERANGAN TERHADAP SYEIKH 'AIDH AL-QARNI


PAS KECAM SERANGAN TERHADAP SYEIKH 'AIDH AL-QARNI
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


1. PAS mengutuk serangan bersenjata terhadap ulama' terkemuka dari Arab Saudi, Syeikh 'Aidh Al-Qarni yang terkenal dengan buku "La Tahzan".

2. Syeikh 'Aidh Al-Qarni diserang beberapa individu selepas memberi syarahan di Western Mindanao State University namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Manila.

3. PAS mendoakan kesihatan yang baik kepada beliau. Semoga dapat meneruskan tugas dakwahnya. PAS juga mengharapkan agar pihak keselamatan Filipina segera menyiasat motif dan kumpulan yang bertanggungjawab disebalik serangan yang berlaku.

4. Ia sesuatu yang membimbangkan mengenai keselamatan para pendakwah yang menjalankan tugas mereka.

Sekian.

0 comments: