Himpunan Turun cetusan denyut nadi rakyat - MB Kelantan

KOTA BHARU:  Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberikan jawapan spontan ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan beliau tidak akan menghantar wakil ke perhimpunan Turun 31 Disember ini.

“Saya sudah mengeluarkan kenyataan, rujuklah dalam facebook,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Ke-4, di Balai Islam Lundang, dekat sini, semalam.

Ahmad dalam laman facebooknya mengakui TURUN adalah gerakan rakyat yang terhasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus kerajaan BN.

“Saya sepenuhnya bersama kepimpinan PAS tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

“Insya-Allah dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya,” ujar beliau.

Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menolak momokan sesetengah pihak kononnya perhimpunan itu diadakan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

"Ia hanya omongan palsu... Mereka juga  takut akan bayang-bayang sendiri," katanya.

0 comments: