- JAN 08, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsung perbicaraan kali kedua terhadap Presiden Mesir yang digulingkan, Dr Mohammad Morsi, lapor Aljazeera.
Mahkamah yang dikuasai regim tentera membicarakan Presiden Morsi atas tuduhan pembunuhan yang berlaku di hadapan Istana Presiden di Kaherah, tahun lalu.
Apa yang pelik dalam kejadiaan tersebut adalah, ianya perhimpunan yang aman dianjurkan penyokong Ikhwanul Muslimin untuk mendokong kepimpinan Presiden Morsi, tetapi mereka diserang oleh sekumpulan puak bersenjata yang menyokong kumpulan penentang kerajaan.
Dalam peristiwa tersebut, dilaporkan sepuluh orang terkorban, lapan daripada mereka merupakan penyokong Ikhwan dan dua orang lain orang awam.
Penganalisis politik Mesir menyifatkan pendakwan ke atas Presiden Morsi amat pelik dan memalukan undang-undang, apabila pendakwaraya membuka kes pendakwaan terhadap kematian dua orang awam, manakala kes lapan orang penyokong Ikhwan yang terkorban ditutup.
"Lebih pelik lagi apabila mahkamah mendakwa Presiden Morsi dan beberapa pemimpin Ikhwan lain terbabit dalam pembunuhan tersebut," kata seorang peguam.
Hari ini kerajaan regim tentera telah mengerahkan lebih 20 ribu anggota polis untuk berkawal di kawasan mahkamah.
Manakala ponyokong Morsi mengajak seluruh rakyat Mesir yang prihatin untuk turun beramai-ramai ke mahkamah bagi membantah perbicaraan kes yang dianggap 'olok-olok;' oleh kebanyakan rakyat.

Dalam pada itu, anak kepada Presiden Mesir itu, Osama Morsi turut akan hadir pada perbicaraan hari ini.
Beliau dipetik agensi berita Anadolu berkata, selain sebagai peguam dalam kes itu, kehadirannya juga bagi melihat sendiri keadaan bapanya ekoran kerajaan kudeta tidak membenarkan permohonan keluarga bertemu Morsi minggu lalu.
" Kami tidak melihat presiden sejak beberapa ketika dan kami perlu untuk memeriksa beliau, terutamanya selepas beliau telah dinafikan lawatan oleh keluarga dan peguam-peguamnya," katanya.
Ini adalah kali pertama Osama menghadiri prosiding kes bapanya sejak perbicaraan pertama kes itu November lalu.

0 comments: