Ringkasan Kuliah Tafsir Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Di Dalam Program Ijtimak Tarbawi DPPWP 1.0

IJTIMAK TARBAWI DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 1.0
DEWAN MUHIBBAH, TAMAN BOLTON, BATU CAVES, SELANGOR
KULIAH TAFSIR DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
SURAH FUSSILAT AYAT 33-36
OLEH: IRSYAD HADI (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU)

1) Ayat ini diturunkan di Makkah. Saat negara Islam belum wujud lagi, Islam masih lemah. Kita amalkan pendekatan muwajjahah silmiah (berdepan secara aman) kerana itu yang Allah arahkan Rasulullah saw lakulan.
2) Allah mewajibkan perang kalau Islam diceroboh dan dianiaya. Tetapi Allah suruh kita pilih pendekatan damai jika musuh ajak untuk berdamai. Ada perkara yang kita benci, padahal baik untuk kita.
3) Kalau kita ditipu, cukuplah Allah sebagai pelindung.
4) Perkataan yang paling baik, adalah perkataan yang mengajak kepada Islam. Biar kita (orang Islam) jadi model kepada orang lain. Dia suruh kepada baik dan dia buat baik. Dia cegah kemungkaran dan dia jauhi kemungkaran.
5) Berbangga dengan Islam, kena sebut kita orang Islam.
6) Abu Talib wakili Quraisy tawar kepada Nabi macam-macam (habuan dunia), asalkan jangan sebut tentang Islam, walaubagaimanapun Rasulullah saw tolak.
7) Waqaala innani min al-musliminn.
8) Balas kezaliman orang dengan kebaikan. Allah suruh Nabi Musa dan Nabi Harun jumpa Firaun, dan cakap dengan lembut dan baik.
9) Pendekatan dakwah kena memujuk, sebab hidayah itu milik Allah.
10) Ada tempat Rasulullah saw keras, ada tempat Rasulullah saw lembut. Berkat cara ini, Abu Sufyan dapat diajak bersama Islam.
11) Waktu rombongan Rasulullah ditahan di Hudaibiyah, Rasulullah hantar Saidina Uthman utk berunding, orang yang terkenal dengan kelembutan, kalau nak perang Rasulullah saw suruh Saidina Umar pergi.
12) Bila Saidina Uthman tidak balik (dari berunding dengan Quraisy), Rasulullah mintak baiah. Baiah ni jual beli, jual diri kepada Allah. Munafiq tak mahu baiah.
13) "Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka", jaminan Allah jualan mereka akan dibeli.
14) Saidina Ali ditugaskn utk tulis perjanjian antara Rasulullah dgn Suhail ibnu Amar.
15) Taknak ada 'Bismillah', taknak ada 'Rasulullah'. Saidina Ali menolak untuk memadamnya (kerana tidak sanggup), namun akhirnya Rasulullah saw padam sendiri.
16) Rasulullah saw beralah dengan kejahatan orang dengan kelembutan.
17) Saidina Umar bertanya kepada Saidina Abu Bakar, "kerana apa kita terima perjanjian ni?" Saidina Abu Bakar jawab, "sebab Dia Rasulullah."
18) Saidina Umar bertanya Rasulullah, "bukankah kita ni golongan yang benar? Rasulullah saw menjawab "Ya". Saidina Umar bertanya lagi, "Mereka golongan yg batil?" Rasulullah saw menjawab, "Ya."
19) Rombongan Islam balik ke Madinah dalam keadaan kecewa.
20) Kesan perjanjian Hudaibiyah ialah berbondong orang masuk Islam hasil pengiktirafan dalam perjanjian Hudaibiyyah.
21) Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang masuk rumah Abu Sufyan keamanan dia dijamin." Rasulullah 'jinakkan' Abu Sufyan dengan Islam.
22) Ada orang yang jadi penulis wahyu pun boleh murtad iaitu Abdullah bin Abi Saraf
23) Saidina Uthman jumpa Nabi saw supaya boleh maafkan dia. 3 kali minta, baru Rasulullah memaafkan.
24) Ramai dikalangam Musyrikin Quraisy dimaafkan Rasulullah saw menyebabkan ramai org yakin dengan keindahan Islam & masuk Islam.
25) Bila Nabi saw wafat, orang Islam murtad dimerata tempat, mereka dinaungi kuasa besar Rom & Parsi.
26) Salah seorang daripada orang yang dimaafkan Nabi saw masa peristiwa Fathul Makkah tu, dia meyakinkan orang Islam yang lain bahawa walaupun Nabi wafat, Islam tak mati dan Allah akan jaga.
27) Bukan tugas kita hukum orang.
28) Tanggungjawab untuk bawa orang kepada Islam ni kita kena pikul dengan sabar.
29) Demokrasi barat (Tamadun Greek) bangsawan sahaja ada hak untuk pilih pemimpin manakala orang bawahan tidak dapat peluang itu.
30) Geng Orientalis kaji kitab Ulama Islam dan mendapat banyak penemuan baru.
31) Dahulu mereka hanya tahu, Raja zalim kemudian berlaku revolusi, bunuh. Naik raja baru pula, Raja yang baru zalim pulak, bunuh pulak. Islam tidak ajar begitu.
32) Bila Nabi saw wafat, Saidina Abu Bakar bangun menenangkan, Muhajirin Allah redha, Ansar Allah redha, tetapi Rasulullah ada sebut, pemimpin lepas aku, biarlah daripada kalangan Quraisy, dan Saidina Abu Bakar cadang Saidina Umar dan Abu Ubaidah untuk diangkat sebagai pemimpin. Umar tolak dan sebut Saidina Abu Bakar yang paling layak jadi pengganti nabi. Saidina Ali bangun berbaiah Saidina Abu Bakar kemudian diikuti orang lain.
33) Bani Quraisy waktu itu majoriti, sebab tu pemimpin dilantik daripada kalangan mereka. Islam ajar lalu Barat meniru.
34) Buat baik kepada orang jahat ni bukan semua orang boleh buat.
35) Ada Ulama' sebut syaitan ni ada dua, daripada kalangan manusia dan daripada kalangan jin. Daripada manusia ni, kita hadapi mereka dengan hikmah. Yang daripada jin, kita mohon perlindungan daripada Allah.
36) Nusantara ni Islam masuk daripada pendakwah yang masuk secara damai bukan secara keras.
37) Ada kesilapan yang kita kena perbetulkan, sebab apa sekarang tidak ramai orang datang kepada Islam walaupun sekarang ada internet, media dan sebagainya.
38) Dahulu bila tentera Islam masuk negara tu, rakyat dia masuk Islam. Sekarang, tentera Islam masuk, org makin benci dgn Islam.
39) Perbezaan salaf khalaf ni Ulama bahas lama dah, jangan malas kaji sejarah. Sebab tu sampai sekarang duduk pening lagi.
40) Mengaji akidah, tapi tidak mengaji sejarah akidah. Khilaf sebab waqi' berbeza.

0 comments: