Perutusan Khas DPPM : Takziah Di Atas Pemergian Almarhum Syeikh Hassan At Turabi



PERUTUSAN KHAS
Dewan Pemuda PAS Malaysia

7 Mar 2016 | 27 Jamadilawal 1437 H

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ALMARHUM SYEIKH HASSAN AT TURABI
1. DPPM mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Almarhum Syeikh Hassan At-Turabi yang telah pergi mengadap Ilahi pada hari Sabtu yang lalu.
2. Pemergian Almarhum adalah suatu kehilangan yang besar kepada dunia Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam di Sudan.
3. Almarhum adalah tokoh yang memainkan peranan penting dalam politik di Sudan. Setiap langkah dan tindakan beliau mendapat perhatian dalam mahupun luar negara. Ini menjadikan Almarhum tokoh yang disegani baik kawan mahupun lawan.
4. Semoga Allah SWT meletakkan Almarhum dikalangan pejuang-pejuang Islam yang syahid dijalanNya. Semoga bumi Sudan terus subur dengan perjuangan menegakkan syariat Islam.
Sekian.
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas.

0 comments: