Hub 1Media, Interaksi Baru Pengguna Media Sosial



CYBERJAYA, 9 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi menyokong hasrat JITP untuk melahirkan satu rangkaian maklumat elektronik yang tepat, telus dan terkini.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pelancaran 1Media Online dan Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia hari ini berkata,

 “Dengan hasrat memasyarakatkan IT dan melatih rakyat untuk mengurangkan jurang digital, saya berharap penganjuran program ini mampu menjadi titik mula untuk merealisasikan impian ini."


Tambahnya, kita perlu sedar, gelombang media arus perdana dalam menyajikan informasi lebih tepat dan telus kini perlu diperhalusi dengan teliti.

Che Abdullah melancarkan 1Media Online dengan menyempurnakan gimik perasmian menggunakan teknologi hologram yang memancarkan imej 3D.


Hub 1Media ini boleh diakses melalui laman www.1Media.my ini antaranya menyediakan hub seperti TV 1Media, 1Media Touch n Get dan radio internet Hijau FM.

Majlis yang dihadiri sekitar 600 orang itu turut diserikan dengan persembahan daripada Busker DACS Selangor.

0 comments: