Pemuda PAS Perak Istiqamah Perangi Rasuah


PEMUDA PAS PERAK ISTIQAMAH PERANGI RASUAH
1) Dewan Pemuda PAS Perak menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di majlis Anugerah Bisnes Utusan bahawa rasuah harus diperangi dengan berani dan tanpa pilih kasih.
2) Teguran Baginda Sultan seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia khususnya di Perak. Seandainya rasuah masih gagal ditangani, ianya mengundang murka Allah malahan negara bakal berhadapan krisis kewangan dan rakyat terus menjadi mangsa. Kesan rasuah lebih dibimbangi jika melibatkan pemimpin negara yang akhirnya mampu melumpuhkan negara.
3) Isu 1MDB, SRC International dan derma RM2.6B masih menjadi perhatian dunia apakah nilai 'transparent' Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Ini diburukkan lagi dengan ketirisan yang berlaku seperti yang dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara.
4) Saranan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengambil tindakan terhadap Wartawan dan Editor Akhbar yang membongkar rahsia,dilihat sebagai satu langkah bagi menutup mulut daripada menceritakan ketirisan dan rasuah yang lebih besar dilakukan oleh individu yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan.
5) Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Perak terus istiqamah menyatakan pendirian perang terhadap rasuah dan terus berpegang dengan prinsip seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 188.
6) Dewan Pemuda PAS Perak turut mengingatkan Kerajaan Barisan Nasional khususnya di Perak agar memimpin dengan landasan Islam, menghindarkan perkara yang dimurkai Allah dan mengutamakan segala kepentingan rakyat.
#BeristiqamahHinggaKemenangan
Akmal Hj Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

0 comments: