Salam Takziah Buat Almarhum Dr Hassan At-Turabi

Kenyataan Media Penerangan. 68
SALAM TAKZIAH BUAT ALMARHUM DR HASSAN AT-TURABI
Oleh : Nasrudin Bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


1. PAS mengucapkan takziah kepada keluarga AlMarhum Syeikh Hassan At-Turabi yang telah pergi menemui Penciptanya pada 5 Mac yang lalu.
2. Almarhum merupakan tokoh politik Islam Sudan yang begitu dihormati dan pemergian Almarhum sudah pasti dirasai oleh seluruh dunia Islam hari ini.
3. Almarhum merupakan watak penting dalam menerapkan agenda Islam ke dalam politik moden Sudan, malah pernah beberapa tahun mendekam di dalam penjara. Beliau juga adalah pejuang yang disegani kawan dan lawan.
4. Semoga Allah SWT menerima segala kerja ikhlas Almarhum dalam memartabatkan Islam di Sudan dan diletakkan dikalangan mereka yang bertaqwa. Berehatlah wahai sang pejuang.
Sekian.

0 comments: