THE YOUNG TURKS, KEGELOJOHAN ANAK MUDA MERUNTUHKAN ISLAM (MEMPERINGATI KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYYAH)


THE YOUNG TURKS, KEGELOJOHAN ANAK MUDA MERUNTUHKAN ISLAM 
(MEMPERINGATI KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYYAH)

Hari ini tanggal 3 Mac 2016. Pada tarikh yang sama 92 tahun dahulu iaitu 3 Mac 1924, jatuhnya sebuah kerajaan Islam yang menaungi seluruh umat Islam dunia. Berkubur jua satu kerajaan sejagat yang dipimpin oleh Bangsa Turki ratusan tahun lamanya. Benarlah firman Allah, tiada kerajaan yang akan kekal selama-lamanya baik Islam mahupun kuffar, selain dari kerajaan Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan raja bagi segala kerajaan! Engkaulah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
[Ali Imran:26]


Banyak faktor yang menyebabkan jatuhnya dinasti yang paling lama berkuasa di dunia itu. Ratusan sejarawan baik muslim mahupun non muslim menulis berbagai versi buku dan mengkaji semua aspek asbab musabbabnya kerana ia adalah satu detik hitam yang sangat bersejarah dalam peradaban manusia. Ia bukan sahaja mengejutkan orang Islam, malah memeranjatkan seluruh dunia.

Namun faktor paling utama adalah kejayaan rancangan gerakan Zionis pimpinan si Yahudi Theodor Hertzel sejak abad ke 19 dahulu. Dalang gerakan tersebut terdiri dari beberapa orang penganut Yahudi dan Nasrani lain yang sangat hasad dan cemburu terhadap Islam. Mereka berhimpun atas matlamat politik, tetapi menggunakan kepercayaan agama masing-masing untuk membentuk gerakan tersebut. Allah telah menyatakan amaan dari awal:

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut ajaran mereka.
[Al-Baqarah:120]


Zionis menggunakan berbagai cara untuk melemahkan Islam. Mereka menggerakkan dan menyokong misi penjajahan barat, dan dalam waktu yang sama menyuntik propaganda dalam saf umat Islam sendiri. Dari awal lagi mereka merekrut seorang muslim bernama Mustafa Kamal Atartuk dengan berbagai doktrin dan fahaman songsang. Mereka kemudian menaikkan nama beliau sebagai tokoh pembaharuan Turki.

Oleh kerana pemerintah akhir Uthmaniyyah tidak lagi mewarisi ciri-ciri pemerintahan nubuwwah sebagaimana yang dimiliki oleh pengasas Uthmaniyyah, Uthman Ortoghol dan tidak juga seperti Sultan Murad, Sultan al-Fateh dan pemerintah-pemerintah awal dinasti tersebut, maka timbullah berbagai penyakit urus tadbir khilafah. Penyelewengan, kezaliman, kemewahan, kemungkaran dan berbagai masalah integriti. Ini semua menyebabkan rakyat marah terhadap pemerintah.

Perkara ini memudahkan Zionis meruntuhkan khilafah dari dalam. Dengan watak Kamal Atartuk yang sengaja dicipta, beliau diposisikan mewakili suara rakyat menentang kebobrokan pemerintah. Dengan itu Atartuk mudah menerima sokongan terutama dari kalangan golongan muda yang terkenal dengan semangat tinggi. Mereka dikenali sejarawan sebagai The Young Turks.

Namun kelemahan golongan muda adalah kebanyakan mereka hanya berjuang atas dasar semangat semata-mata tapi cetek ilmu dan kurang cermat dalam menghadapi tipudaya musuh yang selama ini mengintai-intai ruang untuk menjatuhkan Islam. Kerana terlalu ikutkan amarah terhadap kerajaan, gerakan tersebut menjadi agresif menyebabkan kerajaan Islam bertambah lemah dan lumpuh. Lemah di luar kerana satu persatu taklukannya dikuasai penjajah, dan lemah di dalam dengan gangguan The Young Turks.

Walaupun sedar khilafah Islam sedang diancam kuasa barat, Young Turks tidak peduli kerana menganggap masalah dalaman itu lebih patut diuruskan. Mereka tidak kisah kerajaan Islam dijajah asalkan hasrat mereka menukar kerajaan terlaksana. Mereka membantu musuh menyebar kebencian di kalangan rakyat Turki terhadap khilafah, bercampur baur antara cerita benar dan rekaan. Mereka dengan bongkaknya menyatakan:

"Usah bimbang dengan Yahudi. Sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita sahaja!"


Akhirnya dengan kegelojohan golongan muda ini, khilafah tidak dapat bertahan. Khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamed II digulingkan oleh tentera dalam peristiwa yang sangat tidak bermaruah. Kemudiannya naiklah Mustafa Kamal Atartuk. The Young Turks bersorak kegembiraan kononnya masalah mereka telah selesai dengan bertukar pemerintah.

Tanpa menunggu lama, Atartuk terus mengumumkan tiada lagi sistem monarki dan mengubah kepada sistem republik. Kemudiannya beliau merubah hampir kesemua nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Turki seperti menegakkan ideologi sekular, mengubah Azan kepada Bahasa Turki, mengehadkan aktiviti orang Islam, menukar Masjid Aya Sofya kepada muzium dan memburu setiap Ulama yang mengajar Islam sebenar. Malah kekejaman dan kejahatan Atartuk lebih dahsyat dari apa yang pernah dilakukan sekalian pemimpin Uthmaniah.

The Young Turks akhirnya tersedar, langkah mereka menyokong Atartuk adalah silap. Sikap mengikut nafsu amarah sehingga tidak berfikir panjang menyebabkan mereka sendiri beroleh padah. Kegemilangan Islam akhirnya lenyap dengan kegelojohan mereka sendiri. Sanggup mengikut kata-kata musuh Islam dalam menyelesaikan masalah orang Islam.

Namun semuanya sudah terlambat. Kini, tiada guna lagi segala penyesalan. Selama ini mereka tidak mempedulikan firman Allah SWT:

"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu berpaling dari jalan asalmu, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi."
[Ali Imran:149]


Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran buat Islam seluruh belahan dunia hari ini. Sikap gelojoh, mengikut hawa nafsu serta mendengar nasihat orang-orang kafir dalam menyelesaikan masalah dalaman umat Islam amat perlu dijauhi. Semua itu adalah punca terpenting hilangnya payung khilafah yang didambakan umat Islam sejagat.

Masalah yang timbul di kebanyakan dunia Islam hari ini pula, adalah berpunca dari ulangan perangai The Young Turks. Yang paling ketara adalah mengikut telunjuk barat. Ini termasuk pihak yang berani mendakwa diri sebagai The New Ottoman, sedangkan dasar luar mereka sangat patuh kepada perancangan Amerika Zionis. Malah sudah mula membina hubungan dengan kerajaan haram Israel.

Sebenarnya sebelum tanah-tanah air umat Islam menerima kemerdekaan dahulu, penjajah telah siap melantik pengganti mereka dari bangsa tempatan tetapi jahat dan zalim. Tujuannya supaya pemerintahan mereka lambat laun dibenci oleh rakyat, lalu rakyat bangkit menentang kerajaan mereka sendiri.

Kita boleh saksikan hakikat ini telah berlaku di Tunisia, Libya, Mesir, Iraq, Yaman, Syria dan berbagai lagi. Matlamat dari rancangan ini adalah supaya barat sekali lagi boleh muncul sebagai hero membantu rakyat tertindas, dan kemudian rakyat memberi kepercayaan pada mereka dan memberikan mereka kuasa untuk masuk campur hal ehwal negara. Modus operandi yang sama sewaktu menjatuhkan khilafah dahulu.

Sebagai negara majoriti muslim, Malaysia juga turut tersenarai. Sekiranya langkah bijak tidak diambil, tidak mustahil Arab Spring yang membuktikan kerugian terhadap umat lebih besar keuntungan yang diperoleh akan menerpa ke tempat kita pula. Anak muda Islam hari ini perlu lebih bijak menangani semangat juang yang mereka miliki.

Sementalah hari ini, anasir sosialisme dan marxisme yang radikal kembali menular dalam saf gerakan Islam di banyak tempat. Gerakan ini giat beroperasi di kampus-kampus pengajian dengan menyasarkan golongan mahasiswa. Anak muda ditipu bahawa ajaran marxisme adalah anti kapitalisme barat dan yahudi sedangkan mereka tidak tahu, Karl Marx itu adalah seorang Yahudi dan Soviet Union sendiri termasuk dalam grand design Zionis. Kini, Soviet telah dikuburkan di tanah lahir mereka sendiri. Tetapi dikembangkan semula di tanahair umat Islam.

Inilah hakikat yang telah disuarakan tokoh murabbi Haraki, Dr Fathi Yakan:
"Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam. Sayangnya mereka telah dipergunakan orang lain untuk meruntuhkan Islam."


Sekiranya misi Zionis berjalan lancar, lambat laun akan terbinalah kerajaan sejagat di bawah tamadun Amerika Zionis, yang cuba dicanangkan melalui agenda globalisasi. Tiadalah lagi segala tamadun lain termasuk Islam dan akan lahirlah kerajaan sebuah Yahudi sebagai pemerintah baru dunia, menunggu ketibaan Dajjal yang mereka percaya, itulah al-Masih yang akan memimpin mereka merajai dunia. Percayalah globalisasi barat bukan sekadar teori konspirasi.

Semoga tarikh bersejarah hari ini mampu menyedarkan kita akan bahaya yang sedang dihadapi. Binalah kekuatan sesama Islam, atas dasar 1 akidah dan 1 kiblat. Bebaskan diri dari sengketa sesama kita, dan bersatulah demi masadepan manusia seluruh dunia. Sebesar manapun masalah umat Islam, selesaikanlah secara sebuah keluarga. Jangan libatkan pihak luar yang sangat oportunis terhadap nasib umat Islam.

Firman Allah SWT:

اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut selainnya (dari kalangan penguasa dan tokoh) sebagai tempat wala'; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
[Al-Aaraf:3]


(Alang Ibn Shukrimun)

0 comments: